Bukan nak cakap apa la, kalau follower hanya 2000 followes tu, jangan sekali kali menggelarkan diri sendiri sebagai influencer. Aduyai, buat malu je. Client takkan cakap depan-depan tapi belakang kita memang macam-macam la diorang cakap.
Aku yang ada follower hanya 171K ni pun segan nak cakap diri sendiri jadi influencer. Banyak sebab aku segan nak gelarkan diri sebagai influencer atau KOL. So, sekarang aku dah delete perkataan influencer kat mana-mana sosial.
Kalau setakat mengakui kau tu blogger ke, kau tu Youtuber ke, tak pe la lagi wei.
Pengertian influencer tu, benda paling penting orang nak tengok, sejauh peranan kau untuk mempengaruhi orang ramai supaya percaya cakap kita. Kadang-kadang jumlah follower akan mengatasi segalanya. Orang follow kita bukan sebab dia percaya kita. Tapi dia mungkin tertarik dengan benda lain.
Haha, okay itu je lah aku nak membebel.