Jumaat, 20 Ogos 2010

SAHUR

Macam biasa, kena jugak bangun sahur. Kalau tak badan rasa lesu. Tekak rasa kering. Ni badan pulak rasa nak selsema. Adoiiii... Tak best lah kalau macam ni. Harap-harap janganlah melarat sangat.

Bersahur ala kadar dengan nasi dan ikan goreng. Tak dilupakan daging dindin kegemaran aku. Hehe...

Argggg... Dah banyak kali dah ni aku bersin... God, tak nak la ginih.

Semalam, aku ponteng event Astro screening Raya. Dah tu, aku rasa jauh sangat buat kat Taman Tun. Kalau event tu berlangsung dalam KL, sure aku join punya.

Minggu depan, minggu ketiga kita berada di bulan Ramadan. Maka, sekarang ni buat masa sekarang, jadual aku dah penuh dengan event. Kadang-kadang dalam sehari, ada 4 event dalam satu masa. Bayangksn macamana aku nak pilih. Semua event best-best pulak tu. Tak dapat tida, kena pilih mana yang dekat, senang nak pergi dan yang paling penting ramai selebriti.

Hari ini, aku terpaksa batalkan untuk ke Prebiu filem Vampire Sucks sebab aku ada dateline dan banyak kerja nak buat. Ya kerja, bukan duk saje saje heheheh.... Macam semalam, aku duk melekat depan TV layan Heroes Season 3 sampai habis... Sampai aku tertidur beberapa kali.

- Posted using BlogPress from my iPad