Ahad, 5 Ogos 2012

SEMANGAT KEMBALI

Pagi Ramadan ini cukup indah. Idea dan fikiran di kepala benak aku bertalu-talu datang menerjah. Memaksa aku lakarkan beberapa bait untuk tatapan si pembaca di sini. Eh, masih adakah lagi pembacanya?

Singgahnya seakan mahu memberi ruh semangat untuk aku putarkan kembali dunia aku. Dari zaman budak-budak hinggalah ke zaman dewasa ini.

Sebenarnya, wilayah aku tetap sama. Di dunia yang fana.

Oh, seakan terlupa untuk mengucapkan pada kalian, selamat berpuasa. Amacam puasa korang? Ada okay ke?

Aku seperti biasa. Seakan menderhakai jurnal dengan seribu rasa serba salah. Hidup segan matinya tak mahu. Itu ibarat yang sesuai untuk menceritakan tentang jurnal ini.

Aku nak bangunkan atau aku nak matikan.

Seolah-olah blog ini menjerit-jerit supaya aku meniup semula ruh semangat untuk kembali menulis tentang diri aku, tentang dunia aku sebagai seorang blogger, dan kini dah jadi househusband pun.

Dunia aku dah berubah. Ya, banyak berubah sejak aku menjadi suami

Aku rasa lah kan, aku sebenarnya tak buat perancangan untuk blog ini. Itu sebab mengapa aku terlupa untuk kemas kini blog ini. Setiap entri pasti aku menceritakan bab mengapa kita selalu lupa untuk menjaga blog kita sendiri. Kenapa kita boleh ada masa untuk baca blog orang lain sedangkan blog kita sendiri tak boleh kita jaga.

Semalam, aku sengaja mahu memberanikan diri untuk buat kuih siput ni. Eh, korang tak percaya eh aku boleh buat benda masak-masak macam ni. Haha, ko ingat aku tak boleh jadi Masterchef eh? Hahaha, belum cuba belum tahu lah. Hahahaha

Dari petang tadin, Budiey sibuk masak biskut raya. Skrg mahu masak Kuih Siput

Dekat-dekat nak raya ni, macam-macam biskut raya keluar di pasaran. Saban tahun, biskut raya ada revolusinya sendiri. Macam filem Step Up la jugak. Sekarang dah ada Step Up Revolutionnya.

Cakap pasal filem Step Up ni, aku dah tonton filem ni minggu lepas. Memang mantap habislah filem ni sebab ada flash mob yang gerenti sape-sape pun aku teruja.

Cuma satu je yang aku rasa ralat nak tengok balik filem ni kat pawagam sebab filem ni boleh buat puasa aku boleh jadi kurus. Hahaha, tak caya korang boleh tonton la camna filem ini akan membuatkan korang rasa puasa korang jadi zero.

Dari segi rating, aku kasi filem ni sebanyak 6/10 bintang. Gerakan tarian sungguh membuatkan jantung korang rasa berdegup berselang seli dengan gegaran ritme nadi dan adrenalin yang sungguh mengujakan. Jalan cerita yang ringkas dan pendek kata, apa yang korang akan rasa ialah dunia tarian ini sungguh asyik.

Okay, lari tajuk. Aku nak cakap pasal biskut raya, tapi aku duk cakap pasal Step Up Revolution.

Tapi dua-dua topik ini ada kesamaannya juga iaitu fenomena.

Fenomena biskut raya ni bermusim. Yelah, musim raya je orang duk sibuk cari resepi untuk buat kuih raya paling best kat dalam dunia ni. Musim raya juga orang duk tunjuk-tunjuk untuk beli kuih raya kat gerai-gerai yang tumbuh melata di tepi jalan. Di Jalan TAR misalnya, korang kena fikir banyak kali sebelum ke sana. Tambah-tambah kalau pada hari cuti umum, Sabtu atau Ahad, memang jem dan sesak dengan manusia, dow!