Hari ini busy dengan event. Aku terikat dengan event Junket Press untuk movie THE GRUDGE. Jam 12 tengahari aku dah siap parking kereta di Suria KLCC.
Ramai betul orang kat Suria KLCC. Ada event Comic Fiesta. Kemudian campur pulak dengan musim orang tengah bercuti. Cuti Krismas dan cuti Tahun Baru 2020 dah dekat. Dah tentu orang nak bercuti dan shopping.
Kehadiran Lin Shaye menjadi highlight of the day. Ramai jugak yang minat dengan pelakon Hollywood ni. Ye la kan, bukan selalu dia datang.
Ramai betul Ju-On...
Selesai event Media Press kat KLCC. Aku pecut pulak ke Hotel Dorsett untuk buat liputan Majlis Wedding Fitri Haris.
Sekarang baru tau, Fitri Haris dah bernikan dengan pengurusnya sendiri, Fazilah.
Makan kejap, then terus blah selepas dapat menemubual pasangan ni.
Malam, aku ajak Ayah G dan Cik Da dinner kat Tony Roma's, Melawati Mall. Redeem 5 voucher set makan malam kat situ.