Hari ini dah pun Isnin. Hari yang pastinya memeningkan. Walhal aku tak banyak kerja nak buat. Tapi ada hal yang perlu aku bereskan. Itulah hidup namanya. Ada masa kita lapang dan ada masa kita diburu kesibukan.
Sabtu lepas, Ani dari Maybank call cakap, aku kena tambah payment. So takyah nak serabut kepala otak fikir pasal cari penjamin. Aku tak suka ada penjamin sebab kalau aku susah, aku tak nak bikin orang lain terheret sama susah.
Eh, Ani tu hari Sabtu pun kerja ek? Bila aku tanya, dia cakap dis terpaksa kerja. Apa boleh buat. Ringan pulak mulut aku bertanya. Dasar busy body!
Jadi, aku hari ini aku kena koreklah mana-mana lubang yang boleh aku korek. Kemudian, aku akan ke pusat jualan Toyota untuk lunaskan bayaran. Laluan untuk merealisasikan impian ini sangst berliku dan beronak. Itu yang dapat aku rasakan.
Di lubuk hati aku dihujani rasa cemburu bila melihat orang lain begitu senang dan cepat mendapatkan kereta mereka. Kenapa aku tak seperti mereka? Jawapan yang sudah tentu sukar untuk aku jawab. Bila ditanya kepada isteriku, dia mula bersyarah tentang hikmah. Ya, setiap susun atur Tuhan di dunia semuanya berhikmah. Dekorasinya sudah ditetapkan dan ianya sungguh cantik pada mata Sang Pencipta. Hanya di mata kita sahaja nampak tak sempurna.
Putus asa... Dua perkataan ini tiada dalam kamus hidup aku.
- Posted using BlogPress from my iPad