Ahad, 22 Disember 2019

FINAL GV6


Pagi ni aku setup studio untuk rekod Ramalan Siapa Bakal Juara Gegar Vaganza. Telahan aku, kalau Naqiu buat silap sikit je, aku rasa juara akan jadi milik Hady Mirza. Tapi tengok lah, aku rasa Astro tahu siapa selayaknya jadi juara berdasarkan persembahan pada malam ini. Selepas upload video, baru dapat keluar.

Jam 3 petang, keluar ke Shah Alam. Singgah dulu kat Mid Valley. Ada orang tu nak shopping baju kat People's. 

Singgah Plaza Shah Alam. Pekena sup lidah campur sup perut. Wallah. Aku ada dua voucher Pizza Hut tapi hairan kenapa cawangan kat sini tak nak terima.

GV6 berjalan dengan lancar sekali. Hady Mirza dan Naqiu dinobatkan sebagai juara bersama. Haa, boleh pulak macam tu kan? Bagi aku, okay je. Tapi tidak bagi netizen. Tak pasal-pasal Tok Ram dan Astro kena kecam. 

Hady Mirza Budiey

Sejak dari aku kena banned, aku dah macam malas nak layan manusia-manusia hipokrit kat sekeliling aku. Jumpa kat parking, say hi tapi ingat aku tak tahu dia memang bermuka-muka. Kat belakang kutuk aku dan dengki. Tak faham aku dengan orang macam ni.

Lantak kau lah nak banned aku ke nak apa ke, aku tetap menjalankan tugas. Ramai lagi artis yang boleh diberi tumpuan. Macam aku cakap, industri seni kat Malaysia ni kecil je. Tup tup jumpa jugak kan? So, bila jumpa tu, tak pe lah, kalau tak nak borak ke apa ke, anggaplah aku ni tak wujud.

Balik jam 2 pagi. Sampai rumah aku dapati ada something melekat kat kereta. Whats that? Aku contact Hiew. Dia kata, itu air kapur yang datang dari bumbung konkrit. Oh ye la, aku silap parking kereta yang tak sepatutnya aku park kat situ. Sebab MBSA memang penuh dah masa tu. Itu je port yang sesuai untuk park kereta. Nak tak nak, kena gi CEO Spa untuk polish dan buat coating balik.

Mazda CX8

Upload video mana yang patut.