Isnin, 21 Jun 2010

MISI

Hari ini sepatutnya kena bangun awal pagi. Bukan apa, nak siapkan segala kerja rutin dan bersedia untuk mencapai misi.

Tapi nasib baiklah, aku dah selesaikan kerja rutin tu semalam. Jadi, hari ini bangun dengan rasa lega dan nyaman sekali. Tanpa sebarang kerja yang menjadikan aku terlalu tergesa-gesa.

Hari ini, aku akan cuba buat yang terbaik. Untuk mencapai misi itu sebenarnya senang. Aku cuma perlukan sedikit keberanian. Kalau tak berani, aku takkan berjaya. Jam 9 pagi aku kena keluar dari rumah untuk ke lokasi.

Hari ini dah pun 21 Jun. Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk bulan 7. Pertengahan bulan Ogos, Ramadan akan bermula. Patutlah semalam, adik aku suruh beli kain baju kurung untuk dia.

Ya, tiap-tiap tahun memang nak kena belikan sepasang baju kurung untuknya. Begitu juga dengan ibuku. Walaupun dia tak minta, aku beli juga. Kadang-kadang bukan untuk dia pakai, tapi dihadiahkan untuk orang lain. Tak kisah lah, asalkan aku kasi.