Over-confident boleh tapi kena bertempat jugak.
Insaf dan sedar diri la sikit!
Insaf dan sedar diri la sikit!
Ceritanya...seorang PR hubungi aku untuk meletakkan satu Peraduan Filem dalam blog budiey.com. Katanya, peraduan ni adalah untuk filem IP MAN. Okay, aku pun buatlah peraduan ni siap-siap dan hantar link kat dia.
Tak sampai 15 minit, dia cakap, ada pembetulan sikit. Peraduan tu memang untuk IP MAN. Tapi bukan Ip Man 2 seperti yang aku buat tu.
Adoi... jadinya, kalau bukan Ip Man 2, filem Ip Man mana lagi yang ada?
Okay, jangan over confident sangat. Sebenarnya, pada bulan Jun atau Julai ni, ada lagi satu filem pasal Ip Man akan keluar. Judul filem tu - The Legend is Born!
Adoi... kena edit balik. Terus mood aku terbang melayang terus hilang ntah ke mana ntah.
---
Sarapan aku hari ni sangat simple macam semalam. Guna setting yang sama. Dua keping roti dan kopi tongkat ali... hehehe...
Ingat nak keluar awal untuk ambik barang tapi aku lepas aku call clerk yang in caj tu kata dia masuk kerja jam 2 petang.
Tak apa. Aku ambil esok sahajalah.
Jam 11 pagi, aku menerima sebuah parcel dari seorang PR yang dihantar melalui pos laju. Diisi di dalamnya sebuah CD dan sekeping kad bisnes.
Aku dah agak dah, ia datang dari mana. Baru aku ingat beberapa minggu lalu, seorang PR ada cakap yang dia nak hantar aku CD gambar.
Apa-apa pun, terima kasih kepada PR tu. Nantilah aku akan buat entri untuk letak gambar-gambar ni. Nak tahu apa gambarnya, kenalah baca budiey.com.
---
23 Mei ini cuti ya? Mmm... kami ingat nak pergi bercuti. Kalau tak bercuti pun, ingat nak balik kampung.
Cakap pasal kampung. Aku dah pun tempah tiket flight untuk terbang ke sana. Lubuk hati sangat bercelaru dengan rona-rona kerisauan. Risau dengan kesihatan Mek aku yang tak menentu.
Sekejap sihat, sekejap demamnya datang balik.
Apa yang aku boleh buat sekarang ialah berdoa.
Setidak-tidaknya, movie day out yang aku plan hujung minggu ni terpaksa dibatalkan. Itu dah termaktub! Dah tertulis di luh mahfuz. Realitinya, terima sahaja ketetapan dari Yang Maha Esa.
---
Selepas Zuhur, aku melangkah keluar rumah untuk ke event Rabbani.
Oh, sampai di LRT Sentul Timur... ku lihat....
Oh. Ada perubahan. ST11. ST - short form untuk Station ya.
Nasib baik takde ST 12 kalau tak, sah-sah lah band dari Indonesia ST12 akan datang kat sini untuk buat video klip. Hahaha!
---
Di majlis Rabbani, aku duduk semeja dengan rakan media, Azira. Lama betul tak jumpa dengan Azira.
Dapat goodie dari produk Uzai. Ya, Rabbani kini dilamar untuk menjadi duta produk Rabbani. Tahniah Rabbani!
Selepas makan kenyang-kenyang, aku pulang.