Hari ini dijadualkan aku akan terbang ke Singapura. Tiba masanya untuk aku bercuti seketika, santai-santai dan tenangkan minda untuk menutup lembaran tahun 2019 yang pada aku tak kurang mencabarnya. Tapi aku puas hati dengan pencapaian tahun 2019. Walaupun tak segah tahun tahun sudah, tapi dari segi kewangan dan pembelanjaan pula sangat sangat memberangsangkan Ternyata ada peningkatan.
Tahun 2019 ini dah banyak aku laburkan tenaga untuk struggle. Aku rasa aku sejenis manusia yang gigih. Ya, betul bekerja keras tu penting, tapi terlampau rajin sampai takde masa untuk berehat pun tak boleh jugak. Hujung tahun biasanya aku akan bercuti dan aku rasa sudah tiba masa untuk tidak fikir tentang kerja sangat. Jadi, aku ke Singapura ni kiranya bersantai dan dan tujuan utamanya ialah buat liputan Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad di Mediacorp Theatre.
Jam 4 pagi aku bangkit. Mujur semalam selepas packing, aku dapat tidur lena. Semalam aku dah packing betul betul untuk make sure ada barang yang tak tertinggal tapi sebenarnya, aku tertinggal tripod. Adehhh....
Jam 4.45 pagi aku dah naik Grab untuk ke KLIA. Sekali panggil terus ada pemandu Grab dah menanti. Sampai di KLIA terus check in bagasi.
Selsema aku dah makin membaik tapi masa nak landing tadi teruk jugaklah rasa berdengung telinga tu sebab udara mampat sangat kot. Kena minum banyak air suam dan ambik vitamin C, kata doktor yang berlegaran di media sosial.
Jam 7 pagi aku ambil dulu sarapan di OldTown White Coffee sebelum terbang ke destinasi jam 8 pagi. Entah kenapa kalut sangat pagi ni sebab takde nombor Gate kat boarding pass. Aduyai teruk betul la staff tu tak cakap kat aku dulu suruh aku check kat skrin monitor. Jadinya, aku keluar masuk imigresen. Adeh! Jadikan pengajaran. Jangan percaya bulat-bulat pada boarding pass tu.
Sampai airport Changi, aku tak beli sim card local sebab merata-rata boleh dapat wifi percuma.
Disebabkan masih lagi awal. Aku pun plan nak pergi singgah dulu kat Jewel Changi Airport. Walaupun dah basi kalau aku buat content kat situ sebab kat Youtube dah berlambak orang dah buat shooting kat situ. Tapi cukuplah sebagai bucketlist untuk menamatkan tahun 2019.
Pertama kali aku sampai kat Jewel tu, aku rasa macam, takdela besar sangat tempatnya tu, sebab aku tengok dalam video tu Jewel ni nampak sangat besar dan luas. Tapi apa apa pun aku rasa sangat kagum dengan senibina dan kemodenan yang diterapkan dalam pembinaan Jewel Changi Airport ni.
Kali ini aku stay kat M Social Hotel. Sebuah hotel yang cukup serasi dengan aku. Tengok dekorasi dan konsep moden pun dah buat aku rasa nak datang lagi kat sini.
Jam 12 aku dah check in. Bilik aku tu sempit je tapi aku rasa sangat best stay sini.