Pada hari ini, aku menerima sekeping kad ucapan Selamat Hari Jadi yang sangat cantik dan elegan. Dihantar oleh Nuffnang. Pergh, terkejut juga, rasa macam tak percaya. Ingat jugak diorang ni kat aku eh. Ingat dah tak ingat lagi. Sebab siapalah aku sekarang ni berbanding blogger-blogger hebat di luar sana yang tumbuh macam cendawan.
Hari ini dah pun 6 Ogos. Bermakna sudah 6 hari aku melayari hidup kelana sebagai insan yang sudah berusia 36 tahun. Oh, kiranya dah 36 tahun 6 hari aku menghirup udara di bumi Malaysia, di bumi Tuhan yang Maha Kuasa ini.
Aku ucapkan syukur setinggi-tingginya kepada Tuhan, kepada Allah kerana memberi rahmat, kerana telah memberikan aku sejuta kenikmatan hidup yang tak terhingga. Ya, ramai dari kita tak sedar, sebenarnya, hidup ini adalah salah satu nikmat.
Tahun ini, tak banyak aku terima hadiah daripada pembaca. Siapalah aku kan. Tapi syukurlah, sekurang-kurangnya masih ada pembaca dan selebriti yang sudi melayangkan ucapan di medan Twitter dan Facebook.
Kepada yang melayangkan ucapan selamat hari jadi dan doa buat Budiey, dengan ini, Budiey umumkan.... hehehe... umumkan jutaan ucapan terima kasih. Semoga doa kalian itu diaminkan juga oleh para malaikat dan sekian isi bumi.
Sedar tak sedar, rupanya aku dah pun mencapai tahap kematangan dalam kehidupan aku. Ingat ke aku ni masih budak-budak.
Jadi, bila dah sampai tahap macam ni, seharusnya aku menukar corak cara aku berfikir, cara aku bertindak dan cara aku menguruskan kehidupan aku.
Apa yang aku mahu ialah kehidupan aku lebih teratur, lebih terancang, lebih berdisiplin dan lebih cemerlang dari semalam.
Ya, positif dan positif. Aku tak mahu dituduh dan difitnah menjadi insan yang berfikiran negatif.
Jauhilah bala dan mala petaka ini. Aku takut sangat. Sebab bila kita berfikiran negatif, segala anasir jahat aku cepat masuk meresap.