Hari ini Budiey Channel terlibat dengan Media Junket filem THE GRUDGE yang berlangsung selama 3 hari. Bermula hari ini, tamat hari Sabtu. Pastinya, ramai media dan influencer dari seluruh negara Asia akan terbang dan berkumpul pada hari ni untuk liputan THE GRUDGE.
Yes, media Junket di negara sendiri. Selalu aku kena terbang ke luar negara untuk Media Junket. Peluang untuk join trip Media Junket ini tak selalu dapat. Hanya media tertentu sahaja yang dipilih.
Kali ini, Budiey Channel dapat peluang untuk menemubual pelakon Hollywood Lin Shaye, yang terkenal dengan lakonan hebatnya dalam INSIDIOUS dan beberapa filem seram yang lain. Juga dapat menemubual secara eksklusif seorang pengarah dan penulis filem THE GRUDGE iaitu Nicholas Pesce.
Untuk siri Junket di negara sendiri ni, aku akan rakam vlog sebagai content sampingan. Agenda bermula petang ni, di mana bermula dengan welcome cocktail, kemudian, kami dihantar ke screening THE GRUDGE untuk media dan influencer.
Esoknya ada rakaman sesi temubual dengan pelakon dan pengarah, ada dinner, ada Hantu Experience. Hari Sabtu pulak, ada Comic Fiesta yang mana menampilkan Lin Shaye dan juga Nicholas Pesce sebagai panel.
Untuk filem ni, rasanya ramai yang dah tahu, filem ni adalah reboot filem Ju On dan The Grudge (2004).
Aku keluar awal sebab ada hal nak kena setel.
Jam 4.40 petang, aku bertolak ke lokasi acara iaitu Welcome Cocktail di Hotel Traders. Dan, ada shuttle akan datang bawak aku ke GSC Pavilion. Oleh sebab masa dah lewat. Aku hubungi Sony Pictures Malaysia untuk menunggu di GSC Pavilion bagi sesi tayangan THE GRUDGE malam ni. Senang citer dan aku tak susah nak harung jalan KL yang sesak menunggu waktu puncak di mana ramai yang pulang ke rumah dah masa tu. Haish.
Sementara itu, aku dinner kat WonderMama. Sambil menunggu Adam datang collect glasses dari Huawei. Aku sebenarnya merasakan satu hari untuk buat rebiu produk memang tak cukup. Tambah lagi produk tu adalah android. Haa, memang kasi seminggu pun susah nak buat betul betul. Tapi memandangkan ianya tak berbayar, so aku buat ala kadar je la kan?
Gambar: Nah, ini aku cuba pakai glasses ni. Sangat besar sebenarnya. Fungsinya? Aku pun takde masa lagi nak google dan tengok kat Youtube.
Gambar: Selepas aku melantak cha keiw tiau, aku makan lagi ABC. Argh. Tapi aku tak makan habis la sebab cepat kenyang dah sekarang ni.
Selesai tayangan jam 9 malam macam tu. Sampai rumah, ada parcel hadiah dari Netflix sempena cuti Krismas dan tahun baru 2020. Terima kasih Netflix Malaysia kasi macam-macam hadiah ni. Kat dalam kotak besar tu ada wireless charger dengan logo Netflix kat tengah-tengah.