Masih dilanda demam bola sepak yang memuncak. Tapi terkilan kerana tak dapat tonton beberapa perlawanan. Bila dah miss, aku mula tak de masa lagi nak tonton siaran ulangan. Saluran 801 pula asyik duk tayang sukan SUKMA.
Elok jugak tu. Takde la orang lupakan sukan di negara sendiri. Sukan SUKMA pun best apa. Tapi sayang, mengikut kajian yang dibuat oleh aku sendiri, 35% sahaja yang nak layan SUKMA.
Ahad adalah hari yang sesuai untuk berehat. Tapi sebelah tengaharinya aku dah janji dengan PR The Biggest Loser untuk datang ke sesi ujibakat The Biggest Loser musim kedua di The Fitnest First, The Curve.
Sayang kata dia nak tonton movie The Karate Kid. Jadi kebetulan dekat je dengan Cineleisure. Walaupun aku dah tonton filem ini, tapi aku rasa nak tengok sekali lagi. Almaklumlah filem ini aku kasi 4 bintang. Walhal distributor ni tak pernah nak kasi goodies promo pun. Haizz... tu la aku!
Published via iPhone