Semalam, lepas tidur sampai jam 11 pagi, aku bersiap dan nekad untuk keluar rumah. Hirup udara segar kat luar ni. Kononnya nak temankan isteri aku pergi shopping baju raya kat butik baru bersebelahan dengan Giant Batu Caves, tapi tup-tup yang kami bawa pulang ialah sebakul barangan untuk buat biskut raya. Sebab harga baju kat butik tu sangat mahal ya. Bak kata isteri aku, baik beli online sebab harga online lagi murah.
Aku juga turut singgah nak beli jubah kat Butik Aabaya Palace, tapi malang sekali butik tu tutup. Oh ye la, Selangor kan cuti hari ni.
Jadinya... kami singgah di kedai barangan buat kek yang terletak bersebelahan je dengan butik tu.
Yes... jom belajar cara-cara untuk masak biskut raya pada hari ini.
Sebelum shopping, kami gi ambil budak kecik bernama Maisarah ni dulu kat rumah Ayah G. Dia akan belajar masak dari Kak Nini pada hari ini. Jyea.
Oh ya, hari ini adalah hari cuti bagi warga Selangor. Tapi untuk yang bekerja di KL pula sebaliknya, terpaksalah mengadap kerja-kerja yang menimbun tu. Hahahhaa. Padan muka korang lor. Nasib lah.
Ini dia cubaan pertama... memperkenalkan... biskut corn flake coklat.
Kepada sesiapa yang mahu menempah dari budiey, bolehlah berbuat demikian ya.
Harganya ialah RM23 sebalang dengan isinya 50 pieces. Aku dah try memang sedap. Betul, aku tak tipu. Korang boleh datang sini, rasa sendiri.
Nah, hasilnya ada dekat 3 balang dihasilkan untuk hari ini. Yummeh!
Tak mengapa, aku tak risau sangat dengan pelanggan tu sebab... aku dah ada pelanggan yang pertama. Pergh tu diaaa... pelanggan pertama kami iaitu Maisarah.
Esok nak masak lagi lah, biskut raya mana yang paling best dan ngetop sekali di musim raya ni eh?
Tart nenas!