Dua minggu lagi 2019 akan pergi berlalu. Aku cuak. Aku gundah. Banyak benda yang tertangguh. Musim ini aku banyak buang masa. Aku tak tahu masa aku tu dihabiskan dengan apa ntah.
Beberapa hari lalu, dapat laporan dari Youtube. Seperti yang aku duga, kenaikan sangat mendadak sekali.
Tapi aku tak mahu duduk di kerusi yang selesa. Aku kena rajin lagi dan mencuba sesuatu yang baru. Aku kena cabar diri aku untuk jadi lebih baik.
Cakap pasal Youtube ni, ramai dah sekarang ni yang sedar Youtube dapat menjana pendapatan. Aku sedari ramai yang nak jadi Youtuber. Tapi mereka tak tahu cara yang sebetulnya yang berkesan. Jadi Youtuber ni bagi aku kena ada cara.
Nak belajar cara macamana nak jana pendapatan dengan menyiarkan video di Youtube sebenarnya boleh dipelajari dari Youtube sendiri. Berlambak content menarik dengan infomasi yang bagus dalam Youtube.