Bersarapan dengan dua keping roti sama kopi pekat secawan.
Tak cukup itu, aku blend limau sunkist dan mangga. Mmm... Best! Elok untuk kurangkan kolesterol?
Bestnya takde event waktu pagi. Takdelah aku nak terkejar-kejar.
Huhu, sebenarnya ada event kat Sri Pentas tapi aku tak dapat hadir.
Duniaku mahu aman!
Tajul sms aku. Tanya nombor contact seorang blogger. Aku jawab aku takde no contact dia. Apatah lagi aku juga takde email dia. Aku tak tahu pasal apa dia nak sangat kontek blogger kontroversi ni. Lagipun, aku tak nak campur hal orang. Dan orang tak perlu nak campur kerja dan urusan aku. Aku memang tak kawan atau bercampur dengan blogger ni. Say sorry to Tajul. Tinggalkan isu blogger dengan majalah ini sebab aku tak nak masuk campur hal orang.
Sesetengah orang meminta aku untuk menjemput mereka di event atau ke prebiu filem sedang aku bukannya PR.
Call Zuli untuk dapatkan payment tapi dia cuti sebulan. Wow... Tapi nasib baiklah payment dah settle. Esoklah aku datang ambik.
Hari ini, aku ada event kat Mid Valley. Jadi, kebetulan aku ke sana, aku contact Jessica untuk ambil produk Renu yang diorang nak kasi.
Ini barangnya, siap diletak dalam beg goodies yang lawa.
Juga dalam casing yang lawa. Macam harta karun la pulak.
Jam 2.30 petang, aku dah sampai di Austin Chase, lokasi Pelancaran Album Amanda Amani dan IZ OIAM. Jadi, pengunjung cafe ni boleh mendapatkan album kat sini.
Aku dengan jurukamera Murai.