Salam semua,
Apa khabar korang hari ini? Harap sihat la ye. Saat-saat macam ni, aku rasa kesihatan harus diutamakan. Aku dah dua kali nak selsema balik tapi boleh jadi aku punya anti body tu kuat sangat, jadi nasib baik tak jadi nak demam selsema. Kalau tak, memang nayalah!
Oh tadi, ada sorang mamat nih nak nasihat aku supaya memahami konsep embargo. Aduyai, aku tak diberitahu pun press release kena embargo. Lagi pun, kat press release tu ada perkataan yang menunjukkan ianya sah untuk disiarkan kepada umum. Siap dengan tarikh 7 Ogos kau tau!
Aduyai, malaslah aku nak layan orang macam nih. Sebab aku ni tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Mungkin orang macam nih sangat cemburu atau rasa tergugat atau entahlah, aku tak nak lah berfikiran negatif sangat. Nanti aku jadi psiko pulak. Tak pasal aku gi meroyan kat twitter. Bikin panas ni aku tak suka sangat. Aku kalau bab-bab kecil-kecil macam nih tak nak diperbesarkan.
Jadinya, aku bagi kat Mamat nih menang. Aku sebagai orang tua ni kenalah mengalah. Tak nak lah aku jadi paranoid sangat. Lantak kau lah labu!
Tutup cerita embargo ni, kita bercerita tentang sesuatu yang best. Ya, baru-baru ini, aku menerima sepasang baju Melayu dari pelakon Zizan Nin. Mmm, mustahil la korang tak kenal dengan Zizan Nin sebab dia memang famous dan glamor. Tambahan lagi, beberapa bulan sebelum 2013 menjengah, filem terbaru lakonan Zizan Nin iaitu Tanda Putera akan masuk ke pawagam. Pergh! Aku dah tonton filem ni dan aku rasa watak yang Zizan Nin ni sangat menyerlah dari watak yang lain. Kira terbaik la dowh!
Ini dia gambar pelakon Zizan Nin bersama isterinya. Gambar ni aku ambil masa berbuka puasa dengan Zizan Nin kat Hotel Federal tahun lepas. Isteri dia cantik kan?
Aku tak nak angkat sangat, takut nanti orang cakap aku ni kuat bodek. Bila kuat bodek tu la yang jadi artis sayang kat aku sampai bagi hadiah kat aku macam-macam. Aku tak nak dicop macam tu. Aku ni kalau boleh mahu buat ulasan atau rebiu yang tulus ikhlas tanpa dibayangi oleh mana-mana isu pembodekan atau perkataan yang sewaktu dengannya.
Tahun ni nak beraya dengan sehelai jubah, sehelai baju Melayu. Cukuplah tu. Buat apa nak membazir sangat.
Kat sini aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Zizan Nin sebab sudi hadiahkan aku sepasang baju Melayu yang sangat lawa. Aku dah ambil hadiah ni pada 1 Ogos yang lalu bersamaan dengan hari jadi aku la yang ke-36. Kira hadiah ni adalah hadiah untuk hari jadi aku jugaklah.
Ramai yang tak tahu, sebenarnya Zizan Nin ada koleksi baju Melayunya sendiri. Jadi, kat sini aku nak habaq mai kat pembaca setia jurnal aku ni, kalau mahu beli baju koleksi Zizan Nin, bolehlah pecut terus ke butik rakan perniagaannya, Kay Maria Butik, no 3-G Jalan PJU 5/20A The Strand Kota Damansara atau hubungi 03-6142 7418.
Aku dah sampai di Butik Kay Maria ni semasa aku kebetulan mahu attend Majlis Berbuka Puasa anjuran Astro dan Screening Program Raya. Mula-mula, aku ingat Kay Maria ni adalah pelakon wanita yang aku kenali tu, rupanya tidak. Ha, nama je nak sama tapi orangnya memamg lain lah. Mati-mati aku ingat Kay Maria ni bekas isteri kepada pelakon yang juga buat production house tu. Huhu, aku ternyata silap.
Inilah dia gambar pelakon Kay Maria yang aku maksudkan tadi. Dia bukan pemilik butik yang aku maksudkan ni. Namanya gak sama. Pergh, cakap pasal akak aku ni, dengar citer dia jadi pelakon untuk iklan raya U-Mobile. Harap2 best la macam iklan yang dibuat oleh Allahyarham Yasmin Ahmad.
Melangkah masuk ke butik ini, aku dapat lihat betapa butik ni sangat kemas dan sangat selesa. Aku berkenalan dengan tuan rumah dan juga suaminya. Anak perempuannya juga pernah melayari blog budiey.com. Nasib baiklah dia kenal dengan aku ni. Maklumlah, aku ni taklah glamor mana pun sekarang. Huhu. Sadis.
Aku sempat mengambil beberapa gambar baju Melayu dan busana wanita di butik ini untuk tujuan promosi. Yelah, orang dah kasi hadiah, tak reti-reti nak promote, kan?
Meet Kak Kay Maria, empunya butik.
Kak Kay Maria juga ada hadiahkan satu gelang cantik dari Korea untuk isteri aku. Terima kasih banyak. Aku tak lama lepak kat butik ni, selesai sahaja mencuba baju Melayu pemberian Zizan Nin tu, aku lekas bergegas pula ke Majlis Berbuka Astro di Mutiara Damansara.
Cantek tak baju ni? Lawa kan? Klasik dan aku suka betul dengan fabrik yang digunakan. Coraknya pula memang diinspirasikan dari kain pelikat.
Walaupun ada yang kata, warna baju Melayu ni tak sekata dan bercampur-campur, aku peduli apa, kan. Sebab yang pakainya aku, bukan orang lain. Pakar fesyen pun cakap, sebenarnya kecantikan itu adalah subjektif. Pasti ada orang suka, dan ada yang tak suka.
Kalau nak dikaji dari segi warna, sebenarnya, color yang digunakan tak lari dari konsep. Bukannya satu gabungan yang tak sesuai. Asalkan nampak selesa pada mata. Okay lah tu.
Misi mencari baju Malayu dah selesai. Sekarang tinggal lagi aku nak beli jubah arab pulak yang hoodie (perkup atas kepala) pulak. Kat mana aku nak cari ni aku tak tahu. Hari tu pernah aku aku tengok jaydee siar gambar kat instagram dia, jubah yang dijual kat Parkson, giler mahal sampai RM500 lebih. Ish ish, memang tak berbaloi.
Aku kena bergerak cepat sebab jalan ke Mutiara Damansara dari Kota Damansara ni sangatlah sesak dan penuh dengan kenderaan. Nak-nak masa orang balik dari tempat kerja.
Oh ya, sebelum aku terlupa, kepada yang bertanya tu, harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM280. Rasanya, taklah mahal. Sesuai dengan citarasa yang tinggi sebab pilihan kainnya sangat bermutu tinggi.
Kalau korang luang-luang, bolehlah singgah di butik nih. Atau korang juga boleh LIKE Fanpagenya.
Kat butik ni juga ada tas tangan jenama dari Australia. Koleksi Missrella dari Australia.
Tudung bawal dan tudung nurhaliza pun ada. Macam=-macam nama tudung zaman sekarang. Sikit lagi, mungkin akan ada tudung berjenama Shila Amzah. Ish ish.
Smart & kasual. Ini dia koleksi baju raya tajaan dari Pelakon Zizan Nin. TQ bro.
Hadiah untuk my wife. Tq Kak Kay Maria.
Kalau headlines paper, sah-sah lah dapat tajuk macam nih:
1. Budiey dapat tajaan Baju Melayu dari Zizan Nin
2. Zizan Nin Taja Baju Melayu Untuk Blogger
3. Baju Raya Tajaan Zizan Nin
4. Koleksi Zizan Nin Terbukti Dapat Sambutan
Korang pilihlah yang mana lebih sesuai untuk headlines Kosmo esok. Ngeh ngeh... sewel je aku jap nih.