Sabtu, 22 Disember 2018

UMAR

Comelnya Umar buat mimik muka macam tu. Haha! Antara momen manis semasa lepak & hangout sambil makan bersama pemilik suara emas, Noryn Aziz juara bintang GEGAR VAGANZA 5 di Tony Roma's Melawati Mall. 
Sempat berborak tentang perkembangan terbaharu Noryn selepas sebulan seminggu menyandang gelaran juara. 
Selain tengah sibuk buat persediaan Konsert Soul Sisters bersama Misha Omar dan Siti Sarah, Noryn juga akan terlibat dengan program Bintang Minggu Ini terbitan Astro dan nantikan kelahiran single terbaharu Noryn tak lama lagi.
Terima kasih Noryn Aziz sudi luangkan masa. Semoga terus sukses untuk tahun 2019.

Tahun 2018 semakin hampir meninggalkan. Kenangan 2018 biarlah abadi dalam hati sendiri. Kadang-kadang yang pahit tak perlu nak cerita sangat. Buat hati kita rasa bukam dan muram. 

Semoga 2019 akan datang memberikan bahagia dan kedamaian buat diri ini. Amin.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Khamis, 20 Disember 2018

INFLUENCER

Aku tak tahulah sosial selebriti atau influencer yang lain. Tapi aku yang punya nama kecil ni dah tak larat nak terima job. Tawaran sangat banyak. Kadang-kadang tak terbuat. Dateline sering terlepas. Terkejar-kejar. Kalau nak ikutkan aku malas nak buat job.

Betapa untungnya bila bernama influencer. Setiap minggu pasti ada post review atau advertorial akan masuk. Nak jadi influencer ni, bukan setakat kena ada follower yang ramai je, tapi kena ada minat, personaliti biar menarik dan yang paling penting boleh buat ayat yang cun-cun. Takde nak hard sell sangat atau nak promote kaw-kaw. Tapi yang tahu tu, tahulah itu post berbayar. Yang tak tahu tu, hmmm... belajar-belajar la untuk explore atau faham-faham. 

Bercakap pasal influencer, aku tak ingat dah. Rasanya dalam 3 tahun lepas kot. Aku dapat satu job dari sebuah stesen TV berbayar. Selain dapat duit, aku punya bil tu tak payah bayar dalam beberapa tempoh. Yang aku sedar, takde bil pun sampai. Seronok kan? Lebih seronok bila bukak-bukak TV... semua saluran kau boleh akses. Fuh! Best kalau dapat macam ni seumur hidup. 

Tapi bulan lepas, semasa aku buat ibadah umrah, dapat la satu SMS. Ini SMS tu... 
Astro

Ops, korang tau la kan stesen TV berbayar aku maksud tu kan.

Jadi, kesimpulannya, aku akan mulai bayar semula la bil bulanan Astro tu mulai 1 Februari. Adeh.


Inilah orang kata, rezeki dah kena tarik. Tak pe la, dah takde rezeki.


Oh ya, sekarang bila langgan SuperPack Plus ni sekali dengan Movie Package tu kan, akan dapat tengok saluran BOA sekali la. Saluran tu best sebab banyak filem seram. Aku ni dari dulu suka tengok filem seram.


Zaman sekarang, aku kira dah tak ramai ada masa nak tengok Astro sebab dah ada macam-macam alternatif lain macam iflix, netflix, viu dan macam-macam lagi la kan. Even kat Youtube pun banyak content yang best-best. Siap dalam bentuk definisi tinggi lagi.


Netflix pun sebenarnya aku tak payah bayar sebab selalu dapat kod langganan percuma dari Netflix.


Aku puas hati tengok Netflix. Hari-hari memang wajib bukak dan layan movie terbaharu kat dalam tu. 

Sabtu, 8 Disember 2018

WADA'

Usai solat Subuh, sebelum meninggalkan Kota Madinah, apa yang seharusnya dilakukan adalah Ziarah Wada'.

Ziarah Wada' ialah mengunjungi makam Nabi Muhammad S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa memohon syafaat sebelum pulang ke Malaysia. Untuk ke Maqam Rasullullah, kena masuk melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Semasa beratur, kita akan berasak-asak dengan para jemaah lain dari seluruh negara. Jadi, kena tahan sabar kalau kena tolak ke apa ke. Yang penting mulut tu jangan berhenti untuk berselawat.

UMRAH 2018

Bersebelahan makam Rasulullah, ada makam Abu Bakar Sidiq dan Umar bin Khattab.

Semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, maqam ini dibangun dengan tembok tinggi sekitar 5 meter di sekeliling makam Rasulullah. Pembangunan tembok ini bertujuan agar tidak ada yang melakukan perbuatan syirik di sekitar makam.

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

UMRAH 2018

Jumaat, 7 Disember 2018

RAUDHAH

Syukur. Dapat port sebelah maqam Nabi Muhammad SAW di kawasan Raudhah (Taman Syurga) dalam Masjid Nabawi. Di tempat ini, dikatakan doa sangat mustajab. Ertinya, doa yang dibacakan di sini mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.

Tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri. Ia terletak di antara mimbar dengan makam Rasulullah (dahulunya adalah rumah Rasulullah).

Jarak rumah nabi dengan masjid tersangat dekat iaitu hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah.

Raudhah memiliki kemuliaan tersendiri. Barangsiapa yang solat di Raudhah seakan-akan ia telah duduk di taman dari taman-taman syurga. Tidak hairanlah kalau solat dan duduk di sini kita akan rasa tenang. Tenangnya tidak dapat digambarkan diceritakan.

Umrah 2018

Khamis, 6 Disember 2018

MIZAB

Pengalaman pertama kali berada di bawah betul-betul Mizab. Mizab adalah pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab berdoa.

Ia adalah tempat aliran air untuk membuang takungan air yang terletak di atas bumbung Kaabah tatkala musim hujan.

Sedikit cerita sejarah Mizab... sewaktu Nabi Ibrahim A.S membina Kaabah dengan puteranya Nabi Ismail A.S, kaabah ketika itu belum lagi beratap, belum berdinding dan belum ada pancur emas.

Kaabah pada mulanya hanya sekeliling dibuat tembok dan diletakkan lampu untuk menerangi kawasan sekitar Kaabah bagi kegunaan orang yang beribadah atas perintah Sayidina Umar Ibnu Khattab R.A.

Kaabah dipasang atap (berbumbung) dan dibuat saluran emas ketika Nabi Muhammad S.A.W berusia 35 tahun. Pancuran emas pertama dibuat oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul Malik,kemudian Sultan Abdul Majis Khan dan Sultan Mahmud Khan.

Bagi jemaah yang ingin melihat dengan lebih dekat reka bentuk pancur emas boleh kunjungi Muzium Makkah.

Umrah 2018

Rabu, 5 Disember 2018

BYE MEKAH

Berat hati rasanya nak tinggalkan tempat suci ni. Banyak pengalaman baru ditimba dan aku lalui dengan penuh insaf. Berserah. Jiwa tenang berada di sini. Tiada kedengaran keluh kesah. Fikiran terhindar dari kerisauan pada dunia.

Kerja pun malas nak sentuh. Betul betul aku bercuti kali ini. Enam hari rasanya tak cukup untuk mencuci dosa. Di sini masa seakan berlari dengan begitu pantas. Bangun jam 4 pagi. Subuh jam 5.25 pagi, Zuhur 12.13 tengahari, Asar jam 3.18 petang, Maghrib 5.39 dan Isya' jam 7.09 malam. Di pertengahan masa solat tu rasa cepat sangat.

Mungkin yang kerap datang pernah mengalami dan faham apa yang aku cuba sampaikan. Di sini, kau akan rasa diri dekat dengan kematian kerana setiap kali selesai solat wajib akan ada solat jenazah. Hampir kesemua jemaah akan solat.

UMRAH 2018

Ganjarannya sangat besar. Sepanjang berada di sana kita kena tahu beberapa sudut, tempat atau sudut untuk solat dan doa yang mustajab. Ini tak termasuk sesiapa yang menunaikan solat wajib di Masjidil Haram akan mendapat 100,000 kali ganda pahala berbanding di masjid lain di dunia. Haa... mana nak dapat weiiii!

Sekarang baru aku faham kenapa ramai selebriti tak jemu dan kerap datang mengerjakan umrah saban tahun. Rupanya ada rahsia dan hikmah tersendiri. Semua bergantung pada niat kita.

Hari ni, dengan hati redha, terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat Tanah Haram Bumi Mekah. Dalam hati hanya Dia sahaja yang tahu. Sayu dan sebak untuk berpisah. Lepas ni, pasti rasa rindu nak datang ke Tanah Suci lagi. Doakan moga aku dapat kembali ke sini lagi. Semasa coretan ini dilakar, Budiey dalam perjalanan ke Kota Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam.

Semoga perjalanan sebagai penziarah Nabi Muhammad SAW tercapai dan selamat. Amin.

Inshaallah saya akan sampaikan salam semua buat Nabi Muhammad S.A.W dan saya doakan anda semua dikurniakan rezeki untuk ke sana juga. Sama sama kita aminkan.

Selasa, 4 Disember 2018

UZUR

Kepada yang uzur, sakit kaki, lenguh lutut sangat dan tak larat nak menyempurnakan ibadah Saie, boleh sewa skuter yang disediakan di tingkat 3 dengan harga SAR 50 seorang. Dah kasi kemudahan tu, jangan pulak korang merempit. Bawak slow slow sudah. #islamitumudah

Umrah 2018

Isnin, 3 Disember 2018

ADAM HAWA

Kami sempat melawat Jabal Rahmah yang terletak di timur Padang Arafah di kota Makkah.

Di sini, Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan setelah mereka dipisahkan dan diturunkan dari Syurga oleh Allah SWT.

Ini kerana Nabi Adam & Hawa melakukan kesalahan memakan buah khuldi yang terlarang lalu mereka diturunkan oleh Allah ke dunia. Berdasarkan kajian para Ulama, kemungkinan Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Hawa diturunkan di Iraq.

Setelah keduanya bertaubat untuk memohon ampun, akhirnya atas izin Allah SWT mereka dipertemukan di Puncak Bukit Jabal Rahmah ini. Setelah pertemuan tersebut, Nabi Adam dan Hawa meneruskan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunannya sampai sekarang.

Umrah 2018

Ahad, 2 Disember 2018

WAN

Takdir dan waktu. Apabila ia seiring, maka terjadilah pertemuan. Sebelum tawaf tadi, terserempak dengan orang kuat Radio Zayan Wan Syahrul Amrybersama anak dan isterinya di depan Kaabah dalam jutaan manusia di Masjidil Haram. Tu semua Tuhan dah atur. Kunfayakun.

Umrah 2018

Sabtu, 1 Disember 2018

YOUTUBE

Hari ini dah masuk bulan Disember dah. Bulan terakhir untuk menghitung segala pencapaian dan merungkai kelemahan serta kekurangan di tahun 2018. Tahun ini sebenarnya adalah tahun rezeki untuk saluran Youtube Budiey. Segalanya terhasil kiranaya kita gigih dan tak pernah kenal putus asa. Bertabahlah untuk sukses dan kekal relevan.

Terima kasih di atas setiap tontonan, like, komen dan langganan dari kalian untuk saluran Budiey Channel di Youtube. Jumlah subscriber setakat hari ini dah mencecah 157,993 orang subscribers. Jumlah ini mengatasi jumlah followers Budiey di Instagram.

Berdasarkan laporan prestasi bulan November yang dihantar dari Youtube, terdapat peningkatan yang cukup drastik dan mencanak. Rasa berbaloi dengan setiap titik peluh yang dicurahkan. Jumlah subscriber bertambah sebanyak 14,851, jumlah tontonan sebanyak 10,246,576, menerima 65,205 likes dan jumlah shares atau perkongsian di sosial media sebanyak 12,456. Satu jumlah paling besar setakat ni. Syukur alhamdulilah. Kepada yang belum SUBSCRIBE, jom tekan butang SUBSCRIBE di www.youtube.com/budieychannel

Kepada mana-mana Youtuber yang baru berjinak-jinak nak memulakan langkah karier sebagai Youtuber, Budiey bersedia untuk berkongsi ilmu dengan memberi sesi basic coaching untuk membantu dan membuka jalan menjadi Youtuber yang sukses. Semoga kita semua sukses mengejar cita-cita dan target yang kita inginkan.


Youtube Report - November 2018