Hanya tinggal 3 hari je lagi untuk aku dan kamu kamu kamu semua untuk menyambut hari raya puasa tahun 1433H. Kalau aku cakap, ish lajunya masa berlalu. Oh itu adalah ayat yang klise.
Korang dah balik ke?
Korang dah beli baju raya ke?
Bila korang balik kampung ni?
Raya kat mana tahun ni?
Banyak betul nak tanya korang pasal raya. Apa-apa pun, Budiey harap korang mengambil langkah keselamatan terutama semasa pulang ke kampung untuk beraya.
Raya tahun aku rasa macam biasa jugak. Banyak belanja kena spent isteri aku sebab dia tak kerja dan sekarang dia dah jadi fulltime housewife. Kiranya, dua dua dah jadi suri rumah. Aku dari dulu memang kerja dari rumah. Memang best jadi househusband nih.