Sabtu adalah hari paling paling best berpuasa. Kerja aku dah siapkan siang-siang. Oh ya semalam aku dapat berita baik. Content yang aku buat tu ada perkembangan baik. Jualannya makin meningkat. Itu pun setelah diorang promote kaw kaw punya. Untuk masa sekarang, jumlah subscriber dah meningkat sampai 20ribu. Aku teruja jugak nak tahu berapa RM untuk report terbaru ni.
Hari ini ingat nak bercuti sepenuhnya. Petang kami plan nak gi shopping kat Tesco. Tak banyak nak beli barang pun. Sekadar nak gi jalan. Kemudian kami singgah rumah ayah G untuk berbuka kat sana.
Sekarang ni aku dah menaip kat ipad ni di rumah Ayah G. Sedang tunggu waktu berbuka puasa.
Pagi tadi, mek ada call. Kata dia sekarang dah takde orang nak teman. Cucu dia buat hal. Kesian pulak aku dengar. Takpelah, tak lama lagi, anak bongsunya akan balik bercuti. Tinggal dalam 15 hari je lagi. Risau gak aku dengar. Kalau Kelantan tu dekat, mahu je aku balik.
Minggu depan ingat nak gi berbuka kat Hotel Singgahsana. tapi kompem ramai yang dah tempah awal-awal. Jadi, tak dapat tidak, aku kena reserve cepat sikit. Specialnya berbuka kat hotel singgahsana ni, selain ada hiburan nasyid dari Rabbani, masakannya pun memang sedap dengan tema masakan sajian Melayu. Buffet berbuka puasa di hotel singgahsana taklah mahal sangat. Harga pakej berbuka di hotel tu cuma RM60 sahaja.
- Posted using BlogPress from my iPad