Syukur. Dapat port sebelah maqam Nabi Muhammad SAW di kawasan Raudhah (Taman Syurga) dalam Masjid Nabawi. Di tempat ini, dikatakan doa sangat mustajab. Ertinya, doa yang dibacakan di sini mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.
Tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri. Ia terletak di antara mimbar dengan makam Rasulullah (dahulunya adalah rumah Rasulullah).
Jarak rumah nabi dengan masjid tersangat dekat iaitu hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.
Raudhah memiliki kemuliaan tersendiri. Barangsiapa yang solat di Raudhah seakan-akan ia telah duduk di taman dari taman-taman syurga. Tidak hairanlah kalau solat dan duduk di sini kita akan rasa tenang. Tenangnya tidak dapat digambarkan diceritakan.