Khamis, 13 Mei 2010

SYAHJIHAN

Pagi menguntum senyuman, petang mekar haruman dan malamnya... mewangi cinta sentuhan.

Dalam dilemma, samada mahu bertamu di Prebiu Bounty Hunter atau mahu menjamah bahu-bahu pelakon Drama Da Bomba & SyahJihan. Aku buat keputusan atas dasar, event manakah yang paling banyak memberikan aku wang!

Sudah tentu sekali, majlis ramah mesra drama Da Bomba & Syahjihan. Ada yang muka-muka baru dan ada muka-muka jarang aku lihat di sana.

Tiada banyak yang aku boleh ceritakan di saat jiwa risau berkecamuk. Apa guna biarkan jiwa meracau kalau tiada jalan untuk selesaikan. Aku tak nak jiwa menjadi kacau kerana sedikit maslahah. Lebih baik jiwa jadi tenang kerana di dunia ini cuma sementara.

Kalau banyak duit, duit itu sebenarnya sementara.

Kalau kita sakit, sebenarnya sakit itu hanya sementara.

Segala benda dalam dunia ini hanya bersifat sementara.

Akhirnya, hancur menjadi tanah jua kita.

Pulang sahaja, aku buat keputusan untuk pulang ke kampung. Sekurang-kurang hati rasa lega kerana aku dah pun menjalankan tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Aku selamat tempah tiket untuk pulang dengan Airasia kerana MAS sudah pun penuh quota untuk tiket murahnya. Yang ada hanya tiket yang mahal.

Malam, sepatutnya aku ke rakaman Stylistika Siti di Shah Alam. Aku tak dapat pergi kerana aku ada dateline kononnya.

Lagi pun aku masih takde kaki. Berharap menumpang dengan orang. Kadang-kadang malu nak minta tolong. Bukan apa, tak nak susahkan sape-sape.

Tapi hidup dalam dunia ni selalu saje kena bergantung harap dengan orang. Sehingga kita lupa, sebenarnya kita perlu meminta dan bergantung juga pada Sang Pencipta Alam ini.