Tuesday, June 22, 2010

OUTThere MEDIA

Laman jaringan sosial kini dah jadi macam keperluan dalam hidup. Ya, setiap orang dah ada akaun Facebook atau
Tweeternya sendiri. Mengikut satu kajian, orang Malaysia memang suka berfb, bertweeter dan juga berblog.

Aku berfb dah lama. Sekarang aku mula untuk aktif dalam bertweeter pula. Tweeter dan Facebook adalah platform yang berbeza. Meslkipun begitu, tujuannya tetap sama.

Ada orang cari duit dengan menggunakan FB dan Tweeter. Ada juga yang cuba-cuba cari kerja melalui FB. Ramai juga yang dapat jodoh dengan bertemu jodoh melalui FB. Mmmm, Pendekata, semua benda sekarang boleh dicapai dengan menggunakan media sosial.

Hari ini dengarnya banyak event tapi dalam jemputan aku cuma ada 2 jemputan sahaja. Satu dari Maxis dan satu lagi pelancaran album.

Event yang aku hadiri ini ada kaitan dengan media juga. Event yang dianjurkan oleh Maxis iaitu, OutThere Media.






Oh, seperti yang dikatakan tadi, kalau melalui Facebook dan Tweeter kita boleh jual iklan, dalam telefon bimbit pun boleh juga. Contoh hari ini, Maxis telah melancarkan satu platform di mana syarikat atau produk boleh mengiklankan produk mereka melalui mobile advertising.

Tu dia tak sempat aku sampai di event launching album berderet - deret SMS berupa iklan sampai.

Tapi aku dah belah awal-awal sebab kena rushing ke satu lagi event.

Lepas minta diri dengan Catherine, aku pun terus keluar dari hotel untuk ke No Black Tie.

Sesampai di sana, event dah pun start. Huhu tqpi aku sempat dengar 2 buah lagu dan dapat bil gambar diorang.


Published via iPhone

Monday, June 21, 2010

MISI

Hari ini sepatutnya kena bangun awal pagi. Bukan apa, nak siapkan segala kerja rutin dan bersedia untuk mencapai misi.

Tapi nasib baiklah, aku dah selesaikan kerja rutin tu semalam. Jadi, hari ini bangun dengan rasa lega dan nyaman sekali. Tanpa sebarang kerja yang menjadikan aku terlalu tergesa-gesa.

Hari ini, aku akan cuba buat yang terbaik. Untuk mencapai misi itu sebenarnya senang. Aku cuma perlukan sedikit keberanian. Kalau tak berani, aku takkan berjaya. Jam 9 pagi aku kena keluar dari rumah untuk ke lokasi.

Hari ini dah pun 21 Jun. Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk bulan 7. Pertengahan bulan Ogos, Ramadan akan bermula. Patutlah semalam, adik aku suruh beli kain baju kurung untuk dia.

Ya, tiap-tiap tahun memang nak kena belikan sepasang baju kurung untuknya. Begitu juga dengan ibuku. Walaupun dia tak minta, aku beli juga. Kadang-kadang bukan untuk dia pakai, tapi dihadiahkan untuk orang lain. Tak kisah lah, asalkan aku kasi.

Tuesday, June 15, 2010

ROCKABOLA

Isnin adalah hari untuk rehat sebab tak banyak event. Kalau ada pun, untuk event yang sangat santai. Seperti malam ni, aku akan bersantai di Media Nite Astro. Dalam tahun ini, dah 2 kali Astro akan meraikan media.

Pagi dan petang aku dirumah. Siapkan kerja rutin dan merangka kerja baru. Banyak sangat kerja yang nak kena settle. Itulah. Sape suruh aku ambik vuti Sabtu dan Ahad! Bila dah sampai hari Isnin, tengok-tengok berlambak kerja atas meja.


Nina hubungi untuk deal safu proposal. Aku nak sangat bekerjasama tapi dengan syarat aku nak win win situation. Something in return. Mana orang nak buat event dengan hanya mulut atau pomet yang kosong sekarang ni. Tambahan pula ditengah dunia gawat dan semua benda perlukan duit. Pendek kata, semua duit hatta nak masuk tandas pun kena ada touch & go!

Azlan suruh aku settle pasal masalah invoice aku yang terkandas kat MDec. Aku pun hairan, macamana invoice tu boleh terbang dan tersesat. Ingat lagi, mula-mula aku fax. Diorang reject sebab nak kena ada signature. Then diorang suruh aku pos, aku pun dengan lorat gaduh terus pos. Hantar guna pos express lagi tu. Then tunggu punya tunggu, rupanya barang tu terkandas. Sepatutnya projek tu jalan bulan April tapi sekarang bulan Jun takde khabar berita. Tup tup dapat email dari Azlan. Hampeh je pengurusan diorang. Di sini aku dah nampak cara diorang ni bekerja. Sangat. Berdedikasi sekali!

Ntahlah, tengoklah nanti, aku akan settle kalau ada masa terluang.

Lunch. Seperti yang aku ngidamkan, aku makan nasi sama daging dendeng yang dibeli oleh wife melalui online. Bagi aku rasanya sangat lazat sekali. Menyelerakan. Kalau nak dibandingkan dengan daging serunding, daging dendeng lagi best!


Published via iPhone

Sunday, June 13, 2010

KENNY ROGERS

Masih dilanda demam bola sepak yang memuncak. Tapi terkilan kerana tak dapat tonton beberapa perlawanan. Bila dah miss, aku mula tak de masa lagi nak tonton siaran ulangan. Saluran 801 pula asyik duk tayang sukan SUKMA.

Elok jugak tu. Takde la orang lupakan sukan di negara sendiri. Sukan SUKMA pun best apa. Tapi sayang, mengikut kajian yang dibuat oleh aku sendiri, 35% sahaja yang nak layan SUKMA.

Ahad adalah hari yang sesuai untuk berehat. Tapi sebelah tengaharinya aku dah janji dengan PR The Biggest Loser untuk datang ke sesi ujibakat The Biggest Loser musim kedua di The Fitnest First, The Curve.

Sayang kata dia nak tonton movie The Karate Kid. Jadi kebetulan dekat je dengan Cineleisure. Walaupun aku dah tonton filem ini, tapi aku rasa nak tengok sekali lagi. Almaklumlah filem ini aku kasi 4 bintang. Walhal distributor ni tak pernah nak kasi goodies promo pun. Haizz... tu la aku!

Published via iPhone

Saturday, June 12, 2010

PRINCE OF PERSIA

Sabtu, cuti macam best untuk bersantai. Nak best lagi lepak kat Laman Santai malam ni. Tapi rasanya hari ini tak dapat duduk rumah. Awal pagi lagi nak kena pergi ke Pusat Servis Kereta Perodua.

Singgah sekejap kat Restoran Tu Dok Ko. Walaupun takde mood nak makan, tapi dengan nasi berlauk yang muawaaalllah tu memang berselera makan. Sedap siot! Mintak kaki ayam tapi takdop la pulop. Kalau tak lagi la sangkut.

Lepas makan, terus ke servis kereta. Kat servis kereta aku tertarik untuk beli car air freshner ni.












Beli 2 perisa. Satu perisa Strawberry & Vanilla. Harga satu car freshner ni dalam RM6. Tahannya cuma dalam 2 minggu macam tu.

Balik rumah, buat spaghetti untuk jamuan FunCorner malam ni.

Berehat. Sambil tengok ulangan bola Piala Dunia.

Jam 4 petang, kami keluar ke Pavillion untuk menonton filem yang padat dengan aksi berjudul Prince of Persia. Bagi aku, filem ni tak menjemukan walaupun tonton beberapa kali. Kesan khasnya sangat mengkagumkan. Untuk filem ni, aku kasi 4 bintang.

Lepas tengok filem ni, aku rasa nak beli game Prince of Persia. Tapi kat rumah ni, mana ada beli Playstation 3 lagi. Jadi nak tak nak, aku kena beli



Jam 7 malam, kami keluar daripada Pavilion.

Jam 9 malam, kami keluar ke restoran Yana skyways. Tapi diorang melencong ke Istana Budaya untuk Majlis Ulangtahun ke 50 URTV untuk berjumpa dengan Fara Fauzana.

Aku ikut diorang sekejap. Kemudian lepak dalam kereta. Ntah macam tak selesa duduk kat tempat tu sebab aku bukan bertugas pun.

Esok, aku plan nak ke The Biggest Loser Audition kat The Curve. Dah cakap dengan wife aku suruh dia temankan. Dia bersetuju. Hari tu PR program ni siap call aku suruh datang cover ujibakat. Sememangnya aku sangat berminat untuk melihat BBW ni yang beria sangat nak turunkan berat badan. Hehe! Jamu mata la beb besok!

Ish boringla pulak menunggi diorang nih.








Published via iPhone



Thursday, June 10, 2010

MEDIA NITE

Semalam aku sakit perut. Siang mengosongkan perut. Malam mengisi perut sepenuhnya. Pelik! Itu yang membuatkan berat badanku bertambah. Kata Ayah G, nak makan malam boleh tapi kena 4 jam sebelum tidur.

Bangun pagi dengan membuang aura negatif. Lalu menyerap aura-aura positif. Minda perlu positif untuk melengkapkan hari menjadi lebih bermakna.

Hari ini, aku Taman Danau Kota untuk ambil barang. Keluar rumah selepas menyudahkan story pasal Amanda Imani dan IZ OIAM yang mana album mereka boleh dibeli di Austin Chase. Hari ini terasa cepat pulak. Tup tup tengok jam dah pun pukul 10 pagi. Janji dengan Su jam 11 pagi.

Jumpa Su di kedai Mamak kat bawah ofis. Kali ini, walaupun aku tergesa-gesa nak ke event NTV7, aku luangkan masa untuk borak. Pasal apa tak boleh kasi tau sebab kitorang bergosip! Hahaha! Memang tak sangka! Sungguh terkejut aku dengar gosip tu.

Lepas habiskan sepinggan mee goreng dan segelas air tea tarik, aku minta diri. Aku kena attend event NTV7 yang melancarkan program drama Chinese Age of Glory. Sememang yang telah aku jangkakan, event ini akan menggunakan bahasa Mandarin. Sepatah haram aku tak faham. Tidak jadi masalah sebab aku diberi press release.

Hari ini dalam sejarah, aku tak bawa kamera ke event. Sampai dalam jam 11.45 pagi. Rowena kata dia akan hantar gambar.

Aku ambil masa terluang kat event ni untuk mencoret diary ni. Lepas ni, aku nak singgah di bank kat KLCC jap. Then balik rumah.

Malam ni, aku akan ke Media Nite Suria FM. Berbeza dengan media nite lainnya, seperti biasa dijemput juga ramai artis. Antaranya, Anuar Zain!

Selain show dari artia, media juga pasri happy dengan hadiah lumayan menerusi cabutan bertuah. Aku harap aku dapat hadiah besar malam ni. Kalau tahun lepas aku dapat 2 hadiah sekaligus,

Tema malam ini ialah jersi bola. Jadi, aku tak perlu nak beli jersi lagi. Cukup dengan jersi Brazil yang aku beli masa nak attend event Adidas.

Sekarang aku kat KLCC. Ada urusan bank. Lepas ni aku terus balik rumah. Tak perlu nak shopping lagi. Bajet bulan ni dah habis. Huhu! Antara bulan yang banyak keluar duit adalah bulan ni lah!







Lunch kat event. Sambil borak dengan reporter dari voice.my.

Dia cakap esok ada prebiu The Toys Story 3. Tapi aku tak terima jemputan pun. Lagi pun esok aku nak jumpa Ella kat Istana Budaya. Aduyai, lama gila tak jumpa Ratu Rock Ella.






Lunch sangat mengenyangkan. Bayangkan sebelum aku datang ke sini pun, aku dah pekena mee goreng mamak.






Makan tak habis!

Wednesday, June 9, 2010

AUSTIN CHASE

Pagi, aku bekerja di rumah. melakukan kerja rutin. Buat itu dan ini. Update facebook dan Twitter. Yes, Twitter dah jadi satu kemestian. Dengan Twitter, aku boleh mendapat ipendapatan yang sangat banyak. Cukup untuk bayar duit tambang teksi untuk ke sana sini. Sementara aku boleh bawa Myvi ni, aku kenalah bersusah-susah dahulu. Huhu!

Bersarapan dengan dua keping roti sama kopi pekat secawan.

Tak cukup itu, aku blend limau sunkist dan mangga. Mmm... Best! Elok untuk kurangkan kolesterol?

Bestnya takde event waktu pagi. Takdelah aku nak terkejar-kejar.

Huhu, sebenarnya ada event kat Sri Pentas tapi aku tak dapat hadir.

Duniaku mahu aman!

Tajul sms aku. Tanya nombor contact seorang blogger. Aku jawab aku takde no contact dia. Apatah lagi aku juga takde email dia. Aku tak tahu pasal apa dia nak sangat kontek blogger kontroversi ni. Lagipun, aku tak nak campur hal orang. Dan orang tak perlu nak campur kerja dan urusan aku. Aku memang tak kawan atau bercampur dengan blogger ni. Say sorry to Tajul. Tinggalkan isu blogger dengan majalah ini sebab aku tak nak masuk campur hal orang.

Sesetengah orang meminta aku untuk menjemput mereka di event atau ke prebiu filem sedang aku bukannya PR.

Call Zuli untuk dapatkan payment tapi dia cuti sebulan. Wow... Tapi nasib baiklah payment dah settle. Esoklah aku datang ambik.

Hari ini, aku ada event kat Mid Valley. Jadi, kebetulan aku ke sana, aku contact Jessica untuk ambil produk Renu yang diorang nak kasi.

Ini barangnya, siap diletak dalam beg goodies yang lawa.



Juga dalam casing yang lawa. Macam harta karun la pulak.



Jam 2.30 petang, aku dah sampai di Austin Chase, lokasi Pelancaran Album Amanda Amani dan IZ OIAM. Jadi, pengunjung cafe ni boleh mendapatkan album kat sini.









Aku dengan jurukamera Murai.



Budiey & IZ Amanda

Budiey & IZ Amanda

Tuesday, June 8, 2010

IPHONE 4

Semalam pasti ada yang berjaga untuk menonton live keynote dari Steve Job, orang kuat Apple di WWDC 2010. Aku sangat excited dengan pengumuman ini. Dalam hati, memang aku berniat untuk menukar iPhone 3G yang aku tengah guna sekarang ini. Hingga semalam aku terigau dan bermimpi menggunakan smartphones terbaru yang sangat canggih ini.

Bangun pagi, aku publish entri keynote dari org kuat iPhone ini.

Hari ini, aku ada banyak agenda yang perlu diselesaikan dan event hari ni sangat banyak sampai ke malam! Pagi ini sahaja, aku dijemput untuk attend 2 event. Nasibku baik kerana event dibuat di lokasi yang sama. Namun malangnya, aku tak dapat hadir 2 event dalam satu masa.




Jarang jalan nak sesak pada paginya. Jadi, aku tiba dalam jam 10 pagi di event Samsung BADA.



Cuaca agak mendung. Sedang malam tadi hujan membasahi bumi Tuhan.
















Sempat makan pagi di event Samsung. Program ni sebenarnya untuk developer di mana diorang akan bina application untuk Samsung Smartphones. Terserempak dengan Kak Wan. Dia pun nak join gak, tapi aku cakap, aku pun sekejap je sebab selepas ini aku kena attend Prebiu Media Filem The Karate Kid.

Jam 10.30 pagi, aku masuk je dewan, filem bermula. Walaupun agak perlahan tapi aku suka dengan content dan paparan watak dalam filem lakonan Jackie Chan nih.

Pertengahan cerita adalah saat yang dinantikan dimana detik budak yang digelar Mr Han lakonan Jackie Chan - Xiao Dre ni dibuli dan digasak oleh budak jahat. Masa Mr Han ajar Dre berkungfu, aku rasa banyak sangat moral, inspirasi dan spirit diterapkan.




Oleh kerana garapan penuh spirit dan content yang sangat mantap serta muzik score runut yang best, aku kasi 4/5 bintang!

Habis menonton aku lunch di Sweetchat kat level, Mid Valley.







Nasi gorengnya tak best tapi aku suka red ruby ais campurnya.

Aku minum sampai habis licinlah!



Monday, June 7, 2010

A-TEAM

Semalam, aku terlena dibuai mimpi indah. Kisahnya ringkad tapi berangkai. Cinta terpatri di sebuah taman indah bak syurgawi. Bunga mekar ku hidu harumnya. Sungguh memukau.

Pagi ini, aku turun rumah dengan sejambak azam untuk lebih optimistik dalam meniti hidup. Aku lebih selesa dengan hidup yang sederhana. Tanpa sengketa. Bebas dari ancaman dan kekangan kerja.

Seawal pagi lagi, aku terpaksa mengisi ruang kosong budiey.com. Nasib kerja rutin sudah aku selesaikan semalam. Dalam setengah jam, aku berjaya siapkan satu story tentang pelancaran buku terbaru Wardina.

Jam 10 pagi, aku ke Mid Valley untuk menonton wayang. Hari ni cuma ada 2 agenda. Sebelah petang, aku dijemput oleh Ayie Murai untuk sidang media Shout The Musical. Thanks Ayie Stailista!

Tak lama, aku sampai dan terus register. Jessica menanti dengan lambaian mesra. Penuh senyuman.











Aku diberikan satu cd press release dan voucher pop corn. Pagi tadi aku cuma minum kopi secawan jewk! Perut masih kosong. Penuh dengan angin. Terisilah ia dengan pop corn. Sangat bahaya untuk kesihatan!

Menonton A-TEAM dalam jiwa yang rileks di separuh masa pertama. Jiwa diganggu oleh bisikan negatif yang merasuk. Kalau dilayan sangat menjejaskan tumpuan aku.

Filem aksi yang diadaptasi drama bersiri ini sangat bijak. Membuat aku terfikir, terlalu banyak karakter manusia yang Tuhan cipta atas dunia ini.

Aku kasi 3 bintang dari 5 utk filem ini.

Eh, masa kat GSC, aku terpikat dengan poster Nanny McPhee yang aku dah tonton minggu lepas.






Tengok betul-betul, ada lampu kelip-kelip kat poster ni.

Jam 1.45 petang, aku kotakan janji dengan Ayie untuk hadir di sidang media The Mod Musical SHOUT!

Sampai di Bangunan MAS, mujurlah terserempak dengan Ayie. Sebab aku bukannya tahu PC ni buat kat tingkat berapa. Jadi senang, ikut je si Ayie. Kami naik ke tingkat 24. JKKN punya dewan.

Masuk di depan pintu, aku ternampak kelibat Ning Baizura tengah rehearse.




Sunday, June 6, 2010

MAISARAH 4 TAHUN

Pagi, orang rumah sibuk di dapur. Dari semalam lagi Mengadap dapur untuk buat laksam. Aku lak semalaman memaku punggung mengadap drama TV kegemaran 24.

Hari ini, kami akan celebrate hari jadi anak kesayangan Cik Da & Ayah G, Maisarah yang akan masuk ke usia 4 tahun. Selain laksam, Sayang buat puding caramel. Memang sedap!

Jam 11 pagi, ada PR dari Bio datang hantar hadiah.

Jam 1.30 tengahari, kerja aku mengangkut makanan untuk dibawa ke rumah Cik Da berlangsung dengan jayanya.

Jam 1.45 tengahari, kami singgah di kedai kek King. Sayang ada kongsi dengan Ira beli kek bentuk nombor 4.








Kek King memang best! Tahun lepas pun order kat sini.








Macam-macam jenis dan bentuk ada.








Ini dia kek nombor 4 Maisarah.








Lawa-lawa. Tak sabar nak makan. Keh keh keh.

Jam 2 petang, kami tiba di rumah Ayoh G. Maisarah masih belum mandi lagi. Huhu!









Tengah duk minum susu. Bear aka bantal busuknya.






Ayah G beli KFC, pasti nikmatnya menjilat jari. Yummmmy!





Laksam yang nampak sedap ni, sedia terhidang. Sedang Maisarah pula naik tingkat atas untuk mandi.

Saturday, June 5, 2010

WEDDING

Panas betul hari ini. Tapi kami kena keluar jugak. First kena pergi Pavilion untuk bertemu pembaca yang ingin menonton filem Andartu Terlampau. Kali ini tak ramai yang hadir. Cuma ada 10 orang sahaja. Mungkin ramai pembaca yang ada program lain.








Yea, aku dengan bangga duduk di sebelah driver. Aku tulis jurnal ni dalam kereta. Guna BlogPress.

This my wife yang begitu kental! Huhu!








Dalam kereta Farha ada call. Dia dah sampai kat GSC. Tapi malangnya aku terlupa untuk membawa tiket. Adoi. Ni first time aku terlupa macam ni. Terpaksa la balik semula. Haru biru betul.

Terpaksa corner balik. Makan masa dalam 15 minit.

Lepas jumpa diorang, aku dengan berlari-larian terus ke kereta untuk ke wedding kawan bini aku. Aezumi namanya. Kahwin dengan orang Perak.







Friday, June 4, 2010

CELEBRATE

Malam menjegah tiba. Hangatnya malam sehangat dua jiwa untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama.

Ya, setahun lalu, pada hari ini tanggal 6 Jun, kami disatukan dalam suasana yang sangat meriah. Jauh di sudut hati, aku bersyukur atas kurniaan rahmatNya.

Untuk celebrate anniversary kami, aku ajak wife aku untuk makan malam di Restoran Sei Ayuthaya di Wangsa Maju.











































Popular Posts