Isnin, 7 Jun 2010

A-TEAM

Semalam, aku terlena dibuai mimpi indah. Kisahnya ringkad tapi berangkai. Cinta terpatri di sebuah taman indah bak syurgawi. Bunga mekar ku hidu harumnya. Sungguh memukau.

Pagi ini, aku turun rumah dengan sejambak azam untuk lebih optimistik dalam meniti hidup. Aku lebih selesa dengan hidup yang sederhana. Tanpa sengketa. Bebas dari ancaman dan kekangan kerja.

Seawal pagi lagi, aku terpaksa mengisi ruang kosong budiey.com. Nasib kerja rutin sudah aku selesaikan semalam. Dalam setengah jam, aku berjaya siapkan satu story tentang pelancaran buku terbaru Wardina.

Jam 10 pagi, aku ke Mid Valley untuk menonton wayang. Hari ni cuma ada 2 agenda. Sebelah petang, aku dijemput oleh Ayie Murai untuk sidang media Shout The Musical. Thanks Ayie Stailista!

Tak lama, aku sampai dan terus register. Jessica menanti dengan lambaian mesra. Penuh senyuman.











Aku diberikan satu cd press release dan voucher pop corn. Pagi tadi aku cuma minum kopi secawan jewk! Perut masih kosong. Penuh dengan angin. Terisilah ia dengan pop corn. Sangat bahaya untuk kesihatan!

Menonton A-TEAM dalam jiwa yang rileks di separuh masa pertama. Jiwa diganggu oleh bisikan negatif yang merasuk. Kalau dilayan sangat menjejaskan tumpuan aku.

Filem aksi yang diadaptasi drama bersiri ini sangat bijak. Membuat aku terfikir, terlalu banyak karakter manusia yang Tuhan cipta atas dunia ini.

Aku kasi 3 bintang dari 5 utk filem ini.

Eh, masa kat GSC, aku terpikat dengan poster Nanny McPhee yang aku dah tonton minggu lepas.






Tengok betul-betul, ada lampu kelip-kelip kat poster ni.

Jam 1.45 petang, aku kotakan janji dengan Ayie untuk hadir di sidang media The Mod Musical SHOUT!

Sampai di Bangunan MAS, mujurlah terserempak dengan Ayie. Sebab aku bukannya tahu PC ni buat kat tingkat berapa. Jadi senang, ikut je si Ayie. Kami naik ke tingkat 24. JKKN punya dewan.

Masuk di depan pintu, aku ternampak kelibat Ning Baizura tengah rehearse.