Salam terindah buat semua.
Mohon kemaafan terindah kerana tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Blog ini terbiar kosong dengan jarak masa yang sangat lama.
Harap blog jurnal ini tidak berkubur.
Untuk buat blog, bukan satu kerja yang mudah. Kita perlu ada komitmen dan masa.
Tiada kesungguhan dan kesuntukan masa membuatkan kita alpa pada tugas. Cinta pada blog seperti kita cinta pada diri sendiri. Harus membaja dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.
Hari ini, aku akan menonton filem Mars Need Moms in 3 D di Mid Valley. Kemudian, langsung terus ke One Utama untuk mengikuti showcase Mentor musim terbaru di sana.
Tak sabar nak tengok wajah-wajah baru peserta Mentor. Siapalah agaknya yang mentor ni pilih untuk jadi protege mereka.
Tapis peserta bukan main lagi susah. Rahim Maarof sampai dua tiga kali buat ujibakat, masih tak jumpa dia punya protege. Sangat details dan sangat berhati-hati. Takut yang dipilih tu bukanlah berbakat sangat pun, tapi nak glamer je lebih.
Harap semua sihat. Aku sayang semua orang yang baca blog jurnal ni.
Love you all. Muah muah muah