Khamis, 17 Mac 2011

CUTI

Setelah berpenat lelah, aku rasa aku perlu mengambil cuti untuk berehat. Mulai semalam, aku dah minta dengan boss cuti. Lalu bossku yang baik hati itu telah membenarkan aku untuk berehat buat sementara waktu.

Tak lama, aku cuma bercuti selama 2 minggu. 14 hari, satu jangka masa yang sangat panjang sebenarnya bagi aku.

Namun, aku mengharapkan pembaca masih lagi membelek budiey.com seperti hari-hari sebelum ini.

Bercuti tidak bermakna budiey.com akan kosong. Tetap seperti biasa, ada story untuk dibaca.

Dalam tempoh percutian ini, aku mengambil masa untuk merancang strategi baru. Dunia dah berubah sangat pantas. Pemikiran manusia dah tak macam dulu. Sekarang dah lain. Totally lain.

Aku harap, dengan perancangan baru ini, hidup aku semakin tenang.

Selamat bercuti buat diri sendiri!