Jumaat, 18 Mac 2011

SEKSI

Seksi itu satu elemen yang sangat subjektif. Seksi dari mata si tukang lihat akan ada satu tarikan. Pertama, rasa muak dan kedua, mungkin akan rasa tertarik lalu suka.

Dalam pada aku bercakap pasal seksi ni, ada seorang artis baru lalu depan aku. Lenggoknya persis model ternama. Wajah manis, kulihat dan ku renung. Hingga satu titik, biji mata tertumpu pada baju yang dipakainya. Wow, biji mataku tertojol. Fuh seksi ya amat.

Oh! Mungkin begini strategi pelakon baru nak popular dengan cepat. Bila pakai seksi hingga ternampak 80% isi buah dada, maka wartawan akan dekat. Nama akan disebut di blog gosip. Sekelip mata, nama terus naik.

Sepanjang 4 tahun menjadi pemerhati dunia seni, aku dapat lihat berapa kerat artis baru cuba jual aset asli untuk naikkan nama. Dan berapa kerat juga artis yang cepat naik lalu cepat pula turun. Berlakon tak seberapa, bakat cetek dan yang luaknya pula kisah dan cerita kontroversi di dada majalah.

Aku rasa, artis yang tengok tadi akan popular esok hari tapi tengoklah lama mana.


- Posted using BlogPress from my iPhone