Isnin, 31 Mei 2010

GLAMOR KE?

Menyampah betul kalau ada yang spoiled my monday. Dah lah aku ni jenis yang moody. Kalau pagi-pagi lagi dah ada masalah, memang tak aman la dunia. Haha.

Hari ini sebenarnya, aku plan nak gunting rambut. Then nak cash out payment dari Google Adsense. Walaupun sikit tapi kira okay jugak lah. Alhamdulilah, dengan duit Google Adsense ni aku boleh bayar rumah sewa ni.

Dek kerana hujan pada belah petangnya, aku tak dapat keluar dari rumah. Sikit aku tak risau sebab esok masih ada buat aku.

Dan aku mengambil masa dengan menghabiskan siri marathon siri 24 kegemaran aku untuk musim ke-4. Kali ini plotnya agak draggy. Adush, tak macam dulu dah beb!

Teringat ada ketika, si blogger yg glamour bagai nak rak ni menaikkan suaranya bila aku sebut namanya dengan sebutan yang agak salah. Huhu, macam marah je bila aku sebut salah. Padahal itu bukan aku sengajakan.

Tak pelah, itu mungkin cara dia. Aku tak wajar nak cakap apa. Sebenarnya, aku tak nak dia orang ni tahu yang aku ni tak berapa nak ingat nama orang.

Walhal, blog diorang pun tak pernah aku baca. Sebab itu jugalah aku ni sangat pelupa nama-nama mereka.

Ternyata, popular hanya di mata orang, bukan di mata aku.

Tunggu panggilan dari Hary Toyota, sampai sudah tak menjenguk. Cakap nak update kat aku pasal status. Tapi haram kejadah habis tak sudah aku tunggu macam berakar sudah punggung kemetot aku ni.

Khamis, 20 Mei 2010

DOUBLE TROUBLE

Hari ini aku kena gi The Curve. Sekarang orang tak panggil lagi The Curve. Ntah sebab apa, orang panggil e-Curve pulak.

Hajat nak beli henset baru la hari ini. Aku malas nak pakai Nokia N97 tu. Leceh giler. Touch screennya tak macam iPhone. Sengal. Jadi, aku bertukar ke Nokia N86.

Gambar pun cantik. Satu-satunya kamera henset dengan 8MP! Tengok gambar kat bawah ni, aku ambik dengan henset baru Nokia N86. Mantap tak?

Budiey

Lepas shopping dan mundar mandir dalam The Curve, aku ke Sidang Media Konsert Double Trouble. Aku ada ambik gambar budak cute nih.

20052010003

Comelnya dengan snow cap & seluar macam anak mat salleh nak pergi main salji je kan?

Budiey

Then, aku lepak dengan wartawan Mangga Online yang sangat mesra. Dulu aku ingat Noni ni tak suka kawan dengan aku, tapi rupanya, dia ni tak macam yang lain. Sangat baik.

Budiey

Tengok ni, kenal tak sape dia? Ya, dia adalah pemukul drum yang sangat aku suka sekali. Dalam banyak band rock, Black sangat hebat! Aku kagum dengan dia ni dari dulu lagi. Yelah, aku membesar dengan lagu-lagu Wings yang maha dahsyat tu. Lagu Sejati aku sangat suka giler dulunya.

Black & White!

Budiey

Aku sebenarnya nak sangat bergambar dengan Awie tapi dia lak sibuk memanjang. Maklumlah nak buat konsert lak kat JB ni. Kena hurung kat media la.

Budiey

Hujan meribut. Aku tak dapat teksi untuk pulang. Aku terpaksa ambil bas untuk ke stesen Kelana Jaya. Dari situ, baru aku teringat, aku kena ambik tiket A Nightmare on Elm Street.

Jadi, aku turun kat KLCC. Selain ambik tiket, aku pusing-pusing untuk shopping lagi.

Kali ini aku beli jersi Brazil yang dijual kat store Adidas. Terangnya warna. Boleh aku pakai masa Ole Adidas Project Alpha dan juga Media Nite Suria FM nanti. Dua-dua event ni memang memerlukan aku pakai jersi.

Budiey

Nak ikut tema katakan.

Singgah beli mozala burger untuk isteri. Sambil tu aku hirup seteguk dua A&W Root Beer Float. Halal ya!

Budiey

Location:Jalan Dua Belas,Kuala Lumpur,Malaysia

Isnin, 17 Mei 2010

TIRU

Aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yang pandai mengambil kesempatan. Bila ada luang, ruang dan lohong sikit, mulalah nak mengisi dengan sampah sarap yang berbau busuk.

Sampah tu sebenarnya tak membusukkan aku. Tapi akan membusukkan dirinya jugak.

Bila aku kata A, dia akan jadi A. Benda tu takkan jadi B. Tapi bagi sesetengah orang yang suka ambil kesempatan. Barang yang A akan jadi B.

Aku tak suka orang yang cenggini.

Okay, der. Aku tak nak hurai panjang lebar. Cukup dengan apa yang aku alami hari ini. Eh, siapa kata budak-budak mentah zaman sekarang tak pandai meniru.

Tengok kita buat, dia nak buat jugak. Ya, meniru tu budaya orang Melayu

Sabtu, 15 Mei 2010

SOMBONG

Sombongnya artis ni sekarang. Dulu bukan main lagi baik dengan aku. Huhu, tak pe. Memang best la kan rasanya.

Usulnya, aku ada jemput beberapa artis popular dan ada juga antara mereka yang aku ajak tu artis yang suam-suam kuku. Tapi aku sangat respek dengan beberapa artis yang hanya pelakon ekstra ni suka untuk menjawab mesej kat wall Facebook ni.

Tapi haram jadah tidak dengan artis ni yang sangat prasan glamor tapi sampai sudah tak nak jawab sapaan aku. Sangat sombong!

Kalau dah popular tu tak pe lak jugak. Ini ko tak tahu lagi akan hidup dalam industri ni.

Pesanan aku kepada artis yang suam-suam kuku ni, tolong jangan berlagak!

Aku tak kisah dengan seorang penyanyi dan juga seorang pelakon ni, fuh sekarang dah main berlagak lagi. Sombong giler lah. Jumpa pun dah tak nak tegur lagi dah. Memang mengancam habislah kan?

Ntahlah, aku harap artis yang sombong sangat tu, harap-harap diorang sedar diri siapa mereka dulu.

Masa nak mula bertapak dulu, terhegeh-hegeh datang, call dan hantar email semua nak minta tolong. Then, bila kita tolong, habuk pun tak appreciate!

WTH!

Jumaat, 14 Mei 2010

SHREK FOREVER AFTER

Jam 9.30 pagi, aku ke Prebiu Shrek Forever After 3D di Mid Valley.

Walaupun sekuel yang ke-4 ni tak berapa nak asyik sangat, tapi kalau dah ditonton dengan teknologi 3D, for sure ia satu pengalaman yang menakjubkan.

Jam 3 petang, aku ke Screening Raya Media Prima. Dato' Siti Nurhaliza ada di sana. Juga Awal Ashaari dan beberapa artis lain.

Aku ni sebenarnya tak boleh makan bubur tapi aku makan jugak. Rasalah aku bengkak sana-sini. Adeh!

Esok aku balik kampung. Oleh sebab aku bertolak awal pagi iaitu seawal jam 7.45 pagi, aku kena sampai di LCCT Sepang sekurang-kurangnya jam 6 pagi.

Teksi dah pun aku booking. Kebetulan aku terserempak dengan seorang pemandu teksi yang duduk berhampiran dengan apartment ni.

Jam 6 petang, aku ke Celcom's Media Nite. Kat sana jumpa hos Showdown 2010, Hafiz Hathim. Borak dengan Hafiz jap. Dia ni sebenarnya ada darah campuran. Ayahnya orang Kelantan. Rupanya, Hafiz ni boleh jugak cakap loghat Kelate. Sikit-sikit tu boleh la.

Khamis, 13 Mei 2010

SYAHJIHAN

Pagi menguntum senyuman, petang mekar haruman dan malamnya... mewangi cinta sentuhan.

Dalam dilemma, samada mahu bertamu di Prebiu Bounty Hunter atau mahu menjamah bahu-bahu pelakon Drama Da Bomba & SyahJihan. Aku buat keputusan atas dasar, event manakah yang paling banyak memberikan aku wang!

Sudah tentu sekali, majlis ramah mesra drama Da Bomba & Syahjihan. Ada yang muka-muka baru dan ada muka-muka jarang aku lihat di sana.

Tiada banyak yang aku boleh ceritakan di saat jiwa risau berkecamuk. Apa guna biarkan jiwa meracau kalau tiada jalan untuk selesaikan. Aku tak nak jiwa menjadi kacau kerana sedikit maslahah. Lebih baik jiwa jadi tenang kerana di dunia ini cuma sementara.

Kalau banyak duit, duit itu sebenarnya sementara.

Kalau kita sakit, sebenarnya sakit itu hanya sementara.

Segala benda dalam dunia ini hanya bersifat sementara.

Akhirnya, hancur menjadi tanah jua kita.

Pulang sahaja, aku buat keputusan untuk pulang ke kampung. Sekurang-kurang hati rasa lega kerana aku dah pun menjalankan tugas dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.

Aku selamat tempah tiket untuk pulang dengan Airasia kerana MAS sudah pun penuh quota untuk tiket murahnya. Yang ada hanya tiket yang mahal.

Malam, sepatutnya aku ke rakaman Stylistika Siti di Shah Alam. Aku tak dapat pergi kerana aku ada dateline kononnya.

Lagi pun aku masih takde kaki. Berharap menumpang dengan orang. Kadang-kadang malu nak minta tolong. Bukan apa, tak nak susahkan sape-sape.

Tapi hidup dalam dunia ni selalu saje kena bergantung harap dengan orang. Sehingga kita lupa, sebenarnya kita perlu meminta dan bergantung juga pada Sang Pencipta Alam ini.

Rabu, 12 Mei 2010

OVER-CONFIDENT

Kadang-kadang aku terlalu over-confident dalam setiap kerja aku. Perasan. Semua yang aku buat tu semuanya betul. Padahal, hampeh! Ternyata kesilapan pada pagi ini betul-betul buat aku rasa, aku patut perbetulkan balik tabiat aku.

Over-confident boleh tapi kena bertempat jugak.

Insaf dan sedar diri la sikit!

Ceritanya...seorang PR hubungi aku untuk meletakkan satu Peraduan Filem dalam blog budiey.com. Katanya, peraduan ni adalah untuk filem IP MAN. Okay, aku pun buatlah peraduan ni siap-siap dan hantar link kat dia. 

Tak sampai 15 minit, dia cakap, ada pembetulan sikit. Peraduan tu memang untuk IP MAN. Tapi bukan Ip Man 2 seperti yang aku buat tu. 

Adoi... jadinya, kalau bukan Ip Man 2, filem Ip Man mana lagi yang ada?

Okay, jangan over confident sangat. Sebenarnya, pada bulan Jun atau Julai ni, ada lagi satu filem pasal Ip Man akan keluar. Judul filem tu - The Legend is Born!

Adoi... kena edit balik. Terus mood aku terbang melayang terus hilang ntah ke mana ntah.

---

Sarapan aku hari ni sangat simple macam semalam. Guna setting yang sama.  Dua keping roti dan kopi tongkat ali... hehehe...
Diari Budiey 15 Mei 2010
Ingat nak keluar awal untuk ambik barang tapi aku lepas aku call clerk yang in caj tu kata dia masuk kerja jam 2 petang.

Tak apa. Aku ambil esok sahajalah.

Jam 11 pagi, aku menerima sebuah parcel dari seorang PR yang dihantar melalui pos laju. Diisi di dalamnya sebuah CD dan sekeping kad bisnes.

Aku dah agak dah, ia datang dari mana. Baru aku ingat beberapa minggu lalu, seorang PR ada cakap yang dia nak hantar aku CD gambar.

Apa-apa pun, terima kasih kepada PR tu. Nantilah aku akan buat entri untuk letak gambar-gambar ni. Nak tahu apa gambarnya, kenalah baca budiey.com.

Diari Budiey 15 Mei 2010

Diari Budiey 15 Mei 2010

Diari Budiey 15 Mei 2010
---

23 Mei ini cuti ya? Mmm... kami ingat nak pergi bercuti. Kalau tak bercuti pun, ingat nak balik kampung.

Cakap pasal kampung. Aku dah pun tempah tiket flight untuk terbang ke sana. Lubuk hati sangat bercelaru dengan rona-rona kerisauan. Risau dengan kesihatan Mek aku yang tak menentu.

Sekejap sihat, sekejap demamnya datang balik. 

Apa yang aku boleh buat sekarang ialah berdoa.

Setidak-tidaknya, movie day out yang aku plan hujung minggu ni terpaksa dibatalkan. Itu dah termaktub! Dah tertulis di luh mahfuz. Realitinya, terima sahaja ketetapan dari Yang Maha Esa.

---

Selepas Zuhur, aku melangkah keluar rumah untuk ke event Rabbani.

Oh, sampai di LRT Sentul Timur... ku lihat....

Diari Budiey 15 Mei 2010

Oh. Ada perubahan. ST11. ST - short form untuk Station ya.

Nasib baik takde ST 12 kalau tak, sah-sah lah band dari Indonesia ST12 akan datang kat sini untuk buat video klip. Hahaha!

---

Di majlis Rabbani, aku duduk semeja dengan rakan media, Azira. Lama betul tak jumpa dengan Azira. 

Dapat goodie dari produk Uzai. Ya, Rabbani kini dilamar untuk menjadi duta produk Rabbani. Tahniah Rabbani!

Diari Budiey 15 Mei 2010

Selepas makan kenyang-kenyang, aku pulang. 

KIASU

Pagi yang cerah. Pagi yang penuh semangat. Aku bingkas terus untuk memulakan hari Rabu. Semoga hari ini memberikan aku ketenangan jiwa dan kepuasan hati.

Yang penting, semua kerja perlu dibuat dengan terbaik. Sempurna dan tip top!

Kiasu!

Yea, walaupun ramai yang tak suka dengan perkataan itu, tapi aku sangat suka. Sebab dengan kiasu, aku boleh menyusun dan merangka hari dengan kemas. Semua kemas dan teratur.

Sebenarnya, aku sendiri tak faham apa maksud kiasu tu sebenarnya. Yang aku tahu pun, kiasu ni disebut oleh sahabat lama aku yang kini ntah ke mana dia menghilang. Dia selalu cakap, dia tak suka orang Singapura sebab orang Singapura ni sangat kiasu. Then, aku tanya dia, apa maksud kiasu ni. Dia tak jawab tapi dia suruh aku tengok sendiri imej Singapura.

Pada aku, orang Singapura ni tak suka buat kotor. Buat kerja pun kemas. Bilik kemas, suasana tenang dan bersih. Kan elok tu. Sejuk mata memandang. Bagi aku kiasu tu satu sifat yang positif. Patut kita contohi.

Baru-baru ini, aku bercakap la dengan seorang selebriti. Ntah macamana, adalah kami borak pasal perabut ni. Asalnya aku nak buang meja makan Ikea dan meja desktop aku tu. Then, dia ada tercakap kat aku yang orang Singapura ni biasanya akan tukar perabutnya sekali setahun. Jadi, setiap kali nak sambut raya, ramailah fakir miskin yang datang kutip perabut mereka. Bukan murah perabut tu, ada yang sangat mahal dan masih elok digunakan lagi.

Tapi kat Malaysia, jarang lah nak berlaku. Biasanya tunggu perabut tu lusuh dan tak boleh guna, barulah kita buang kan?

Pagi ini aku hanya mengadap laptop di rumah. Mungkin aku akan keluar tengahari untuk kutip cek kat sebuah ofis ni. Biasalah sebulan sekali aku memang kutip duit dari ofis tu. Rezeki Tuhan, alhamdulilah.

Kemudian, petangnya nanti aku kena hadir di Majlis Meraikan 15 Tahun Rabbani Dalam Industri Nasyid.

Pada masa yang sama, aku kena hadir di Preview Filem Kecoh Betul. Aku dijemput tapi apa boleh buat, aku tak dapat join sebab prebiu tu sangat jauh. Tak tercapai dek tangan.

Untuk hari ke-3, aku dah promote blog jurnal baru ni di Facebook dan aku ada letak link di budiey.com.

Aku rasa ada yang suka baca tulisan aku membebel dan lepaskan perasaan kat sini. Ada yang kata, kat sini, aku lebih bebas menulis.

Itu aku setuju.

Selasa, 11 Mei 2010

HADIAH DARI F&N

Cakap pasal rezeki, aku teringat kata-kata isteriku. Rezeki dari Tuhan bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit. Tapi ia kadang-kadang wujud dan hadir dalam bentuk yang pelbagai rupa.

Ada cerita di sebalik kata-kata itu sehingga ia melekat kejap dalam ingatan aku.

Jam 3.30 petang, seperti dijanjikan, hadiah berupa goodie bag dari produk krimer pekat manis tiba di perkarangan apartmentku.

Aku sempat berborak dengan orang yang banyak membantu aku untuk mendapatkan bahan. Juga aku tak lokek untuk mewar-warkan satu program TV yang dihoskan oleh Awal Ashaari ini.

Namanya terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Lagi pun, menulis diari seperti ini tak boleh terlalu details sangat. Bahaya nanti.

Nah tadaaaaaaaaaaa....

F&N Goodies

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab sudi hantar dan bagi hadiah ni. Sangat menghargainya hingga aku abadikan gambar kenangan dengan hadiah ni. Hahaha...

Padahal, sepanjang hidup aku, rasanya ada lagi hadiah yang mahal-mahal pernah aku dapat.

Sebalik pemberian ini, ceritanya... aku tak dapat hadir di sidang media pelancaran program TV ni - Cerita Teh Tarik F&N yang sekarang ni bersiaran di TV3 setiap Khamis pada jam 6 petang. Ini kerana pada hari tersebut, aku terpaksa menghadiri banyak sangat event. Masa terlalu suntuk. Tak dapek la nak nolong.

Walaupun tak dapat hadir, aku masih bekerjasama dengan menyiarkan gambar-gambar sekitar launching tu.

Sebelum itu pun, aku dihubungi untuk menjadi tetamu dalam program ini. Tapi mengikut kata orang kreatif ni nak aku bersama blogger yang lain.

Itulah pasal, kalau aku seorang diri, aku setuju je. Tapi kalau melibatkan blogger ni, tak berani nak jaminlah sebab blogger yang ngetop semuanya di bawah satu management. Jadi, aku suruh dia settle dengan management.

Kalau dapat jadi tetamu dalam program ni pun, rasanya aku taklah sangat segan sebab aku dan Awal Ashaari ni sebenarnya selalu jumpa kat event dan ada pernah borak-borak. Bagi akulah, Awal dan manager dia, sangat baik dan selalu memberi kerjasama. Tak pernah buat hal. Awal memang pandai bawa diri.

Mmm... bukak aje goodie bag ni, memang dah agak dah apa ada kat dalam tu. Mestilah ada susu krimer pekat manis lemak berkrim tu.

Lepas ni, aku nak buat tea tarik la jap. Hehehehe...

F&N Goodies

F&N Goodies

F&N Goodies

NASIBKU

Sesampai di event Astro HD - FIFA World Cup 2010, aku disapa oleh Vivian Tan - Orang kuat komunikasi korporat Astro. Vivian suruh aku jawab soalan yang akan diadakan semasa sidang media nanti.

Kalau nasib baik, jawaban tepat, pemenang akan dapat sebuah TV HDTV 42 inci didatangkan dengan pakej HD selama setahun.

Wow, aku kena cuba ni. Walaupun kat rumah ni dah ada TV HDTV 42 inci, aku rasa aku nak kasi hadiah kat Ayah G. Itupun kalau dapatlah. Aku bukan apa, kesian dengan diorang ni, Astro kat rumah Ayoh G tak berapa okay. Asyik on off je aku tengok.

Aku cuba. Tapi nasib tak menyebelahi. Tak mengapalah.

Eh, goodie bag Astro untuk kempen bola sepak Piala Dunia ni boleh tahan jugak. I just got a ball! I like ball! Hahahaha!

diary budiey

Terlintas di fikiran aku, bulan Mei seakan ada bulan yang sangat murung. Nasib sering tak menyebelahi. Begitu juga dengan rezeki untuk bulan ini.... terasa seperti kurang sikit.

Aku tetap bersyukur dengan apa yang ada. Semua yang ada inilah yang Tuhan berikan untuk aku lebih menghargainya.

Aku pulang tanpa makan dulu sebab tak dapat nak tunggu. Tengok makanan tak dihidangkan pun.

Aku pulang dengan perut yang kosong.

Jam 12.30 tengahari, aku dah sampai di rumah.

Nasiblah hari ni makan mee maggie je kat rumah. A'ah, lama betul tak makan maggie, kan?

Mek aku cakap, selalu makan maggie ni tak elok. Kepala boleh jadi botak.

Kata Mek tu ada betulnya jugak.

Mula buat kerja. Dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi aku mengupdate blog ini. Yelah, lama betul aku tak mencoret sesuatu dalam diari nih. Rasa macam dah kejung tangan. Lama tak menaip.

Jam 1.20 petang, ada panggilan hinggap ke telefon bimbit. Ada sorang PR ni nak datang hantar hadiah untuk aku. Alhamdulilah. Ada juga yang sudi menghargai Budiey.com.

Aku tak sabar apalah agaknya hadiah yang akan diberikan pada aku ni.

Nak tahu apa dia? Tunggguuuu!

WORLD CUP 2010

Pagi yang cerah. Hati sangat berat untuk menikmati suasana keindahan ini. Di lubuk hati ada satu rasa sayu. Mendengar riuh kicauan burung dan sekali sekala deruan kereta lalu di bawah memecah suasana sepi.

Pagi masih sepi tanpa kata.

Namun, pagi bagi aku membawa seribu ketenangan.

Sarapan dengan 2 keping roti bakar dan secawan nescafe GOLD. Dari semalam dan beberapa hari lalu, itulah menu santapan pagiku.

Pagi ini, aku ada event yang sangat perlu aku hadiri iaitu Screening FIFA World Cup anjuran Astro. Kalau boleh, aku tak nak ponteng sebarang event yang aku dapat. Tapi kalau ada emergency atau aku kena ada dateline, terpaksalah aku berkampung di rumah.

Hari ni juga ada sidang media Amber Chia mengumumkan hasrat hatinya untuk mengadakan satu program realiti TV terbaru. Tentunya, aku rasa program ni melibatkan tentang dunia modelling & peragaaan. Mungkin?

Jam 9.15 pagi, adik aku call. Aku dikhabarkan demam Mek datang balik. Patutlah semalam, aku tak lena tidur dan terjaga jam 5 pagi. Hati dah tak sedap rasa. Tengah berfikir-fikir untuk balik kampung minggu ni dengan flight.

Tuhan sahaja yang tahu betapa hati aku sangat risau dan kusut tatkala ini.

Ingatkan semalam, keadaan Mek dah okay sebab dapat bercakap elok dan segar sikit dengan aku di talian telefon. Lagi pula, ramai cucu dan dua orang anaknya yang lain datang menjenguk. Tapi keadaan masih tak stabil lagi.

:(

LENAKU TERGANGGU

Jam 5 pagi, aku terjaga dari lena. Biasanya mata aku tertutup lena semula walaupun sesudah ke kamar kecil. Tapi kali ini sangat susah untuk lelapkan semula. Puas aku mencari ruang selesa untuk tidur semula. Tapi masih tak berjaya.

Ada baiknya aku bingkas. Keluar dari kamar yang dingin dari ke hulu ke hilir mencari ruang yang tak bisa aku temui.

Dan aku berteleku di meja makan, di mana menjadi ofis aku sejak dari dulu lagi. Kat sini, segala idea aku dikerah dan di sini juga aku menikmati juadah hidangan isteriku.

Hari ini, masa telah membawa aku ke tarikh ini... 11 Mei 2010. Terasa masa begitu sangat pantas berlari. Bisakah aku mengejar masa yang begitu pantas ini.

Segenap ruang aku dihinggapi rasa rindu mendalam pada ibu di kampung. Entahlah, dua tiga menjak ini, ada nada-nada rindu menerjah di benak fikiran. Rasa mahu terbang ke desa meluak-luak. Tapi apa kan daya, aku tak punya sayap untuk terbang.

Aku biarkan rasa rindu itu bersarang kerana bak kata orang rindu itu satu anugerah. Betul?

Hari ini, aku perlu selesaikan satu advertorial. Selalunya aku lunaskan kerja seperti ini di saat akhir. Memang itu dah jadi tabiat aku. Kadang-kadang ada baik dan buruknya. Baiknya, kerja aku cepat selesai sebab idea datang seperti kilat dan aku bergerak cepat. Buruknya, masa seperti mahu menjeratkan aku dan apabila terjerat dengan masa segala aturan harian aku akan terjejas.

FITNAH DOSA BESAR

Aku seorang blogger. Sebagai penulis blog, aku tahu betapa fitnah itu sangat pedih. Aku mengaku aku dulu banyak buat fitnah. Aku dulu memang jahat orangnya. Letak gambar dan buat cerita dengan andaian yang bukan-bukan. Sekarang ramai blogger melakukan kesalahan yang sama. Tidak beretika langsung! Semuanya dibuat atas kehendak mereka semata-mata untuk meraih hits dan bilangan pembaca yang tinggi.

Lagi tinggi bilangan pembaca yang datang melayari blog, lagi tinggilah RM yang akan mereka dapat. Lagi kaya mereka dengan dosa-dosa yang bertimpa-timpa. Tanpa mereka sedar, semua itu dihadam dalam perut mereka dan menjadi darah daging.

Tapi sekarang ni, aku jauhkan perkara itu. Fitnah adalah dosa besar.

Namun, mungkin hukum karma, what you give, you get back... aku difitnah pada malam ini.

Aku tak tahu mengapa ada yang sanggup buat fitnah melulu tanpa usul periksa. Aku tahu siapa dalang dalam fitnah ini.

Bagi aku setakat fitnah yang dibuat oleh manusia seperti ini taklah menjejaskan nama aku. Tak mengapa, aku rasa ada hikmahnya.

Entahlah, aku nak cakap apa. Aku kenal lama dengan orang yang bercakap pasal benda ni. Siapa yang memburukkan nama sebenarnya? Siapa makan lada, dia akan rasa perit pedasnya.

Aku dah cakap kat dia, aku dah tutup buku dan tak nak sentuh pasal itu lagi.

Lagi banyak kita sentuh atau bercakap pasal sesuatu perkara, sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan.

Prinsip aku, baik aku berdiam diri.

Diam diri itu baik malah sangat baik.

Fitnah lah kalau nak fitnah apa pun... cakaplah nak cakap apa pun sebab aku tak buat benda tu. Aku tak buat, aku tak pernah buat!

Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Noktah!

Isnin, 10 Mei 2010

DEMAM BERMUSIM

Sekarang musim orang demam. Dalam famili aku, selepas seorang-seorang dihinggapi demam. Mungkin dah jadi muzim orang demam.

Alhamdulilah, minggu lepas aku dijangkiti selesema tapi nasib baiklah tak berserta dengan pakej demam. Kalau demam, mahunya segala aktiviti harian akan tergendala. Kalau demam, aku lebih rela duduk di rumah untuk berehat.

Semalam, aku call ibu aku kat kampung. Sajelah sempena hari ibu ni, nak dengar suara ibu aku walaupun aku tak ucapkan kepadanya secara terangan. Ibu aku tak pun tahu apa-apa tentang hari ibu.

Anak sedara aku yang angkat, kata mereka Mek tak boleh bangun sebab demam. Bunyi macam teruk aje kalau tak dapat bangun. Aku mula naik risau. Rasa hati meronta-ronta untuk aku pulang ke kampung. Tapi aku rasa buat masa sekarang aku tak dapat balik. Kecuali, kalau Mek sakit tenat.

Nasib baik ada cucu yang datang menjenguk. Kalau tak, aku dan Adik Ma lagilah naik risau. Masa aku call semalam, 3 orang anak Kak Yah datang temankan Mek.

Masa bercakap, aku tanya sepatah dia cakap sepatah. Tak larat. Aku mulai rasa kasihan. Tak pelah, aku pun borak sikit dengan anak sedara aku tu.

Kemudian, aku call Dik Ma. Dia cakap, dia dah call tadi. Tahu berita ni pun semalam. Tapi nak buat macamana. Dia berada nun jauh di Sabah, mana boleh pulang.

Cuma dalam hati, sekadar berdoa dan sedapkan hati sahajalah. Semoga Mek kembali sihat.

Aku ada bincang juga dengan Sayang untuk balik kampung. Kata Sayang, kalau nak balik pun, kenalah hari minggu - Sabtu dan Ahad.

Tengoklah macamana dulu keadaan Mek. Kalau demamnya melarat. Kenalah aku balik kampung. Rasa rindu kat kampung memang menusuk kalbu.

Ahad, 9 Mei 2010

KONSISTENSI SEORANG AKU

Antara kelemahan manusia ialah tak dapat melakukan sesuatu kerjanya dengan konsisten. Manusia dikurniakan dengan kelemahan ini sebagai satu ujian. Berjaya atau tidak seseorang itu berdasarkan bagaimana dia menyusun dan merencana diari hidupnya.

Kerana ketidak-konsisten ini, blog Jurnal Budiey tertinggal lesu. Kini, aku berazam untuk mengumpul semula kekuatan untuk membangunkan diari yang baru.

Pagi tadi, entah dari mana datangnya kekuatan untuk mengimport beberapa entry dari Jurnal Budiey untuk dipampamkan di sini.

Ini untuk tatapan sendiri. Aku tak minta sesiapa hadir untuk melihat kerana bagi aku, aku suka berdiari sejak dari bangku sekolah.

Ternyata, aku adalah salah seorang daripada yang gagal untuk konsisten. Alasan tepat adalah kerana aku punya komitmen lain. Budiey.com adalah keutamaan kerana Budiey.com adalah sumber rezeki bagi aku.