Jumaat, 18 Mac 2011

THE SMURFS

Asalnya, aku suka benar dengan kartun animasi yang penuh nostalgik, The Smurfs. Tertunggu-tunggu aku dengan filem ini yang akan memasuki pawagam pada bulan September ini. Lambat lagi lah. Tapi kegilaannya sudah mulai aku rasai. Semalam, aku dah join game The Smurfs di iPhone4.

Penyakit ini sebenarnya adalah satu pembuangan masa. Bermula dari bini aku yang suka benar main games di iPad. Lalu, ia menular kepada aku.

Sekali main games ni, memang seronok dan aku jadi ketagih. Masa membazir pun aku tak peduli dan aku tak rasa semua itu.

Yang penting, aku dah membina sebuah kampung The Smurfs yang aku rasa aku bertanggungjawab untuk buat ia lebih berkembang pesat dan membangun.

Aku namakan kampung ku itu... Budiey The Smurfs Empire!

Hehehe, yo yo yo ah je!