Petang menginjak senja. Minda berkali-kali mengingatkan aku yang aku masih bercuti. Namun realitinya, tiada perkataan CUTI dalam kamus hidup aku.
Petang di rumah, aku buat kerja. Siap. Lalu hantar. Kali ini aku nak sispkan untuk seminggu aku di Australia. Banyak jugak. Tapi kalau ada content semua jadi senang.
Balik dari event Maxis tadi, aku singgah di Sg Wang untukar wang Australian Dollar. RM2,000 sama dgn AUS652. Memang tinggi dan sangat mahal. Patutlah ramai kawan aku yang pergi sana terpaksa ikat perut. Makanan semua mahal.
Tak pe, aku ke sana sebenarnya dapat voucher penginapan dan penerbangan dari AirAsiaGo. Cuma aku bayar tax dalam RM490 dan kena apply Visa Australia RM60 untuk seorang.
Sekarang, mentari dah tenggelam. Aku sedang duduk termanggu di kerusi rehat di ruang lobby Hotel Le Meridian. Best! Sekali sekala melihat mentari terbenam di depan ku.
Sekejap lagi aku mahu naik di tingkat atas. Ada Malam Gala Golden Gold Rafflesia. Lebih kurang 50 selebriti akan turut hadir dengan pakaian bertemakan keemasan. Aku baca kat Twitter tadi, Elaine Daily akan pakai baju Rizman Ruzaini.
Cakap pasal pereka ni, dah ada dua orang designer yang nak sponsor baju raya untuk aku dan wife. Baik sungguh hati mereka. Dengan blogger picisan macam ni pun nak sponsor.
Apa-apa pun, aku hatus berterima kasih buat mereka. Prinsipku senang, kalau dia boleh sokong kita, kenapa kita tak boleh tolong dia. Tak gitu?
- Posted using BlogPress from my iPhone