Bangun pagi, aku publish entri keynote dari org kuat iPhone ini.
Hari ini, aku ada banyak agenda yang perlu diselesaikan dan event hari ni sangat banyak sampai ke malam! Pagi ini sahaja, aku dijemput untuk attend 2 event. Nasibku baik kerana event dibuat di lokasi yang sama. Namun malangnya, aku tak dapat hadir 2 event dalam satu masa.
Jarang jalan nak sesak pada paginya. Jadi, aku tiba dalam jam 10 pagi di event Samsung BADA.
Cuaca agak mendung. Sedang malam tadi hujan membasahi bumi Tuhan.
Sempat makan pagi di event Samsung. Program ni sebenarnya untuk developer di mana diorang akan bina application untuk Samsung Smartphones. Terserempak dengan Kak Wan. Dia pun nak join gak, tapi aku cakap, aku pun sekejap je sebab selepas ini aku kena attend Prebiu Media Filem The Karate Kid.
Jam 10.30 pagi, aku masuk je dewan, filem bermula. Walaupun agak perlahan tapi aku suka dengan content dan paparan watak dalam filem lakonan Jackie Chan nih.
Pertengahan cerita adalah saat yang dinantikan dimana detik budak yang digelar Mr Han lakonan Jackie Chan - Xiao Dre ni dibuli dan digasak oleh budak jahat. Masa Mr Han ajar Dre berkungfu, aku rasa banyak sangat moral, inspirasi dan spirit diterapkan.
Oleh kerana garapan penuh spirit dan content yang sangat mantap serta muzik score runut yang best, aku kasi 4/5 bintang!
Habis menonton aku lunch di Sweetchat kat level, Mid Valley.
Nasi gorengnya tak best tapi aku suka red ruby ais campurnya.
Aku minum sampai habis licinlah!