Khamis, 9 Ogos 2012

KLGCC

Salam pagi semua, amacam kamu, kamu, kamu semua hari ini?

Aku harap sangat korang semua berada dalam keadaan yang baik-baik dan menceriakan selalu.

Hendaknya...

Tatkala sahur di hari 20 Ramadan ini, aku bersahur hanya dengan nasi sama sardin dan telur goreng sahaja. Bagi aku la kan, makanan kat atas dunia ni bersifat sementara. Kita makan, lalu kenyang, dihadam dan akan keluar menjadi saki baki najis-najis yang bergelimpangan. Cam tu ayat dan konsepnya, boleh tangkap maksud aku? Lebih kurang, konsepnya, kita makan untuk kenyang. Makan apa, tak kisahlah.

Aku ni tak cerewet dari segi makan minum. Isteri aku yang paling untung.

Sahurku juga diselangi dengan buah tamar berintikan gajus dan manisan, eh ini dari pemberian TM. Auch, sebut pasal TM ni, semalam servis Unifi kat rumah aku ni ada problem. Tak dapat konek langsung. I mean... connect. Jangan salah faham pulak. Memang servis Unifi down. Bukan kat tempat aku aje, kat beberapa kawasan seperti Puchong dan Kelantan pun down. Tak tahulah sebab apa.

Adeh, Maxis High Speed Broadband juga yang jadi penyelamat aku. Oh, esok aku nak gi Maxis sebab Maxis janji nak kasi puluhan sampul duit raya untuk staff Budiey Dot Com Media. Ohsem Maxis ni kan?

Telco lain ada nak kasi aku, layan aku macam VIP macam nih? Ada?

Jawapannya: Takde ko!

Berbalik pada kisah sahur tadi... Kesegaran minda mula menerjah, terasa penggera dari jasad ini dikejutkan ketika mana tekakku dibasahkan dengan kepekatan rasa Milo. Arggh... terasa kenikmatannya.

Hahaha, nampak tak, ada iklan kat situ?

KLGCC

Mengimbas kembali apa yang berlaku pada diri aku semalam. Ya, semalam aku berbuka bersama Team dari distributor filem Hollywood dan International - Sony Pictures & Disney di

Kl Golf & Country Clubmore info‎
No 10, Jalan 1/70D
Off Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur
03-2093-1111

Haaaa kau, aku siap letak alamat penuh kau. Senang, kalau-kalau korang nak berbuka kat situ. Tapi aku rasa voucher berbuka kat sini dah habis. Tengok pada sajian juadah berbuka yang dihidangkan tu memang berbaloi dan harganya pun masih berpatutan. Tak silap harga untuk seorang berbuka kat KLGCC ni antara RM79-89 macam tu. Kalau korang jadi ahli KLGCC lagi murah la kot.

Tempat ni sangat eksklusif kerana ramai VIP datang sini untuk main golf. Tapi di bulan Ramadan, ia seakan terbuka buat semua yang mahu mentekedarah.

Jyeah! Meja berbuka semalam

Oleh kerana ini kali pertama, aku hang out dengan tiga orang PR yang semuanya sangat mesra dengan aku iaitu Jiar Hwei, Shu Mei & Cristine, jadi banyak juga cerita dan isu yang kami borak. Diorang ni sangat bagus sebab memberi peluang untuk kami cakap apa sahaja tentang filem dan tentang promosi.

Ada bagusnya bila distributor buat sesi face to face atau one to one macam ni. Sebab kalau diorang panggil semua media, jadi tak sempatlah nak melayan semua. Aku dengar, diorang berbuka dengan semua media mengikut sesi jugaklah. Semalam, diorang lepak dengan media lain, hari ni dengan media lain. Cam tu lah. So, sekurang-kurangnya hubungan antara media dan PR ni tak putus malah bertambah erat. Good good!

Aku juga dibentang dengan line up atau dalam bahasa kita senarai filem yang akan keluar di masa depan dari sekarang hinggalah 2014. Pergh! Aku rasa sangat futuristik. Teruja bila dapat tahu beberapa filem kegemaran aku disambungkan lagi ke siri seterusnya. Seperti Spiderman dan macam-macam lagi lah.

Eh, tak banyak aku nak cakap kat sini pasal berbuka kat KLGCC ni sebab aku datang bukan nak rebiu makanan kat situ. Sekadar nak hang out dengan geng PR aje. Saje sekali-sekala aku sebagai boss di Budiey Dot Com Media, kenalah buat PR sikit. No PR No Money maaa.... hahaha...

Adeh, tengok pada jadual hari ini... aku rasa diri aku akan melalui satu kesesakan nafas dan jasadku bakal mengalami satu gangguan keletihan di mana jadual aku penuh dari pagi, petang dan malam.

Okaylah, aku tak nak membebel lagi, apa kata, aku jamu pandangan korang dengan makanan-makanan lazat semasa berbuka semalam.

Nah, santaplah puas-puas.

Dekor

Seafood

Chef

Ikan bakar. Aiyo yummeh

Sate

Pencuci Mulut

Mee Rebus

Band kugiran

Goreng-gorengan

Pool

GOAT BURN