Ahad, 2 Disember 2018
WAN
Takdir dan waktu. Apabila ia seiring, maka terjadilah pertemuan. Sebelum tawaf tadi, terserempak dengan orang kuat Radio Zayan Wan Syahrul Amrybersama anak dan isterinya di depan Kaabah dalam jutaan manusia di Masjidil Haram. Tu semua Tuhan dah atur. Kunfayakun.

Sabtu, 1 Disember 2018
YOUTUBE
Hari ini dah masuk bulan Disember dah. Bulan terakhir untuk menghitung segala pencapaian dan merungkai kelemahan serta kekurangan di tahun 2018. Tahun ini sebenarnya adalah tahun rezeki untuk saluran Youtube Budiey. Segalanya terhasil kiranaya kita gigih dan tak pernah kenal putus asa. Bertabahlah untuk sukses dan kekal relevan.
Terima kasih di atas setiap tontonan, like, komen dan langganan dari kalian untuk saluran Budiey Channel di Youtube. Jumlah subscriber setakat hari ini dah mencecah 157,993 orang subscribers. Jumlah ini mengatasi jumlah followers Budiey di Instagram.
Berdasarkan laporan prestasi bulan November yang dihantar dari Youtube, terdapat peningkatan yang cukup drastik dan mencanak. Rasa berbaloi dengan setiap titik peluh yang dicurahkan. Jumlah subscriber bertambah sebanyak 14,851, jumlah tontonan sebanyak 10,246,576, menerima 65,205 likes dan jumlah shares atau perkongsian di sosial media sebanyak 12,456. Satu jumlah paling besar setakat ni. Syukur alhamdulilah. Kepada yang belum SUBSCRIBE, jom tekan butang SUBSCRIBE di www.youtube.com/budieychannel
Kepada mana-mana Youtuber yang baru berjinak-jinak nak memulakan langkah karier sebagai Youtuber, Budiey bersedia untuk berkongsi ilmu dengan memberi sesi basic coaching untuk membantu dan membuka jalan menjadi Youtuber yang sukses. Semoga kita semua sukses mengejar cita-cita dan target yang kita inginkan.

Jumaat, 30 November 2018
MEKAH
Pertama kali mengerjakan ibadat Umrah merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokan. Mendebarkan pun ada. Mensayukan pun ada. Pendek kata, macam-macam perasaan yang berbaur.
Yang penting, hati aku tenang sangat sepanjang berada di Mekah. Takde nak fikir tentang kerja sangat sebab aku memang niat nak bercuti. Niat nak berada di tempat yang paling mulia. Paling nyaman. Paling damai. Niat pun kena baik semasa berada kat sini.
Pengalaman yang sukar nak cerita sebenarnya semasa pertama kali aku melihat Kaabah. Perasaan yang aku rasakan sukar untuk diungkapkan dengan perkataan.
Sukar untuk digambarkan perasaan ini tatkala kali pertama memandang Kaabah di depan mata. Aku sebak, sayu dan rasa takjub dengan ciptaan Allah Maha Kaya. Di tengah lautan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia ini, aku dapat rasakan aura dan vibes yang luar biasa meresap dalam jiwa.
Pengalaman yang belum pernah dirasai sepanjang hayat oleh insan pendosa seperti aku. Tipulah sesiapa yang menatap Kaabah kalau diorang bilang tak menangis langsung. Sekurang-kurangnya rasa sebak tu mesti ada punya.
Apa yang lebih penting adalah rasa kesyukuran. Tuhan masih izinkan untuk Budiey menjejakkan kaki ke sini untuk mencuci dosa, mengikis rasa cinta pada duniawi yang fana dan membersih hati yang penuh daki dan kekotoran yang bersisa.
Ya Rabb... aku doakan semua kawan-kawan yang menonton menatap Kaabah ini menerima jemputan dariMu untuk ke Tanah Suci. Semoga satu hari nanti kalian juga bakal diundang sebagai penziarah Nabi SAW. Syukur, dengan peluang masa yang ada saya dapat sampaikan hasrat dan doa kawan-kawan di depan Kaabah.
Di lokasi penuh barakah di mana doa takkan ditolak. Yakinilah Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan mendengar setiap ratapan doa hambaNya. Semoga semua doa dimakbulkan Allah... Amin...
Di lokasi penuh barakah di mana doa takkan ditolak. Yakinilah Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan mendengar setiap ratapan doa hambaNya. Semoga semua doa dimakbulkan Allah... Amin...
Doakan juga untuk aku mendapat peluang untuk ke Tanah Suci lagi selepas ini. Amin...

Sepanjang berada kat sana, aku ada menerima mesej dan pesanan doa dari teman di Facebook. Maka, aku pun takde la nak ignore... tapi aku berusaha untuk tunaikan permintaan mereka.
Ada juga doa-doa yang aku layangkan buat insan-insan yang nama mereka sentiasa terpahat dalam hati ini. Walaupun mereka sudah tiada di sisi... tapi kasihnya tetap terukir mengisi ruang jiwa dan minda.
Ini antara sample dan contoh doa yang boleh kita baca di hadapan Kaabah, mendoakan buat teman-teman kita.
- Bismillah... Semoga dia sekeluarga sentiasa dilindungi ALLAH, mendapat rahmat kasih sayangmu, dimurahkan rezekinya Ya Allah, tenang dalam kehidupannya, kau berilah kesihatan kepadanya, dimajukan dalam kariernya. Lepaskanlah mereka dari kesempitan hidup, rezekikanlah mereka agar mampu memiliki apa sahaja Makbulkanlah doa ini ya ALLAH, sesungguhnya hanya ALLAH Tuhan yang maha berkuasa maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya. Amin.
- Bismillahirahmanirahim..Ya Allah Ya tuhanku kau ampunilah segala dosa Fiza Kamaruddin… kau berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi penyakit yang dihadapinya. Kau permudahkanlah segalanya untuknya. Kau turunkanlah keajaibanmu agar kanser yang berada dalam tubuh badannya berkurang dan sembuh.. hilangkanlah kesakitan, turunkanlah rezeki yang melimpah ruah untuknya serta kau tetapkanlah imannya.. amin.
- Bismillahirahmanirahim..Ya Allah ya tuhanku kau ampunilah segala dosanya... kau berikanlah dia kekuatan untuk mengharungi penyakit yang dihadapinya. Kau permudahkanlah segalanya untuknya. Kau turunkanlah keajaibanmu agar kanser yang berada dalam tubuh badannya berkurang dan sembuh. kau permudahkanlah biopsy yang akan di laluinya dan kau kurangkanlah kesakitannya. kau turunkanlah rezeki yang melimpah ruah untuknya serta kau tetapkanlah imannya.. amin
- LailahaillALLAH. Semoga sahabatku sekeluarga sentiasa dilindungi ALLAH, mendapat rahmatNya, dimurahkan rezeki, dan maju dalam kehidupan, perniagaan, karier serta sihat selalu. Berkatilah perniagaan dan karier sekeluarga serta anaknya sekeluarga meningkat maju. Lepaskanlah mereka dari kesempitan hidup, rezekikanlah mereka agar mampu memiliki kediaman dan kenderaan mewah idaman serta berkemampuan membantu sesama ummah ke jalan ALLAH. Rezekikanlah mereka untuk kembali lagi ke tanah suci. Makburkanlah doa ini ya ALLAH, sesungguhnya hanya ALLAH tuhan maha berkuasa maha pengasih dan maha penyayang kepada hambanya.
Langgan:
Catatan (Atom)