Jumaat, 13 Ogos 2010

THE DESCENT

Hari ini dah masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa. Alhamdulilah, setakat ini ibadatku berjalan lancar. Semalam, isteri aku sakit. Tapi aku tak dapat teman dia pergi klinik.

Minggu pertama bulan puasa, tak banyak event. Minggu depan aku dah terima banyak jemputan berbuka puasa. Sebenarnya, aku liat betul nak pergi Berbuka Puasa kat luar. Senang dan hati lebih selesa berbuka dengan isteri di rumah.

Awal puasa ni, ramai yang tercari dalam internet pasal website mana yang menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak. Tiap tiap tahun macam tulah. Tak ketinggalan juga, senarai hotel yang menyediakan makanan halal pakej berbuka puasa.

Sekarang ni kena hati hati, tak semua hotel yang diiktiraf oleh JAKIM tu halal. Kadang kadang masa JAKIM pergi periksa diorang letak barang mentah yang halal tapi bila JAKIM takde, mulalah diorang ni cilok dan buat tahik.

Pagi ini, aku ke Mid Valley untuk menonton filem seram, THE DESCENT PART 2. Mengikut kata WI Yee, filem ni dah lama tayang kat USA. tapi apa apa pun aku memang suka dengan filem horror ni. Memang tak boleh missed punya.

Kepada pembaca diary ini, aku nak ucapkan kat korang srlamat berpuasa.... Bagi yang puasa jelah. Yang tak puasa tu, sila ganti sebelum nyawa anda dicabuta oleh malaikat. Hehe

Aku jugak nak minta maaf sebab sangat jarang kemaskini diari ni. Kerja sangat banyak nak buat macamana. Kalau tak kerja nantqi bini aku nak makan apa. Hahaha... Jamu pasir boleh la.


- Posted using BlogPress from my iPad