Saturday, March 19, 2011

FUGEN

Semalam tidur lewat. Jam 3 pagi. Buat entri & sembang dengan bini. Bangun semula untuk solat Subuh jam 6 pagi. Badan sangat lesu, muka pun lesi. Tidur semula. Tup tup terjaga bila terdengar iPhone 4 ku berdering.

Ku cuba angkat, di hujung talian, suara Xavier bertanyakan samada aku datang atau tidak event launching FuGen. Alamak, baru aku teringat! Cepat cepat aku bingkas dan bersiap. Ku ajak Sayang, tapi dia tak dapat ikut dalam suasana yang kelam kabut macam ni.

Sekarang, aku selamat sampai di Ballroom The Gardens. Pelancaran dah berlangsung. Perutku lapar. Belum sarapan. Lepas demonstrasi product & makan aku nak pulang cepat sebab tengahari nanti ada Flashmob Harian Metro kat Pertama Complex.


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Popular Posts