Rabu, 25 Disember 2019

KRISMAS 2019

Hari ni cuti. Tapi aku tetap bekerja. Jam 4 pagi terbangun. Tersadar sebab hidung tersumbat. Tak selesa. Terpaksa bangkit. Buat kerja.

Macam biasa, bila sampai hujung tahun, aku akan buat spring cleaning. Delete semua gambar dari phone. Bagi gambar yang punya kenangan, aku simpan terus dalam Flickr dan juga Dropbox.

Malang menjengah tahun baru ni, iPhone XS Max aku pecah di bahagian belakang. Nasib baik bahagian belakang. Kalau depan, macamana? Haruslah aku akan beli iPhone 11 Pro Max. Jadi, nak tak nak tunggu sahaja iPhone 12 yang akan muncul jugak tahun 2020. Khabarnya lebih banyak ciri-ciri baru.

Iphone shit

Sedihnya hati bila tengok iPhone ni pecah berantakan. Bagaikan melihat cinta yang musnah gitu. Haha.

Hari ini seharian di rumah. Tidur. Rehat. Seharusnya lah sebab esok aku mulakan percutian di Singapura. Dah plan nak jumpa beberapa selebriti kat sana. Semoga dapat ketemu. Dan yang pasti aku akan jalan-jalan banyak bila kat sana nanti.

Hari ni, aku ada menerima SMS pemberitahuan... khabarnya pembayaran untuk CX8 seharusnya dibuat menjelang 24 Januari. Kiranya setiap bulan perlu dibayar sebelum 24 haribulan. Kalau CX5, aku kena bayar RM1700 sebulan, kali ini untuk CX8 aku kena bayar RM2412 sebulan. Lebih kurang RM600 macam tu la kena tambah.

Hari ni pesan nasi sup untuk dinner melalui BungkusIT. Sedapnya nasi sup Irfan ni, lama tak pekena.

Selesama dah semakin membaik. Esok, aku kena bertolak dalam jam 4.30 pagi macam tu untuk ke KLIA.