Tweeternya sendiri. Mengikut satu kajian, orang Malaysia memang suka berfb, bertweeter dan juga berblog.
Aku berfb dah lama. Sekarang aku mula untuk aktif dalam bertweeter pula. Tweeter dan Facebook adalah platform yang berbeza. Meslkipun begitu, tujuannya tetap sama.
Ada orang cari duit dengan menggunakan FB dan Tweeter. Ada juga yang cuba-cuba cari kerja melalui FB. Ramai juga yang dapat jodoh dengan bertemu jodoh melalui FB. Mmmm, Pendekata, semua benda sekarang boleh dicapai dengan menggunakan media sosial.
Hari ini dengarnya banyak event tapi dalam jemputan aku cuma ada 2 jemputan sahaja. Satu dari Maxis dan satu lagi pelancaran album.
Event yang aku hadiri ini ada kaitan dengan media juga. Event yang dianjurkan oleh Maxis iaitu, OutThere Media.
Oh, seperti yang dikatakan tadi, kalau melalui Facebook dan Tweeter kita boleh jual iklan, dalam telefon bimbit pun boleh juga. Contoh hari ini, Maxis telah melancarkan satu platform di mana syarikat atau produk boleh mengiklankan produk mereka melalui mobile advertising.
Tu dia tak sempat aku sampai di event launching album berderet - deret SMS berupa iklan sampai.
Tapi aku dah belah awal-awal sebab kena rushing ke satu lagi event.
Lepas minta diri dengan Catherine, aku pun terus keluar dari hotel untuk ke No Black Tie.
Sesampai di sana, event dah pun start. Huhu tqpi aku sempat dengar 2 buah lagu dan dapat bil gambar diorang.
Published via iPhone