Pagi yang cerah. Hati sangat berat untuk menikmati suasana keindahan ini. Di lubuk hati ada satu rasa sayu. Mendengar riuh kicauan burung dan sekali sekala deruan kereta lalu di bawah memecah suasana sepi.
Pagi masih sepi tanpa kata.
Namun, pagi bagi aku membawa seribu ketenangan.
Sarapan dengan 2 keping roti bakar dan secawan nescafe GOLD. Dari semalam dan beberapa hari lalu, itulah menu santapan pagiku.
Pagi ini, aku ada event yang sangat perlu aku hadiri iaitu Screening FIFA World Cup anjuran Astro. Kalau boleh, aku tak nak ponteng sebarang event yang aku dapat. Tapi kalau ada emergency atau aku kena ada dateline, terpaksalah aku berkampung di rumah.
Hari ni juga ada sidang media Amber Chia mengumumkan hasrat hatinya untuk mengadakan satu program realiti TV terbaru. Tentunya, aku rasa program ni melibatkan tentang dunia modelling & peragaaan. Mungkin?
Jam 9.15 pagi, adik aku call. Aku dikhabarkan demam Mek datang balik. Patutlah semalam, aku tak lena tidur dan terjaga jam 5 pagi. Hati dah tak sedap rasa. Tengah berfikir-fikir untuk balik kampung minggu ni dengan flight.
Tuhan sahaja yang tahu betapa hati aku sangat risau dan kusut tatkala ini.
Ingatkan semalam, keadaan Mek dah okay sebab dapat bercakap elok dan segar sikit dengan aku di talian telefon. Lagi pula, ramai cucu dan dua orang anaknya yang lain datang menjenguk. Tapi keadaan masih tak stabil lagi.
:(