Khamis, 28 Disember 2023

KENA BULI

Aku percaya setiap apa yang kita buat dalam dunia ni ada pembalasannya. Tak esok lusa, kalau tak lusa, kau tunggu je lah masanya. Aku nak tengok je macamana keadaannya. 

Minda aku masih lagi dihantui dengan kejadian buli tempohari. Ia macam duri tajam yang menikam hati. Tusukannya sangat dalam. Agaknya lama juga aku akan sembuh. Tapi aku bertahan. Sabar. Apa yang diorang buat ke atas diri aku akan dapat pembalasannya jugak. Tak hari ni, esok. Kalau tak esok, boleh jadi lusa. 

Orang kata, kalau orang buat jahat kat kau, kau tak yah nak buat apa -apa react. Yes, malam ni aku dah ikut apa orang kata tu. Kalau aku tak ikut, aku rasa, memang dah jadi kecoh. 

Sebenarnya, puak sana memang dah lama tak suka aku. Aku je yang buat tak endah. Aku tak tahu apa yang diorang tak puas hati sangat dengan aku. Mungkin diorang ingat aku ni mengancam periuk nasi diorang kot. Ntah. Lantaklah!

Semua member yang baik dengan aku nasihatkan supaya aku jangan ambil apa-apa tindakan. Buat dunno je. Jangan hirau sangat apa yang diorang buat tu. 

Okay, kalau boleh sabar aku sabar je. Tak pe. Kita tengok la nanti camner.