Sekarang musim orang demam. Dalam famili aku, selepas seorang-seorang dihinggapi demam. Mungkin dah jadi muzim orang demam.
Alhamdulilah, minggu lepas aku dijangkiti selesema tapi nasib baiklah tak berserta dengan pakej demam. Kalau demam, mahunya segala aktiviti harian akan tergendala. Kalau demam, aku lebih rela duduk di rumah untuk berehat.
Semalam, aku call ibu aku kat kampung. Sajelah sempena hari ibu ni, nak dengar suara ibu aku walaupun aku tak ucapkan kepadanya secara terangan. Ibu aku tak pun tahu apa-apa tentang hari ibu.
Anak sedara aku yang angkat, kata mereka Mek tak boleh bangun sebab demam. Bunyi macam teruk aje kalau tak dapat bangun. Aku mula naik risau. Rasa hati meronta-ronta untuk aku pulang ke kampung. Tapi aku rasa buat masa sekarang aku tak dapat balik. Kecuali, kalau Mek sakit tenat.
Nasib baik ada cucu yang datang menjenguk. Kalau tak, aku dan Adik Ma lagilah naik risau. Masa aku call semalam, 3 orang anak Kak Yah datang temankan Mek.
Masa bercakap, aku tanya sepatah dia cakap sepatah. Tak larat. Aku mulai rasa kasihan. Tak pelah, aku pun borak sikit dengan anak sedara aku tu.
Kemudian, aku call Dik Ma. Dia cakap, dia dah call tadi. Tahu berita ni pun semalam. Tapi nak buat macamana. Dia berada nun jauh di Sabah, mana boleh pulang.
Cuma dalam hati, sekadar berdoa dan sedapkan hati sahajalah. Semoga Mek kembali sihat.
Aku ada bincang juga dengan Sayang untuk balik kampung. Kata Sayang, kalau nak balik pun, kenalah hari minggu - Sabtu dan Ahad.
Tengoklah macamana dulu keadaan Mek. Kalau demamnya melarat. Kenalah aku balik kampung. Rasa rindu kat kampung memang menusuk kalbu.