Hari ini mungkin tiada video aku nak upload kat Youtube. Bukan malas tapi aku nak rehatkan. Nak tengok test uji sejauh posting video pasal Kak Lina Pompom semalam tu dapat menginjak berapa RM untuk sehari.
Aku tahu konsisten tu penting. Tapi masalah lain yang timbul sekarang adalah kedua-dua iMac dah penuh hard drive. Aku kena google la nampaknya macamana Youtuber lain buat editing guna Final Cut Pro. Takkanlah, setiap kali hard drive iMac penuh aku kena buat spring cleaning dan kena format hard disk tu. Leceh gak macam tu.
Sekarang aku guna video 4K, jadi makan ruang yang besar jugaklah untuk tampung segala video tu. Tapi tak pe la, minggu depan Gegar Vaganza dah final. Jadi lepas tu, aku boleh bercuti kejap. Kemudian sambung pulak dengan program Dansa dan Sing.
Contact lens aku dah siap. So, jam 11 pagi aku ke NK Optical. Bayangkan dekat sebulan jugaklah aku pakai contact lens sebelah je. Kesian kat mana sebelah kiri sebab acah acah nampak, padahal rabun. Setakat ni, mata aku okay la.
Aku bercadang nak buat satu lagi contact lens. Tengoklah nanti aku kena datang dan order balik. Harga sepasang contact lens aku tu murah je. RM250 sahaja sepasang dan aku boleh guna paling lama dalam setahun. Tapi aku pernah guna 2 tahun tak berganti. Insane!
Selepas collect contact lens, aku ke event Netflix yang diadakan kat Hotel Chow Kit. Dulunya hotel ni dikenali dengan nama Tune Hotel. Dah masuk ni dua event buat kat sini, tapi yang sebelum ni, event AirAsia aku tak dapat attend. So, bila aku melangkah kaki kat hotel ni, yang totally dia dah buat renovation, sekali tengok dah lain dah. Aku suka dengan ubah suaian kali ini. Lebih clean. Lebih cantik dari dulu la pendek kata. Great job untuk Hotel Chow Kit. Staffnya pun mesra dan peramah sangat. Aku suka!
Sebenarnya, event Netflix hari ini santai je. Sebab pertamanya, media yang dijemput datang ni sangat terhad. So, aku boleh hangout dengan media yang banyak cover filem dan drama. Sebelum event bermula, kami dijamu dulu makan tengahari. Makanan sedap gak. Lebih kurang fusion dan campuran masakan Melayu dan barat. Kuih muih dan pemanis mulut pun sedap.
Event selesai jam 2 petang. Awal lagi. Teringat yang pada petang ni juga ada event anjuran Huawei. Tapi bila tanya badan, aku rela balik je rumah berehat sebab semalam aku tidur lambat dan kemudian terjaga awal. Jadi tidur tak cukup. Jadi aku pulang.
Terima kasih Netflix. Setiap kali datang event Netflix ni media akan dapat langganan percuma Netflix selama 3 bulan bernilai lebih RM124 macam tu. Kemudian goodies lain pun best best gak.
Sampai rumah. Tidur selama dua jam macam tu. Bangun, aku siapkan kerja sosial media posting untuk kempen Acer yang tertunggak. Selepas hantar invoice kat client, aku pun nak godek-godek blog jurnal yang dah bersawang ni. Sebenarnya aku ada masa je nak kemaskini blog jurnal ni sebenarnya kalau aku betul-betul pandai bahagikan masa.
Hari ni, aku tanya Hiew pasal kereta Mazda CX8. Aku cakap aku nak tukar warna tinted tu dengan warna yang lebih gelap lagi dari asal. Sekarang penguatkuasa undang-undang dah membolehkan dalam 50% tinted untuk cermin pintu depan dan 70% untuk windscreen. Tapi sebab aku nak tiru macam Hiew punya kereta, aku pun cakap yang aku nak kasi lebih gelap lagi. Barulah acah acah VIP! Katakooo!
Mungkin Jumaat atau Sabtu akan dapat merasa bawak kereta baru. Haha.
Hari ini, Huawei kasi satu gajet yang sangat canggih iaitu sepasang cermin mata gelap yang sangat pintar. Sebelum ni, ada telefon bimbit pintar kan, selalu je dapat cuba. Kali ini aku diberi peluang untuk cuba cermin mata berteknologi tinggi. Harga dia lumayan gak la. Ribu riban.
Pakai cermin mata ni boleh tengok la orang tu pakai seluar dalam warna apa ek?