"Si BudieyDotCom ni, dia memang jenis suka ulang-ulang entry dia ke cemana? Page 1 dah ada gossip tu, page 4 pun ada lagi. Blerghhh."
Jawapan aku kepada Shezz ialah, ia akan berlaku macam tu sebab aku set post tu jadi sticky post. Jadi, bila dah sticky post... dia akan ulang pada page yang seterusnya. Itu memamg tak boleh macamana lah sebab dah set sticky post.
Kalau korang tak tahu sticky post ni apa, sticky post ni macam post yang kita nak dia selalu duk kat first page atas sekali. Haa, cam tu kot.
Tapi tak apa, sekurang-kurangnya ada jugak yang nak komen pasal blog aku yang serabai tu kan. Hehe terima kasih kepada Shawn Amer yang sudi tweet keluhan pembaca ni. Aku tak sentap atau panas hati pun. Ianya komen membina apa. Cuma perkataan blerghh kat belakang sekali tu yang aku tak faham, samada Shezz ni nak muntah atau apa eh? Mmmm... aku pernah cakap dan hambur perkataan Blueeekk kat seorang artis ni beberapa tahun dulu dan terus jadi isu kontroversi. Aku tak mahu kasi tau lah artis yang mana satu. Kalau korang tahu, tahulah. Kalau korang tak tahu, aku tak nak kasi tau.
Dah serik bergaduh dengan artis sebenarnya.
Cakap pasal hari ni. Tengok pada jadual aku untuk hari ini (8 Ogos), sebenarnya ada banyak event berbuka puasa yang aku kena attend tapi aku terpaksa ambil satu je. Aduyai, rasa serba salah nak mampus sebab terpaksa menolak undangan mereka.
Nak je aku senaraikan kat sini, jemputan yang aku dapat hari ni.
1. Jemputan Berbuka Puasa bersama Team Sony Pictures & Disney (Distributor Filem)
2. Majlis Berbuka Puasa & Malam Gala Hantu Gangster
3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Warner Musics.
4. Majlis Berbuka Puasa bersama Baskin Robbins
Adeh, tengok pada senarai ni, memang ngeri pun ada, nak gelak pun ada. Yang tak blah, ada gak majlis berbuka puasa kat Baskin Robbins. Hahaha, kan hari ni ada jamuan percuma aiskrim Baskin Robbins kat 61 cawangan? Pergh! Korang tak tahu eh? Haha, sekarang ni sejak jenama aiskrim mewah yang aku kira agak mahal gak ni kata nak belanja aiskrim untuk semua orang Malaysia jika kita dapat pingat emas, aku rasa orang asli atau orang yang duk kat kampung-kampung ulu pun tahu apa itu Baskin Robbins.
Keduanya, aku rasa la kan, pada malam ni, sekali lagi Baskin Robbins akan jadi trending kat Twitter untuk kali ke berapa kedua. Tak caya tengoklah malam ni, semua orang duk tweet tengah beratut panjang kat booth Basking Robbings.
Betul tak aku cakap?
Semalam aku ada siarkan berita pasal pembahagian aiskrim percuma Baskin Robbins kat budiey.com. Klik SINI
Dan respon yang aku dapati sangat menakjubkan di mana aku mendapati entri ni telah di LIKE oleh 203 orang di Facebook setakat ini. Yang share di laman Facebook pulak sebanyak 152. Dan yang tweet pulak sebanyak 103 orang. Pergh... hype jugak benda ni. Terbuktilah pada kita bahawa, orang Malaysia kita ni suka benda yang percuma. Betul tak?
Okay, jadinya petang ni aku akan berbuka dengan Team Sony Pictures & Disney laaa... sedih tak dapat pergi ke event Malam Gala Hantu Gangster dan Iftar bersama Team Warner Music. Adeh... senak perut den.
Okay sebelum aku menutup bicara di pagi Rabu ni... eh dah tengahari dah pun dowh... aku nak kasi teaser sikit tentang post yang seterusnya ini, di mana aku nak cerita pasal jubah raya kat Butik Abaya Palace. Kalau korang nak beli atau nak pakai jubah untuk raya tahun ni, kena baca entri JUBAH RAYA ni nanti ya. Coming soon...
Aku selaku model menggayakan jubah from Aabaya Palace. Konsep: Misteri di Gua Hira? Ko mampu? Ala-ala Assasin Creebs kan?