Saturday, June 12, 2010

PRINCE OF PERSIA

Sabtu, cuti macam best untuk bersantai. Nak best lagi lepak kat Laman Santai malam ni. Tapi rasanya hari ini tak dapat duduk rumah. Awal pagi lagi nak kena pergi ke Pusat Servis Kereta Perodua.

Singgah sekejap kat Restoran Tu Dok Ko. Walaupun takde mood nak makan, tapi dengan nasi berlauk yang muawaaalllah tu memang berselera makan. Sedap siot! Mintak kaki ayam tapi takdop la pulop. Kalau tak lagi la sangkut.

Lepas makan, terus ke servis kereta. Kat servis kereta aku tertarik untuk beli car air freshner ni.












Beli 2 perisa. Satu perisa Strawberry & Vanilla. Harga satu car freshner ni dalam RM6. Tahannya cuma dalam 2 minggu macam tu.

Balik rumah, buat spaghetti untuk jamuan FunCorner malam ni.

Berehat. Sambil tengok ulangan bola Piala Dunia.

Jam 4 petang, kami keluar ke Pavillion untuk menonton filem yang padat dengan aksi berjudul Prince of Persia. Bagi aku, filem ni tak menjemukan walaupun tonton beberapa kali. Kesan khasnya sangat mengkagumkan. Untuk filem ni, aku kasi 4 bintang.

Lepas tengok filem ni, aku rasa nak beli game Prince of Persia. Tapi kat rumah ni, mana ada beli Playstation 3 lagi. Jadi nak tak nak, aku kena beli



Jam 7 malam, kami keluar daripada Pavilion.

Jam 9 malam, kami keluar ke restoran Yana skyways. Tapi diorang melencong ke Istana Budaya untuk Majlis Ulangtahun ke 50 URTV untuk berjumpa dengan Fara Fauzana.

Aku ikut diorang sekejap. Kemudian lepak dalam kereta. Ntah macam tak selesa duduk kat tempat tu sebab aku bukan bertugas pun.

Esok, aku plan nak ke The Biggest Loser Audition kat The Curve. Dah cakap dengan wife aku suruh dia temankan. Dia bersetuju. Hari tu PR program ni siap call aku suruh datang cover ujibakat. Sememangnya aku sangat berminat untuk melihat BBW ni yang beria sangat nak turunkan berat badan. Hehe! Jamu mata la beb besok!

Ish boringla pulak menunggi diorang nih.








Published via iPhone



No comments:

Post a Comment

Popular Posts