Khamis, 6 Disember 2018

MIZAB

Pengalaman pertama kali berada di bawah betul-betul Mizab. Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Ia adalah tempat aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah tatkala musim hujan.

Sedikit cerita sejarah Mizab... sewaktu Nabi Ibrahim A.S membina Kaabah dengan puteranya Nabi Ismail A.S, kaabah ketika itu belum lagi beratap, belum berdinding dan belum ada pancur emas.

Kaabah pada mulanya hanya sekeliling dibuat tembok dan diletakkan lampu untuk menerangi kawasan sekitar Kaabah bagi kegunaan orang yang beribadah atas perintah Sayidina Umar Ibnu Khattab R.A.

Kaabah dipasang atap (berbumbung) dan dibuat saluran emas ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 35 tahun. Pancuran emas pertama dibuat oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik,kemudian Sultan Abdul Majis Khan dan Sultan Mahmud Khan.

Bagi jemaah yang ingin melihat dengan lebih dekat reka bentuk pancur emas boleh kunjungi Muzium Makkah.

Umrah 2018