Bangun awal. Mata masih penat. Minda masih tak bermaya. Tapi aku tak boleh tidur jugak sebab selesema dah start menyerang badan. Aku dah contact Hiew. Dia suruh aku bawa Mazda CX8 ke CEO Car Spa untuk buang sisa dan kesan air kapur tu. Aku tak perlu bayar apa-apa.
Tercari-cari jugak kat mana letaknya CEO Car Spa ni. Cari punya cari, bengkel ni terletak kat Jalan Gombak. Dekat je dengan tempat aku berbekam hari tu.
Sementara menunggu, pergi sarapan dulu. Pekena roti canai dua keping. Kemudian gi shopping kat MR DIY yang terletak berhampiran dengan Kedai Mamak. Beli itu ini, habis dekat RM80.
Sampai kat CEO, kereta hampir siap dicuci. Kata manager yang jaga tu, dia sarankan aku bawa ke bengkel dia untuk dicuci. Sebab bila dah coating ni, tak boleh guna air yang ada clorin dan juga guna pencuci yang ada chemical. Haa, susah jugak bila coating ni. Aku rasa tak payah la pergi cuci kat ABC Car Wash lagi selepas ni sebab mahal satu hal. Lagi satu, aku rasa tak berbaloi sebab bila coating, kita tak payah lagi nak wax dan polish. Coating tu tahan sampai 3 tahun.
Selesai cuci kereta, aku balik dan berehat. Layan movie. Kata bercuti kan?