Tuesday, June 15, 2010

ROCKABOLA

Isnin adalah hari untuk rehat sebab tak banyak event. Kalau ada pun, untuk event yang sangat santai. Seperti malam ni, aku akan bersantai di Media Nite Astro. Dalam tahun ini, dah 2 kali Astro akan meraikan media.

Pagi dan petang aku dirumah. Siapkan kerja rutin dan merangka kerja baru. Banyak sangat kerja yang nak kena settle. Itulah. Sape suruh aku ambik vuti Sabtu dan Ahad! Bila dah sampai hari Isnin, tengok-tengok berlambak kerja atas meja.


Nina hubungi untuk deal safu proposal. Aku nak sangat bekerjasama tapi dengan syarat aku nak win win situation. Something in return. Mana orang nak buat event dengan hanya mulut atau pomet yang kosong sekarang ni. Tambahan pula ditengah dunia gawat dan semua benda perlukan duit. Pendek kata, semua duit hatta nak masuk tandas pun kena ada touch & go!

Azlan suruh aku settle pasal masalah invoice aku yang terkandas kat MDec. Aku pun hairan, macamana invoice tu boleh terbang dan tersesat. Ingat lagi, mula-mula aku fax. Diorang reject sebab nak kena ada signature. Then diorang suruh aku pos, aku pun dengan lorat gaduh terus pos. Hantar guna pos express lagi tu. Then tunggu punya tunggu, rupanya barang tu terkandas. Sepatutnya projek tu jalan bulan April tapi sekarang bulan Jun takde khabar berita. Tup tup dapat email dari Azlan. Hampeh je pengurusan diorang. Di sini aku dah nampak cara diorang ni bekerja. Sangat. Berdedikasi sekali!

Ntahlah, tengoklah nanti, aku akan settle kalau ada masa terluang.

Lunch. Seperti yang aku ngidamkan, aku makan nasi sama daging dendeng yang dibeli oleh wife melalui online. Bagi aku rasanya sangat lazat sekali. Menyelerakan. Kalau nak dibandingkan dengan daging serunding, daging dendeng lagi best!


Published via iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts