Sabtu, 28 Ogos 2010

SINGGAHSANA

Jam 5 pagi, terbangun bila dengar alarm di henset berdering kuat. Tapi entah macamana aku tertidur semula. Sudahnya, aku berpuasa tanpa sahur hari ini.

Nasiblah. Masuk ni, dah 2 kali dah aku tak bersahur.

2 minggu lagi nak beraya, jadi aku kena basuh segala langsir yang ada.

Seperti yang dijanjikan, aku dan isteri akan berbuka di Hotel Singgahsana pada hari ini. Cuma perlu bayar satu kepala sahaja. Untuk aku, dah ada voucher yang aku dapat masa hadir di event kat hotel tu beberapa bulan lalu. Jadi, cuma kena bayar RM62 sahaja.

Jam 2 petang, kami jalan jalan ke rumah Cik Da. Kebetulan hantar abe dan kami singgah di kedai Brothers untuk letak tinted kat cermin depan. Jadi taklah silau nanti.

Sebelum ke Hotel Singgahsana, kami lepak dulu kat sini.

- Posted using BlogPress from my iPad