Khamis, 26 Disember 2019

JEWEL CHANGI

Hari ini dijadualkan aku akan terbang ke Singapura. Tiba masanya untuk aku bercuti seketika, santai-santai dan tenangkan minda untuk menutup lembaran tahun 2019 yang pada aku tak kurang mencabarnya. Tapi aku puas hati dengan pencapaian tahun 2019. Walaupun tak segah tahun tahun sudah, tapi dari segi kewangan dan pembelanjaan pula sangat sangat memberangsangkan Ternyata ada peningkatan.

Hello Singapore

Tahun 2019 ini dah banyak aku laburkan tenaga untuk struggle. Aku rasa aku sejenis manusia yang gigih. Ya, betul bekerja keras tu penting, tapi terlampau rajin sampai takde masa untuk berehat pun tak boleh jugak. Hujung tahun biasanya aku akan bercuti dan aku rasa sudah tiba masa untuk tidak fikir tentang kerja sangat. Jadi, aku ke Singapura ni kiranya bersantai dan dan tujuan utamanya ialah buat liputan Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad di Mediacorp Theatre.

Jam 4 pagi aku bangkit. Mujur semalam selepas packing, aku dapat tidur lena. Semalam aku dah packing betul betul untuk make sure ada barang yang tak tertinggal tapi sebenarnya, aku tertinggal tripod. Adehhh....

Trip Singapore

Jam 4.45 pagi aku dah naik Grab untuk ke KLIA. Sekali panggil terus ada pemandu Grab dah menanti. Sampai di KLIA terus check in bagasi.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Selsema aku dah makin membaik tapi masa nak landing tadi teruk jugaklah rasa berdengung telinga tu sebab udara mampat sangat kot. Kena minum banyak air suam dan ambik vitamin C, kata doktor yang berlegaran di media sosial.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Jam 7 pagi aku ambil dulu sarapan di OldTown White Coffee sebelum terbang ke destinasi jam 8 pagi. Entah kenapa kalut sangat pagi ni sebab takde nombor Gate kat boarding pass. Aduyai teruk betul la staff tu tak cakap kat aku dulu suruh aku check kat skrin monitor. Jadinya, aku keluar masuk imigresen. Adeh! Jadikan pengajaran. Jangan percaya bulat-bulat pada boarding pass tu.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Trip Budiey Singapore

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Sampai airport Changi, aku tak beli sim card local sebab merata-rata boleh dapat wifi percuma.

Disebabkan masih lagi awal. Aku pun plan nak pergi singgah dulu kat Jewel Changi Airport. Walaupun dah basi kalau aku buat content kat situ sebab kat Youtube dah berlambak orang dah buat shooting kat situ. Tapi cukuplah sebagai bucketlist untuk menamatkan tahun 2019.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Pertama kali aku sampai kat Jewel tu, aku rasa macam, takdela besar sangat tempatnya tu, sebab aku tengok dalam video tu Jewel ni nampak sangat besar dan luas. Tapi apa apa pun aku rasa sangat kagum dengan senibina dan kemodenan yang diterapkan dalam pembinaan Jewel Changi Airport ni.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Kali ini aku stay kat M Social Hotel. Sebuah hotel yang cukup serasi dengan aku. Tengok dekorasi dan konsep moden pun dah buat aku rasa nak datang lagi kat sini.

Jam 12 aku dah check in. Bilik aku tu sempit je tapi aku rasa sangat best stay sini.

Trip Budiey Singapore Dayang Dua Dekad

Rabu, 25 Disember 2019

KRISMAS 2019

Hari ni cuti. Tapi aku tetap bekerja. Jam 4 pagi terbangun. Tersadar sebab hidung tersumbat. Tak selesa. Terpaksa bangkit. Buat kerja.

Macam biasa, bila sampai hujung tahun, aku akan buat spring cleaning. Delete semua gambar dari phone. Bagi gambar yang punya kenangan, aku simpan terus dalam Flickr dan juga Dropbox.

Malang menjengah tahun baru ni, iPhone XS Max aku pecah di bahagian belakang. Nasib baik bahagian belakang. Kalau depan, macamana? Haruslah aku akan beli iPhone 11 Pro Max. Jadi, nak tak nak tunggu sahaja iPhone 12 yang akan muncul jugak tahun 2020. Khabarnya lebih banyak ciri-ciri baru.

Iphone shit

Sedihnya hati bila tengok iPhone ni pecah berantakan. Bagaikan melihat cinta yang musnah gitu. Haha.

Hari ini seharian di rumah. Tidur. Rehat. Seharusnya lah sebab esok aku mulakan percutian di Singapura. Dah plan nak jumpa beberapa selebriti kat sana. Semoga dapat ketemu. Dan yang pasti aku akan jalan-jalan banyak bila kat sana nanti.

Hari ni, aku ada menerima SMS pemberitahuan... khabarnya pembayaran untuk CX8 seharusnya dibuat menjelang 24 Januari. Kiranya setiap bulan perlu dibayar sebelum 24 haribulan. Kalau CX5, aku kena bayar RM1700 sebulan, kali ini untuk CX8 aku kena bayar RM2412 sebulan. Lebih kurang RM600 macam tu la kena tambah.

Hari ni pesan nasi sup untuk dinner melalui BungkusIT. Sedapnya nasi sup Irfan ni, lama tak pekena.

Selesama dah semakin membaik. Esok, aku kena bertolak dalam jam 4.30 pagi macam tu untuk ke KLIA.

Selasa, 24 Disember 2019

RFID

Aduyai dihinggapi selsema la pulak. Time tu la kan dia datang. Time kita nak bersenang lenang dan bercuti dan aku dah tiba masa nak travel untuk cuti hujung tahun ni.

Hari ni ada beberapa agenda nak kena buat. First aku nak upload video borak santai bersama Nurfatima. At least satu video satu hari tu kena ada walaupun aku malas dah lately ni. Biasalah penghujung tahun kan? Lagi pun ramai yang bercuti. Kadang-kadang orang takde masa nak tengok pun. Cuma kena upload cepat bila musim demam GV dah habis ni. Dahlah, video persembahan aku tak boleh upload macam biasa sebab Astro tak kasi upload video penuh. Mesti ramai yang tengah tunggu aku upload macam dulu kan?

Sekarang aku kena plan untuk buat content yang lain pulak. Ingat senang ke nak jadi Youtuber. Kalau takde idea yang rare memang susah. Nak buat drama macam Youtuber lain manalah aku ada bakat tu semua. Sekarang ni kena maksimumkan apa yang aku ada. Kalau ada bakat baca berita tu, why not kan? Walaupun kena carut kat netizen, ada aku kesah semua tu? Haha!

Maxda CX8

Selesai upload. Aku keluar gi Giant. Nak apply RFID untuk kereta baru Mazda CX8. Sticker kat CX5 aku dah tanggalkan. Bila dah tanggal tu, memang dah tak jalan. Sampai kat Giant, kaunter RFID tutup. Mak aih. Rupanya depa bukak jam 12 tengahari macam tu. Sementara tunggu, aku gi shopping plastic sampah dan sempat lagi keluar Giant, pergi Sri Gombak untuk gunting rambut. 

Jam 12.30 tengahari aku masuk Giant balik untuk apply RFID baru. Nasib baik bukak. Staff pompuan yang jaga kaunter tu baik giler. Peramah pulak tu. Kalau ada bintang aku kasi 5 bintang. Cekap dan tuntas. 

Katanya, dalam masa 24 jam RFID akan activate. Aku balik. Jam dah 1 tengahari. Jam 2 petang aku ada meeting dengan Aizat kat Dewan Filharmonik. Dia nak bentang kalendar konsert untuk tahun 2020. Paling menarik perhatian aku, sudah tentu konsert M.Nasir dan Aishah. Fuh! Tak sabar!

Selesai meeting, aku lepak dulu kat Starbucks Suria KLCC tingkat 3. Tengok jam dah lewat. Tak boleh jadi, aku kena bertolak ke The Starling Mall cepat sikit. Tak nak sangkut jammed sebab orang ramai keluar untuk bercuti dan raya Krismas esok. Tengok kat Suria KLCC tadi, punya la ramai orang tengah shopping. Kat tangan masing-masing banyak betul paper bag yang depa duk bimbit.

Sampai The Starling, aku keluar dulu sebab nak pergi collect barang kat pejabat Disney Malaysia. Rupanya office Disney tutup. Aku balik semula ke The Starling. Kemudian, aku duk ingat premiere malam ni buat kat 1Utama. Aiyoo, sebenarnya buat kat The Starling dah pun. Buat apa aku keluar kan? So, lepaklah beberapa jam kat Starbucks The Starling. Best gak lepak-lepak. Chill-chill sorang-sorang.

Malam ni aku tak dapat join sebab aku tak nak satu hall akan dijangkiti selesema. So, aku datang semata hanya untuk distribute tiket je. Tak banyak pun dapat tiket. Ada 20 tiket je. Elok gak sebab musim cuti dan raya Krismas ni tak ramai yang nak join contest sebab diorang pun nak spent masa dengan family.

Tidur awal sebab mengantuk giler.