Thursday, June 10, 2010

MEDIA NITE

Semalam aku sakit perut. Siang mengosongkan perut. Malam mengisi perut sepenuhnya. Pelik! Itu yang membuatkan berat badanku bertambah. Kata Ayah G, nak makan malam boleh tapi kena 4 jam sebelum tidur.

Bangun pagi dengan membuang aura negatif. Lalu menyerap aura-aura positif. Minda perlu positif untuk melengkapkan hari menjadi lebih bermakna.

Hari ini, aku Taman Danau Kota untuk ambil barang. Keluar rumah selepas menyudahkan story pasal Amanda Imani dan IZ OIAM yang mana album mereka boleh dibeli di Austin Chase. Hari ini terasa cepat pulak. Tup tup tengok jam dah pun pukul 10 pagi. Janji dengan Su jam 11 pagi.

Jumpa Su di kedai Mamak kat bawah ofis. Kali ini, walaupun aku tergesa-gesa nak ke event NTV7, aku luangkan masa untuk borak. Pasal apa tak boleh kasi tau sebab kitorang bergosip! Hahaha! Memang tak sangka! Sungguh terkejut aku dengar gosip tu.

Lepas habiskan sepinggan mee goreng dan segelas air tea tarik, aku minta diri. Aku kena attend event NTV7 yang melancarkan program drama Chinese Age of Glory. Sememang yang telah aku jangkakan, event ini akan menggunakan bahasa Mandarin. Sepatah haram aku tak faham. Tidak jadi masalah sebab aku diberi press release.

Hari ini dalam sejarah, aku tak bawa kamera ke event. Sampai dalam jam 11.45 pagi. Rowena kata dia akan hantar gambar.

Aku ambil masa terluang kat event ni untuk mencoret diary ni. Lepas ni, aku nak singgah di bank kat KLCC jap. Then balik rumah.

Malam ni, aku akan ke Media Nite Suria FM. Berbeza dengan media nite lainnya, seperti biasa dijemput juga ramai artis. Antaranya, Anuar Zain!

Selain show dari artia, media juga pasri happy dengan hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah. Aku harap aku dapat hadiah besar malam ni. Kalau tahun lepas aku dapat 2 hadiah sekaligus,

Tema malam ini ialah jersi bola. Jadi, aku tak perlu nak beli jersi lagi. Cukup dengan jersi Brazil yang aku beli masa nak attend event Adidas.

Sekarang aku kat KLCC. Ada urusan bank. Lepas ni aku terus balik rumah. Tak perlu nak shopping lagi. Bajet bulan ni dah habis. Huhu! Antara bulan yang banyak keluar duit adalah bulan ni lah!







Lunch kat event. Sambil borak dengan reporter dari voice.my.

Dia cakap esok ada prebiu The Toys Story 3. Tapi aku tak terima jemputan pun. Lagi pun esok aku nak jumpa Ella kat Istana Budaya. Aduyai, lama gila tak jumpa Ratu Rock Ella.






Lunch sangat mengenyangkan. Bayangkan sebelum aku datang ke sini pun, aku dah pekena mee goreng mamak.






Makan tak habis!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts