Jumaat, 20 Disember 2019

MAZDA CX8

Agak kalut sikit hari ini. Semua benda aku nak kejar. Dalam masa yang singkat pulak tu. Tapi aku cuba untuk mengejar semua perancangan walau ada keciciran. Sekurang-kurangnya, aku dah cuba kan?

Awal pagi. Jam 8 pagi aku ke JPJ Wangsa Maju. Hiew suruh aku sign dan buat thumbprint untuk pertukaran plat kereta katanya. Katanya procedure sekarang dah lain. Tak pelah, aku boleh buat.

Sebenarnya, aku duk konfius. Rupanya JPJ Wangsa Maju yang dimaksudkan tu adalah JPJ Wilayah Persekutuan yang terletak sebelah Puspakom tu. Adeh, tak pasal-pasal aku bawak CX5 tu ronda-rinda buat kali terakhir sebalum aku serahkan kepada Hiew. Tapi takpe la kan. Hikmah jugak tu aku lalu ikut jalan jauh supaya aku dapat mengecapi momen-momen terakhir menaiki CX5 tu. Haha.

Bersarapan di JPJ. Makan roti titap. Kemudian, setelah selesai urusan aku balik dan bersiap-siap pula untuk ke sesi temubual bersama pelakon Hollywood, Lin Shaye dan pengarah dan penulis filem The Grudge iaitu Nicholas Pesce.

The Grudge

Gambar: Semasa mendaftar nama, aku dihadiahkan satu cap dan sehelai baju T bersaiz M. Tak lupa juga tag Media untuk liputan hari ni dan esok. Esok, akan ada Comic Fiesta di KLCC Convention Centre di mana Lin dan Nic akan tampil menjadi panel.

The Grudge

Gambar: Tengah tunggu giliran untuk berjumpa dengan Lin Shaye dan Nicholas Pesce.

Tu yang terkejar-kejar. Tapi aku masih tak tercicir lagi sebab sampai kat lokasi temubual tu, aku dapat hangout dengan Isaac dan juga Dahlia. Depa jela wartawan media Malaysia yang aku jumpa kat sana. Tak ramai pun dapat peluang untuk menemubual Lin dan Nicholas.

The Grudge

Soalan-soalan temubual aku dah prepare awal-awal lagi. Tapi bila tengok durasi temubual dipanjangkan aku pun prepare beberapa soalan tambnahan lagi.

Jam 11.45 tengari, temubual bersama Nicholas Pesce bermula dengan baik sekali. Kali ini aku tak lah seneves atau berdebar-debar macam dulu-dulu. Sebelum ni ada gak aku dup dap dup dap. Mungkin pengalaman mengajar agar aku rileks. Kalau neves sangat pun buat apa sebab temubual tu akan berlangsung juga. Ntahlah, aku kekadang kalau selebriti yang kelas A aku neves giler babi gak la. Bukan Lin Shaye tak berapa nak berada dalam kelas A, aku rasa tak jugak. Dia pelakon Hollywood tersohor. Tampil dalam banyak filem seram.

Jam 12.30 tengahari, aku dapat bersemuka dengan Lin Shaye. Aku cakap kat dia, dia nampak sweet in real life. Memang dia baik dan tak lokek nak bercerita walaupun dia nampak penat dan beberapa kali dia terbatuk-batuk. Mungkin gara-gara cuaca panas dan diselangseli dengan hujan kat KL kot. Tapi dia sempat pergi shopping kat Central Market.

The Grudge

Gambar: Lin Shaye ni memang sporting habis. Tengoklah reaksi muka dia tu. Kelakar siak.

The Grudge

Gambar: Aku kena prank oleh produksi. Semasa soalan terakhir tu, ada sorang Ju-on datang kononnya nak buat aku jump-scare. Haha, sebenarnya aku dah tahu ada prank. Cuma aku tak tahu bila dia nak datang sergah.

Selesai temubual. Aku balik rumah. Bersiap siap pulak nak gi ambik kereta kat Showroom Hiew. Sampai sana, kereta CX8 dah menanti. Nampak cantik dan berkilat selepas dia buat coating dan tinted pulak dengan cermin yang agak gelap. Haha, windscreen dalam 70% manakala cermin depan belakang dalam 80%. Haha.

Mazda CX8

Gambar: Dengan itu, tanggal hari ini, 20 Disember aku selamat memiliki sebuah Mazda CX-8. Syukur alhamdulilah.

Aku diberi briefing oleh Staff Mazda yang bertugas tentang penggunaan dan manual menggunakan kereta tu. Memang banyak jugak beza dengan CX5. Ye lah, CX5 tu dah aku gina 5 tahun. Sudah tentu banyak tekbologi dah dipertingkatkan. Selesai sesi briefing dan aku tanda tangan apa yang patut, aku pun ikut staff tu tadi isi minyak. Kasi penuh la kan sebab diorang yang belanja semua. Bestnya rasa jual jadi jurujual kereta ni sebab diorang dapat banyak komisyen.

Kemudian, aku cuba drive dari Gombak ke eCurve. Sebab aku ke sini adalah untuk buat liputan di majlis akad nikah Farah Nabilah. Aku rasa, tak tahu la dapat buat live ke tidak ni sebab event ni rasanya dah jadi milik media prima sebab depa buat program khas untuk majlis nikah kat Mahligai Cinta macam tu. Ntah la, cubalah. kalau tak dapat, tak pe aku masih dapat content original.

Lepak dulu kat Stabucks sebelum ke majlis akad nikah Farah Nabilah yang diadakan di Royale Chulan Damansara.