Sabtu, 22 Disember 2018

UMAR

Comelnya Umar buat mimik muka macam tu. Haha! Antara momen manis semasa lepak & hangout sambil makan bersama pemilik suara emas, Noryn Aziz juara bintang GEGAR VAGANZA 5 di Tony Roma's Melawati Mall. 
Sempat berborak tentang perkembangan terbaharu Noryn selepas sebulan seminggu menyandang gelaran juara. 
Selain tengah sibuk buat persediaan Konsert Soul Sisters bersama Misha Omar dan Siti Sarah, Noryn juga akan terlibat dengan program Bintang Minggu Ini terbitan Astro dan nantikan kelahiran single terbaharu Noryn tak lama lagi.
Terima kasih Noryn Aziz sudi luangkan masa. Semoga terus sukses untuk tahun 2019.

Tahun 2018 semakin hampir meninggalkan. Kenangan 2018 biarlah abadi dalam hati sendiri. Kadang-kadang yang pahit tak perlu nak cerita sangat. Buat hati kita rasa bukam dan muram. 

Semoga 2019 akan datang memberikan bahagia dan kedamaian buat diri ini. Amin.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Khamis, 20 Disember 2018

INFLUENCER

Aku tak tahulah sosial selebriti atau influencer yang lain. Tapi aku yang punya nama kecil ni dah tak larat nak terima job. Tawaran sangat banyak. Kadang-kadang tak terbuat. Dateline sering terlepas. Terkejar-kejar. Kalau nak ikutkan aku malas nak buat job.

Betapa untungnya bila bernama influencer. Setiap minggu pasti ada post review atau advertorial akan masuk. Nak jadi influencer ni, bukan setakat kena ada follower yang ramai je, tapi kena ada minat, personaliti biar menarik dan yang paling penting boleh buat ayat yang cun-cun. Takde nak hard sell sangat atau nak promote kaw-kaw. Tapi yang tahu tu, tahulah itu post berbayar. Yang tak tahu tu, hmmm... belajar-belajar la untuk explore atau faham-faham. 

Bercakap pasal influencer, aku tak ingat dah. Rasanya dalam 3 tahun lepas kot. Aku dapat satu job dari sebuah stesen TV berbayar. Selain dapat duit, aku punya bil tu tak payah bayar dalam beberapa tempoh. Yang aku sedar, takde bil pun sampai. Seronok kan? Lebih seronok bila bukak-bukak TV... semua saluran kau boleh akses. Fuh! Best kalau dapat macam ni seumur hidup. 

Tapi bulan lepas, semasa aku buat ibadah umrah, dapat la satu SMS. Ini SMS tu... 
Astro

Ops, korang tau la kan stesen TV berbayar aku maksud tu kan.

Jadi, kesimpulannya, aku akan mulai bayar semula la bil bulanan Astro tu mulai 1 Februari. Adeh.


Inilah orang kata, rezeki dah kena tarik. Tak pe la, dah takde rezeki.


Oh ya, sekarang bila langgan SuperPack Plus ni sekali dengan Movie Package tu kan, akan dapat tengok saluran BOA sekali la. Saluran tu best sebab banyak filem seram. Aku ni dari dulu suka tengok filem seram.


Zaman sekarang, aku kira dah tak ramai ada masa nak tengok Astro sebab dah ada macam-macam alternatif lain macam iflix, netflix, viu dan macam-macam lagi la kan. Even kat Youtube pun banyak content yang best-best. Siap dalam bentuk definisi tinggi lagi.


Netflix pun sebenarnya aku tak payah bayar sebab selalu dapat kod langganan percuma dari Netflix.


Aku puas hati tengok Netflix. Hari-hari memang wajib bukak dan layan movie terbaharu kat dalam tu. 

Sabtu, 8 Disember 2018

WADA'

Usai solat Subuh, sebelum meninggalkan Kota Madinah, apa yang seharusnya dilakukan adalah Ziarah Wada'.

Ziarah Wada' ialah mengunjungi makam Nabi Muhammad S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa memohon syafaat sebelum pulang ke Malaysia. Untuk ke Maqam Rasullullah, kena masuk melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Semasa beratur, kita akan berasak-asak dengan para jemaah lain dari seluruh negara. Jadi, kena tahan sabar kalau kena tolak ke apa ke. Yang penting mulut tu jangan berhenti untuk berselawat.

UMRAH 2018

Bersebelahan makam Rasulullah, ada makam Abu Bakar Sidiq dan Umar bin Khattab.

Semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, maqam ini dibangun dengan tembok tinggi sekitar 5 meter di sekeliling makam Rasulullah. Pembangunan tembok ini bertujuan agar tidak ada yang melakukan perbuatan syirik di sekitar makam.

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

UMRAH 2018

Jumaat, 7 Disember 2018

RAUDHAH

Syukur. Dapat port sebelah maqam Nabi Muhammad SAW di kawasan Raudhah (Taman Syurga) dalam Masjid Nabawi. Di tempat ini, dikatakan doa sangat mustajab. Ertinya, doa yang dibacakan di sini mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.

Tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri. Ia terletak di antara mimbar dengan makam Rasulullah (dahulunya adalah rumah Rasulullah).

Jarak rumah nabi dengan masjid tersangat dekat iaitu hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.

Raudhah memiliki kemuliaan tersendiri. Barangsiapa yang solat di Raudhah seakan-akan ia telah duduk di taman dari taman-taman syurga. Tidak hairanlah kalau solat dan duduk di sini kita akan rasa tenang. Tenangnya tidak dapat digambarkan diceritakan.

Umrah 2018

Khamis, 6 Disember 2018

MIZAB

Pengalaman pertama kali berada di bawah betul-betul Mizab. Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Ia adalah tempat aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah tatkala musim hujan.

Sedikit cerita sejarah Mizab... sewaktu Nabi Ibrahim A.S membina Kaabah dengan puteranya Nabi Ismail A.S, kaabah ketika itu belum lagi beratap, belum berdinding dan belum ada pancur emas.

Kaabah pada mulanya hanya sekeliling dibuat tembok dan diletakkan lampu untuk menerangi kawasan sekitar Kaabah bagi kegunaan orang yang beribadah atas perintah Sayidina Umar Ibnu Khattab R.A.

Kaabah dipasang atap (berbumbung) dan dibuat saluran emas ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 35 tahun. Pancuran emas pertama dibuat oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik,kemudian Sultan Abdul Majis Khan dan Sultan Mahmud Khan.

Bagi jemaah yang ingin melihat dengan lebih dekat reka bentuk pancur emas boleh kunjungi Muzium Makkah.

Umrah 2018

Rabu, 5 Disember 2018

BYE MEKAH

Berat hati rasanya nak tinggalkan tempat suci ni. Banyak pengalaman baru ditimba dan aku lalui dengan penuh insaf. Berserah. Jiwa tenang berada di sini. Tiada kedengaran keluh kesah. Fikiran terhindar dari kerisauan pada dunia.

Kerja pun malas nak sentuh. Betul betul aku bercuti kali ini. Enam hari rasanya tak cukup untuk mencuci dosa. Di sini masa seakan berlari dengan begitu pantas. Bangun jam 4 pagi. Subuh jam 5.25 pagi, Zuhur 12.13 tengahari, Asar jam 3.18 petang, Maghrib 5.39 dan Isya' jam 7.09 malam. Di pertengahan masa solat tu rasa cepat sangat.

Mungkin yang kerap datang pernah mengalami dan faham apa yang aku cuba sampaikan. Di sini, kau akan rasa diri dekat dengan kematian kerana setiap kali selesai solat wajib akan ada solat jenazah. Hampir kesemua jemaah akan solat.

UMRAH 2018

Ganjarannya sangat besar. Sepanjang berada di sana kita kena tahu beberapa sudut, tempat atau sudut untuk solat dan doa yang mustajab. Ini tak termasuk sesiapa yang menunaikan solat wajib di Masjidil Haram akan mendapat 100,000 kali ganda pahala berbanding di masjid lain di dunia. Haa... mana nak dapat weiiii!

Sekarang baru aku faham kenapa ramai selebriti tak jemu dan kerap datang mengerjakan umrah saban tahun. Rupanya ada rahsia dan hikmah tersendiri. Semua bergantung pada niat kita.

Hari ni, dengan hati redha, terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat Tanah Haram Bumi Mekah. Dalam hati hanya Dia sahaja yang tahu. Sayu dan sebak untuk berpisah. Lepas ni, pasti rasa rindu nak datang ke Tanah Suci lagi. Doakan moga aku dapat kembali ke sini lagi. Semasa coretan ini dilakar, Budiey dalam perjalanan ke Kota Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam.

Semoga perjalanan sebagai penziarah Nabi Muhammad SAW tercapai dan selamat. Amin.

Inshaallah saya akan sampaikan salam semua buat Nabi Muhammad S.A.W dan saya doakan anda semua dikurniakan rezeki untuk ke sana juga. Sama sama kita aminkan.

Selasa, 4 Disember 2018

UZUR

Kepada yang uzur, sakit kaki, lenguh lutut sangat dan tak larat nak menyempurnakan ibadah Saie, boleh sewa skuter yang disediakan di tingkat 3 dengan harga SAR 50 seorang. Dah kasi kemudahan tu, jangan pulak korang merempit. Bawak slow slow sudah. #islamitumudah

Umrah 2018

Isnin, 3 Disember 2018

ADAM HAWA

Kami sempat melawat Jabal Rahmah yang terletak di timur Padang Arafah di kota Makkah.

Di sini, Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT.

Ini kerana Nabi Adam & Hawa melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang lalu mereka diturunkan oleh Allah ke dunia. Berdasarkan kajian para Ulama, kemungkinan Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Hawa diturunkan di Iraq.

Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah SWT mereka dipertemukan di Puncak Bukit Jabal Rahmah ini. Setelah pertemuan tersebut, Nabi Adam dan Hawa meneruskan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunannya sampai sekarang.

Umrah 2018

Ahad, 2 Disember 2018

WAN

Takdir dan waktu. Apabila ia seiring, maka terjadilah pertemuan. Sebelum tawaf tadi, terserempak dengan orang kuat Radio Zayan Wan Syahrul Amrybersama anak dan isterinya di depan Kaabah dalam jutaan manusia di Masjidil Haram. Tu semua Tuhan dah atur. Kunfayakun.

Umrah 2018

Sabtu, 1 Disember 2018

YOUTUBE

Hari ini dah masuk bulan Disember dah. Bulan terakhir untuk menghitung segala pencapaian dan merungkai kelemahan serta kekurangan di tahun 2018. Tahun ini sebenarnya adalah tahun rezeki untuk saluran Youtube Budiey. Segalanya terhasil kiranaya kita gigih dan tak pernah kenal putus asa. Bertabahlah untuk sukses dan kekal relevan.

Terima kasih di atas setiap tontonan, like, komen dan langganan dari kalian untuk saluran Budiey Channel di Youtube. Jumlah subscriber setakat hari ini dah mencecah 157,993 orang subscribers. Jumlah ini mengatasi jumlah followers Budiey di Instagram.

Berdasarkan laporan prestasi bulan November yang dihantar dari Youtube, terdapat peningkatan yang cukup drastik dan mencanak. Rasa berbaloi dengan setiap titik peluh yang dicurahkan. Jumlah subscriber bertambah sebanyak 14,851, jumlah tontonan sebanyak 10,246,576, menerima 65,205 likes dan jumlah shares atau perkongsian di sosial media sebanyak 12,456. Satu jumlah paling besar setakat ni. Syukur alhamdulilah. Kepada yang belum SUBSCRIBE, jom tekan butang SUBSCRIBE di www.youtube.com/budieychannel

Kepada mana-mana Youtuber yang baru berjinak-jinak nak memulakan langkah karier sebagai Youtuber, Budiey bersedia untuk berkongsi ilmu dengan memberi sesi basic coaching untuk membantu dan membuka jalan menjadi Youtuber yang sukses. Semoga kita semua sukses mengejar cita-cita dan target yang kita inginkan.


Youtube Report - November 2018

Jumaat, 30 November 2018

MEKAH

Pertama kali mengerjakan ibadat Umrah merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokan. Mendebarkan pun ada. Mensayukan pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan yang berbaur. 

Yang penting, hati aku tenang sangat sepanjang berada di Mekah. Takde nak fikir tentang kerja sangat sebab aku memang niat nak bercuti. Niat nak berada di tempat yang paling mulia. Paling nyaman. Paling damai. Niat pun kena baik semasa berada kat sini. 

Pengalaman yang sukar nak cerita sebenarnya semasa pertama kali aku melihat Kaabah. Perasaan yang aku rasakan sukar untuk diungkapkan dengan perkataan. 

Umrah 2018


Sukar untuk digambarkan perasaan ini tatkala kali pertama memandang Kaabah di depan mata. Aku sebak, sayu dan rasa takjub dengan ciptaan Allah Maha Kaya. Di tengah lautan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia ini, aku dapat rasakan aura dan vibes yang luar biasa meresap dalam jiwa. 
Pengalaman yang belum pernah dirasai sepanjang hayat oleh insan pendosa seperti aku. Tipulah sesiapa yang menatap Kaabah kalau diorang bilang tak menangis langsung. Sekurang-kurangnya rasa sebak tu mesti ada punya. 

Apa yang lebih penting adalah rasa kesyukuran. Tuhan masih izinkan untuk Budiey menjejakkan kaki ke sini untuk mencuci dosa, mengikis rasa cinta pada duniawi yang fana dan membersih hati yang penuh daki dan kekotoran yang bersisa. 

Ya Rabb... aku doakan semua kawan-kawan yang menonton menatap Kaabah ini menerima jemputan dariMu untuk ke Tanah Suci. Semoga satu hari nanti kalian juga bakal diundang sebagai penziarah Nabi SAW. Syukur, dengan peluang masa yang ada saya dapat sampaikan hasrat dan doa kawan-kawan di depan Kaabah.

Di lokasi penuh barakah di mana doa takkan ditolak. Yakinilah Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan mendengar setiap ratapan doa hambaNya. Semoga semua doa dimakbulkan Allah... Amin... 

Doakan juga untuk aku mendapat peluang untuk ke Tanah Suci lagi selepas ini. Amin...

Umrah 2018

Sepanjang berada kat sana, aku ada menerima mesej dan pesanan doa dari teman di Facebook. Maka, aku pun takde la nak ignore... tapi aku berusaha untuk tunaikan permintaan mereka. 

Ada juga doa-doa yang aku layangkan buat insan-insan yang nama mereka sentiasa terpahat dalam hati ini. Walaupun mereka sudah tiada di sisi... tapi kasihnya tetap terukir mengisi ruang jiwa dan minda. 

Ini antara sample dan contoh doa yang boleh kita baca di hadapan Kaabah, mendoakan buat teman-teman kita. 
  1. Bismillah... Semoga dia sekeluarga sentiasa dilindungi ALLAH, mendapat rahmat kasih sayangmu, dimurahkan rezekinya Ya Allah, tenang dalam kehidupannya, kau berilah kesihatan kepadanya, dimajukan dalam kariernya. Lepaskanlah mereka dari kesempitan hidup, rezekikanlah mereka agar mampu memiliki apa sahaja Makbulkanlah doa ini ya ALLAH, sesungguhnya hanya ALLAH Tuhan yang maha berkuasa maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya. Amin. 
  2. Bismillahirahmanirahim..Ya Allah Ya tuhanku kau ampunilah segala dosa Fiza Kamaruddin… kau berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi penyakit yang dihadapinya. Kau permudahkanlah segalanya untuknya. Kau turunkanlah keajaibanmu agar kanser yang berada dalam tubuh badannya berkurang dan sembuh.. hilangkanlah kesakitan, turunkanlah rezeki yang melimpah ruah untuknya serta kau tetapkanlah imannya.. amin. 
  3. Bismillahirahmanirahim..Ya Allah ya tuhanku kau ampunilah segala dosanya... kau berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi penyakit yang dihadapinya. Kau permudahkanlah segalanya untuknya. Kau turunkanlah keajaibanmu agar kanser yang berada dalam tubuh badannya berkurang dan sembuh. kau permudahkanlah biopsy yang akan di laluinya dan kau kurangkanlah kesakitannya. kau turunkanlah rezeki yang melimpah ruah untuknya serta kau tetapkanlah imannya.. amin
  4. LailahaillALLAH. Semoga sahabatku sekeluarga sentiasa dilindungi ALLAH, mendapat rahmatNya, dimurahkan rezeki, dan maju dalam kehidupan, perniagaan, karier serta sihat selalu. Berkatilah perniagaan dan karier sekeluarga serta anaknya  sekeluarga meningkat maju. Lepaskanlah mereka dari kesempitan hidup, rezekikanlah mereka agar mampu memiliki kediaman dan kenderaan mewah idaman serta berkemampuan membantu sesama ummah ke jalan ALLAH. Rezekikanlah mereka untuk kembali lagi ke tanah suci. Makburkanlah doa ini ya ALLAH, sesungguhnya hanya ALLAH tuhan maha berkuasa maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya.

MAKAM

Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Ini adalah MAQAM IBRAHIM di mana lokasi tempat berpijak atau tempat berdirinya Nabi Ibrahim (bukan kuburan Nabi Ibrahim). Terdapat dua lubang di dalamnya.

Lubang itu berbentuk pahatan yang mengikuti jejak kaki Nabi Ibrahim semasa membangun baitullah, Ka’bah, di Makkah Al-Mukarramah. Jadi, Maqam Ibrahim bermaksud tempat Nabi Ibrahim berdiri ketika membangun Ka’bah bersama anaknya, Nabi Ismail.

Umrah 2018

Rabu, 28 November 2018

UMRAH 2018

Assalamualaikum…

InsyaAllah, Budiey bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah sekejap lagi untuk menunaikan Umrah. Jadi di kesempatan ini, Budiey nak memohon maaf seikhlas hati lahir dan batin. Minta dihalalkan kelakuan sengaja / tak disengajakan, termakan, terminum atau terambil dari semua kalian yang mengenali diri ini. 


Segalanya berkat doa anda semua dan limpahan rezeki, ruang peluang serta keizinan yang dikurniakan Allah untuk menjadi salah seorang tetamu-Nya. Alhamdulilah.


Mohon doakan Budiey sekeluarga selamat sampai di destinasi, dilindungi Allah dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna. Amin. 


Inshaallah saya akan sampaikan salam semua buat Nabi Muhammad S.A.W dan saya doakan anda semua dikurniakan rezeki untuk ke sana juga. 


Umrah



Umrah


Umrah


Umrah


Umrah


Umrah




Jumaat, 26 Oktober 2018

MIC FLAG

Hari ini, Jumaat yang santai. Lengang dan kosong.

Khabarnya, ada orang Singapura jemput aku ke Konsert Anuar Zain di Singapura. Malangnya, terlalu last minit. Memang tak dapat join lah. Kerja kat meja pun banyak lagi tak siap.

Petang, aku ke Pertama Complex. Mic Flag dah siap. Aku buat dua sekali gus. Takut satu rosak. Satu lagi boleh jadi back up.

Mic Flag Budiey.com

Bentuk tiga segi tu, tidak ada kena mengena dengan iluminati. Bayangkan kalau buat bentuk empat segi, memang besar gedabak doh!

Sib baik jalan tak jem untuk balik hari ini. Seharian duk rumah. Fokus kepada Youtube. Edit video dan menonton NETFLIX.

Khamis, 25 Oktober 2018

JEMPUTAN PERTAMA

Tahun ini, Tuhan beri aku satu peluang. Satu peluang yang membukakan satu jalan. Aku tak pernah diberi peluang seperti ini. Mungkin ini satu petunjuk atau mungkin satu ujian.

Boleh jadi juga. 

Aku harunginya nanti,

Semakin hari, ianya terasa amat dekat. Kaki seolah-olah terpanggil untuk ke sana. Minda aku mendesak untuk menerima jemputan ini. 

Jemputan ini bukan sebarangan sebab ia berbeza dengan jemputan untuk aku menghadiri acara.

Terima kasih Tuhan di atas jemputan ini. Aku menyahut seruan-Mu ke Tanah Suci.

Mohon sahabat yang membaca coretan di Diary Budiey ini mendoakan akan kesejahteraan aku di sana. Semoga perjalanan aku dipermudahkan. 

Rabu, 24 Oktober 2018

WARDROBE

Nak tahu tak nasib aku kalau beli sesuatu barang atau servis. Tak pernah nak puas hati. Ada je yang tak sempurna. Tak perfect. Dulu pernah aku kena tipu masa beli kereta Toyota Vios. Ikutkan tak nak la cakap. Tak nak ungkit kisah lama.

Wardrobe

Laci ni patutnya ada soft close tapi depa tak buat soft close. Haha.

Wardrobe

Rak buku ni aku puas hati sebab nampak purfecto sangat. Suka dengan warna putih sebab bilik akan nampak lebih luas.

Hari ini berlaku lagi apabila aku buat wardrobe baru. Hari tu, masa pameran perabut kat Setia Alam City Mall, aku berminat nak buat renovation kat rumah. Saje la kan, ada duit lebih sikit. Nak tukar almari pakaian dengan yang baru untuk bilik tetamu. Yang lama tu dah terkopak pintu. Memang tak selesa dan tetamu datang rumah pun rasa segan tengok keadaan wardrobe buruk macam tu.

So, aku tukar la, tengok pada servis SP Furniture ni macam okay. Rupanya indah khabar dari rupa sebab apa yang aku cakap tu, dia tak apply betul-betul. Tak sama macam dibincangkan pada hari tu.

Memang tak puas hati la.

Wardrobe

Aduyai tak pernah tak perfect masa dapat barang.

Wardrobe

Wardrobe

Wardrobe

Wardrobe

Wardrobe



Selasa, 23 Oktober 2018

HALIMUNAN

Selasa dah tiba dengan gumbiranya. Yeah. Hari ini dari pagi sampai petang aku berada di event TV3. Sepanjang 12 tahun jadi blogger, rasanya ini kali pertama penganjur buat tiga pengumuman, tiga acara sidang media di satu lokasi dalam satu hari. One shot!

Nah Ambik! Tak payah nak ke hulur hilir. Segala terhidang di depan mata. Jimat minyak, jimat masa, tak gituh?

Cuaca sangat baik. Matahari muncul dengan riang. Memancar ke isi alam. Rumput dan pohon tampak segar disimbah embun pagi.

Sampai tepat pada waktunya di lokasi event.

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

Rupanya letih jugak badan walaupun tak . Nasib baik ada 'pamper'. Ada medicure. Ada makan sampai kenyang.

TV3 Perkenal Peserta MENTOR 7

Khai bahar

Mentor 7

sufian suhaimi

Okay kejap, nak kasi selingan, terpanggil untuk letak satu komen membina dari penonton kat Youtube.

youtube komen

"Nak jadi Youtuber ni kena tahan sabar bila viewer kasi komen, kena rileks bila kena kecam. Kena pandang setiap komen tu di sudut yang positif untuk perbaiki kelemahan. Jangan mudah melenting kalau kena bash dgn haters. Haha. Dah agak dah tadi post vlog GILA GAJET Unboxing .. time tu gak depa komen terbaek punya. Haha." - Budiey

Benda ni sebenarnya negative vibes sebenarnya. Tak payah aku nak perbesarkan dan angkut tepek kat sini. Tapi tak pe la. Sekadar nak buat penanda buku je yang aku hari ini dikritik.

Oh terpaksa bawa watak seorang halimunan hari ini. Di mana orang tak nampak apa aku buat. Hirau apa dengan permainan dunia.

Semoga kamu semua berbahagia dia segala apa kamu lakukan.

Isnin, 22 Oktober 2018

SANTET

Jadual hari ni, tak sibuk mana. Tak banyak acara. Kalau ada pun, tak menarik untuk aku bekerja. Hari Isnin kot. Faham-faham je lah.

Cuma hari ni kena komitmen dengan promo filem SANTET. Hehe, semacam je tajuk filem ni. Santet.. bukan pantet tau. Haha. Malam ni, aku kena attend Malam Tayangan Filem SANTET. Sebuah filem seram dari Indonesia.

Seperti biasa, Isnin disibukkan dengan menyunting video Gegar Vaganza 5.

Kemudian menjemput mana-mana selebriti yang nak datang menonton filem SANTET malam ni.

Bosan. Malam ni jadi halimunan lagi dekat Malam Tayangan SANTET BLACK MAGIC. Aduyai!

Barulah hidup ni sesuatu yang mencabar. Takde la, mendatar je. Takde ujian. Takde kesukaran untuk melawan perasaaan.

Kadang-kadang buat aku benci. Muak!

Nasib baik ada kawan-kawan datang support untuk hangout sama-sama kat bawah. Aku cuba buat happy go lucky. Hidup ini sesuatu yang indah, iya kan?

Jurnal Budiey SANTET

Darwin Oh ajak selfie.

Jurnal Budiey SANTET

Mereka yang benar menghinggar-bingarkan dunia ku. Ku suka meriah gini.

Jurnal Budiey SANTET

Kawan untuk menjerit jerit ketawa terbahak-bahak senang je nak cari. Gitu.

Jurnal Budiey SANTET

Jemput sekali Joy Rewfa, bekas isteri Hafiz Hamidun. Haha, betul ke tak aku eja nama dia. Ntah.

Jurnal Budiey SANTET

Kalau boleh nak lari dalam suasana yang macam ni. Tapi terpaksa sebab kerja. Kalau tak memang aku akan balik.

Layan lagu HALIMUNAN dari Masya Masyitah sambil dance dance ceria. Best.

Menonton sampai habis. Filem SANTET berjaya buat aku terkejut beberapa kali. Tersentak.

Sampai rumah. Mengadap kerja.

Ahad, 21 Oktober 2018

GV5

Minggu ni walaupun tak banyak event, tapi ada beberapa perkara yang akan berlaku.

Selasa ada kerja-kerja renovation pasang wardrobe. Patutnya sekali jalan je dengan rak buku tu, ini dibuatnya asing. So faham-fahamlah membazir masa aku je ni.

Selasa tu jugaklah kena hadir buat liputan sehari suntuk untuk 3 program TV iaitu Mentor, Muzik-Muzik Separuh Akhir dan Anugerah Skrin.

Petang, kitaorang pergi gunting rambut dulu sebelum ke Low Yatt Plaza untuk beli monopod baru.

Semalam masa event Toyota Gazoo kat MAEPS, monopod rosak. Memang dah lama. Nak kena tukar yang baru yang lebih canggih sikit. Beli sekali dengan pencakuk untuk telefon bimbit. So, lepas ni boleh buat Live dengan mudah. Sangat praktikal.

Nah! Kita test ok ke tak.

Monopod Baru

Malam ni layan GEGAR VAGANZA. Sempat menemubual beberapa bintang GV5.

Gegar Vaganza

Yang tersingkir ialah Shafie Rio

Gegar Vaganza

Dia.. Fadila

Gegar Vaganza

Jumpa Bard Mumtazah. Dia penyokong kuat Amelina.

Gegar Vaganza


Balik macam biasa la, jam 2 pagi!

Adeh.

Sampai rumah, edit video sampai mengantuk gila babs.

Jam 4 pagi tido.

Jam 8 pagi bangun balik.

Edit baki video semalam.




Sabtu, 20 Oktober 2018

TGR 2 MAEPS

Tiada istilah cuti di hujung minggu nampaknya. Hari ini Sabtu, kena buat liputan di Toyota Gazoo Racing Malaysia di MAEPS Serdang. Hari ni je kalau nak pergi. Esok mungkin dah sibuk dengan apa ntah lagi. Malam esok pulak kena gi Konsert GEGAR VAGANZA.

Sebenarnya, ada satu lagi event kena cover pagi ni. Tapi aku ponteng. Haha. Suka hati ko je kan? Sebab memang tak sempat nak pi mai pi mai. Event tu dapat dari PR MadHat, event Pelancaran Me Books. Aplikasi untuk ibu bapa dan kanak-kanak kalau tak silap aku la.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Jam 11 pagi dah sampai di MAEPS, Serdang. Orang tak ramai. Kenapa ntah, aku rasa musim ni takde hype sangat tentang Toyota Gazoo Racing Malaysia ni.

PR pun bertukar. Kali ini dikendalikan sendiri oleh PR dari Toyota. Bukan MadHat lagi.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sebelum ni, aku dapat sticker untuk parking 5 hari sebelum event berlangsung. Kali ini tak lagi. Aku terpaksa parking di kawasan awam. Bukan tempat yang dikhaskan untuk media. Jadi, kenalah menapak jauh jugak. Tapi aku tak kisah. Itu pengorbanan namanya.

Nak senang, kenalah bersusah dulu ye tak?

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sampai di TGR, aku daftar sebagai media. Diberi pass media, sticker kereta untuk parking. Voucher makanan RM60 dan merchandise. Topi TGR macam season lepas.

Sticker parking tu dah tak guna kasi hari ni sebab esok belum tentu aku dapat datang sebab ada komitmen lain. Esok nak pergi hantar barang kat Shah Alam. Kalau sempat nak singgah Butik Hatta Dolmat sebab nak usha jumper atau baju. Hatta buat lelongan harga.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Masa kat TGR, aku tak mundar mandir kat luar sangat sebab panas nak mampos. Kat dalam media room pulak sangat sejuk. Sejuk macam dalam peti ais pulak aku rasa. Mau kebas tangan.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Jam 12 tengahari ada perlumbaan kelayakan. Jam 3 petang ada perlumbaan sebenar. Pemenang hari ni adalah Nabil Ahmad.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Lately ni aku suka layan lagu baru Ara Johari tu. Judul dia PAKU. Haha, anehkan judul lagu dia. First time dengar Ara cakap tajuk PAKU tu, aku duk gambarkan lagu untuk pontianak yang terbunuh sebab kena paku kat leher. Haha, imaginasi aku kekadang tu tak sangka dia boleh sampai situ.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Earning untuk Youtube untuk bulan ni paling banyak dalam sejarah. Naik mendadak. Aku dah tahu macamana cara untuk menaikkan earning di Youtube. Aku juga dah tahu rahsia Google, macamana earning tu boleh maintain dan takkan turun-turun.

Yang susah sekarang ialah apabila tiada content yang unik dan bagus.

Orang nak tengok benda yang trending dan sensasi. Yang ramai akan komen. Diorang akan datang lagi tengok esoknya semata-mata nak baca komen.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sempat menemubual Aiman Tino. Lama tak jumpa Aiman. Dia cakap dia tak sihat. Hari tu terlantar kat hospital sebab kena tonsil.


Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama


Aku tabik spring kat Nabil ni sebab malam ni dia ada rehearsal Gegar Vaganza. Kemudian, esok pulak dia akan berlumba lagi. Kata Nabil, dia tak nak bersungguh sangat la. Play safe. Takut lak apa-apa akan jadi. Esok malam tu, Nabil jadi hos Gegar Vaganza.

Soalan aku, tak penat ke Nabil?

Selesai sidang media, aku terus cabut. Pecut ke KL sebab kena hadirkan di Majlis Hari Jadi Aman Aziz yang diadakan di PV 128 Danau Kota.

Walaupun kecil tapi sangat meriah la jugak.

Selesai temubual dan hangout jap, aku pun balik rumah.

Layan I Can See Your Voice Malaysia. Giliran Altimet pulak kali ini.